harondin_zeckry-net
Datuk Dr Haron Din, 76, meninggal dunia di San Francisco, Amerika Syarikat pada jam 10.05 waktu Malaysia pagi ini.
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, meninggal dunia di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada jam 10.10 pagi tadi waktu Malaysia.
Perkara ini disahkan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, menerusi akaun rasmi Facebook miliknya sebentar tadi. “Jam 10.10 pagi ini (waktu Malaysia), berita kami terima bahawa Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US.
Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni al Marhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh. Aameen Ya Rabbal A’lamin.” Haron, 76, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak malam ketika menjalani rawatan jantung di hospital berkenaan. Difahamkan, Haron berlepas ke AS sejak beberapa hari lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.
Allahyarham pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital berkenaan pada 2 April 2012. Mac lalu, beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu sakit dada.

Sumber :  http://www.bharian.com.my/node/193129

By Muhammad Soulhiey Zeckry

PENDIDIKAN Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Syariah), Universiti Al-Azhar Of New Damietta City, Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Certificate Of Mediation (USIM-JKSM), Skuad Sulh-Mediasi, Ahli Pertubuhan Gabungan Pesuruhjaya Sumpah Malaysia (PESUMA 0398) dan Ahli Pertubuhan Kebajikan Islam Kuching (PERKACH). MAZHAB: Imam As-Syafie` dalam bidang FIqh dan Berimamkan Syeikh Ibrahim Ad-Dasuqi dalam bidang Tasauf. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. PENDIRIAN : Pencinta Keharmonian, Keamanan dan Kesejahteraan Umat Sejagat. Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.