Menurut Keegan (1980) yang dapat dirumuskan bahawa pembelajaran jarak jauh sebagai pemisahan pelajar dengan pengajar yang membezakan dengan pengajaran bertatap muka.

 

Namun, secara peribadi saya tidak bersetuju jika dikatakan keterbatasan dari segi interaksi antara tutor dan pelajar dengan sebab jarak pada masa ini kerana perkembangan kreativiti, inovasi dan kebangkitan teknologi dalam pendidikan.

 

2.0       PERKEMBANGAN KREATIVITI

 

Keterbatasan masa dan kemajuan sesebuah negara, maka kreativiti terhasil sebagai jalan penyelesaian bagi meminimumkan masa kehidupan manusia yang sentiasa memerlukan pendidikan sepanjang zaman.

 

Torreance (1992) mengatakan kreativiti adalah ‘proses yang mengandungi kepekaan terhadap masalah-masalah dan kesenjangan-kesenjangan (gaps) dalam bidang tertentu, kemudian membentuk beberapa fikiran atau hipotesis untuk menyelesaikan masalah, menguji kesahihan hipotesis-hipotesis ini dan menyampaikan hasilnya kepada orang lain.

 

Universiti Terbuka Malaysia dilahirkan oleh para pemikiran dalam pendidikan untuk menaiktarafkan teknik pembelajaran bagi masyarakat Malaysia agar terus mendapat pendidikan sepanjang masa dengan berkesan antara kaedah seperti Pertemuan bersemuka, perbincangan dan pembelajaran kendiri.

 

3.0       EVOLUSI DAN INOVASI

 

Holmberg(1986) menyatakan, kejayaan Open University pada tahun 1971 telah membentuk minat yang mendalam terhadap pendidikan jarak jauh.

 

Menurut, Gale (1992) yang menyatakan, “sistem pengajian semestinya menyokong cara orang bekerja dan belajar. Jika tidak, sistem itu akan menemui kegagalan.”

 

Oleh itu, Universiti Terbuka Malaysia dengan memperkenalkan modul secara terancang seperti Buku Elektronik dan Digital Library yang menggantikan dan menambahkan penggunakan buku-buku fizikal merupakan evolusi dan inovasi dalam pendidikan masa kini.

 

4.0       KEBANGKITAN TEKNOLOGI DAN KOMUNIKASI

 

Garrison (1990) menyatakan, banyak faktor yang menyumbang kepada minat dan perkembangan pendidikan jarak jauh, namun faktor utamanya ialah kebangkitan teknologi komunikasi maklumat yang canggih dan sofistikated.

 

Namun, Universiti Terbuka Malaysia menyediakan kaedah untuk berinteraksi dan berkomunikasi antara pengajar dan pelajar seperti :

 

  1. Media Sosial seperti Facebook,Whatapps,Twitter dan Weblog

 

  1. MyVLE yang menyedaikan perkhidmata seperti e-mail, e-forum, maklumat pelajar, maklumat kursus yang diambil, E-Services dan sebagainya.

 

  • Internet- Melalui atas talian seperti kemudahan gmail, google dan youtube

 

5.0       CADANGAN KONSTRUKTIF

 

 

Cadangan saya dalam meningkatkan komunikasi dan interaksi antara Tutor dan Pelajar ialah :

 

  1. Menyediakan kemudahan applikasi yang lebih mesra mengikut perkembangan teknologi masakini seperti Group Whatapps atau Telegram melalui telefon bimbit.

 

  1. Menyediakan E-Forum yang lebih interaktif dan memantau pelajar yang aktif yang memberikan idea-idea baru dan membina dengan memberikan markah dalam bentuk point yang dapat ditukarkan sebagai markah.

 

  • Menggalakan penyertaan khidmat sosial yang lebih meluas dengan point yang tinggi seperti keterlibatan pelajar dalam membantu kanak-kanak atau orang tua bagi mendidik perasaan dan nilai murni.

 

 

6.0       KESIMPULAN

 

Sistem pengajaran jarak jauh di Malaysia yang terhasil daripada kreativiti para cendikiawan dalam usaha membuka peluang kepada mereka yang bekerja untuk menimba ilmu pengetahuan. Kaedah menyampaikan maklumat dan interaksi melalui kemudahan capaian internet banyak membantu pelajar dan tutor dengan berkesan dan mesra pada masa kini.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

Perumpamaan bagi permulaan mahabbah seperti seorang lelaki yang menghidu bau kasturi. Sentiasa dia mengikut bau itu sehingga dapat bauan tersebut. Bertambah bauan itu sehingga masuk ke dalam rumah kasturi itu. Apabila sudah masuk ke dalam rumah maka bau itu menyeliputi segala bau sehingga tidak terbau lagi. Demikian penuntut kebenaran, sentiasa hatinya ditarik kepada hadrat. Sentiasa dahaga kpdNya sentiasa mengadap sehingga tenggelam didalam menghadap cahaya. Itu adalah hadratil musyahadah. Maka tenanglah jiwanya, hilang dahaganya dengan terhasil oleh sampai kepada al Habib. Tidak kekal kecuali adab dan ketinggian pada maqomaat PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. PENDIRIAN : Pencinta Keharmonian, Keamanan dan Kesejahteraan Umat Sejagat. Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.