Kejayaan atlet-atlet paralimpik negara dalam sukan yang disertai telah mengharumkan nama Malaysia dalam sukan itu di peringkat antarabangsa haruslah dihargai dan dibanggakan oleh semua masyarakat ini kerana ia juga memberi saingan yang cukup kuat kepada golongan yang mempunyai kekuatan dan daya fizikan yang normal.
Oleh itu, untuk meneruskan kecemerlangan atlet-atlet paralimpik negara di samping menghargai kejayaan mereka seharusnya masyarakat dapat memberikan lebih banyak ruang dan peluang kepada OKU untuk mengasah dan memanfaatkan bakat mereka terutamanya dalam bidang sukan.
Sebagai contoh, kerajaan boleh mengadakan karnival sukan untuk OKU bagi menarik minat para OKU untuk melibatkan diri dalam program tersebut. Selain itu,golongan OKU yang layak juga boleh diberikan peluang untuk menerajui atau memimpin badan-badan tertentu yang berkaitan dengan hal ehwal OKU. (Awani, 2016)
Sokongan dan galakan kepada golongan OKU
Begitu juga dengan nemberikan sokongan dan galakan kepada golongan OKU dalam usaha mereka menonjolkan kebolehan masing-masing dengan bantuan dan intensif dalam bentuk kewangan dan material kerana mereka juga amat memerlukan sokongan moral serta galakan daripada masyarakat. Justeru itu, kita sebagai masyarakat haruslah memberikan sokongan serta galakan berterusan kepada golongan OKU ini agar mereka berani tampil untuk menonjolkan bakat mereka. Persepsi buruk masyarakat terhadap golongan OKU memberikan kesan negatif kepada mereka, menyebabkan mereka malu untuk menunjukkan kebolehan mereka.
Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka hendaklah diberi untuk menangani kehidupan seperti anggota masyarakat. Bilangan OKU semakin bertambah. OKU sudah mendapat pembelaan dan diberi kemudahan untuk berjaya dalam hidup. Walau bagaimanapun, masih wujud masalah yang melibatkan golongan ini. Oleh itu, pemikiran rakyat di negara sewajarnya terbuka dan rasional, penerimaan masyarakat terhadap golongan OKU semakin bertambah baik dan positif
Mewujudkan Pusat Kecemerlangan Atlet Paralimpik
Mewujudkan Pusat Kecemerlangan Atlet Paralimpik di seluruh negara supaya program sukan yang dirancang untuk OKU dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan sentiasa aktif. Dengan adanya pusat kecemerlangan ini maka setiap program sukan untuk OKU di peringkat negeri masing-masing dapat dijalankan.
Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah pemilihan atlet untuk mewakili negeri masing-masing ke sukan paralimpik peringkat kebangsaan. Majlis Paralimpik Malaysia juga boleh mengadakan ceramah dan seminar untuk membentuk jati diri para OKU di pusat kecemerlangan ini.
Kemudian dengan pembinaan Pusat Pembangunan Sukan Paralimpik yang dikhaskan untuk OKU supaya mereka mempunyai tempat untuk berlatih sukan serta tempat untuk beriadah. Pusat pembangunan ini hendaklah lengkap dengan kemudahan sukan, terutama kemudahan yang diperlukan oleh OKU semasa berlatih ataupun beriadah.
Contohnya, pada tahun 2009, kerajaan telah memulakan pembinaan sebuah Pusat Pembangunan Sukan Paralimpik yang lengkap dengan kemudahan seperti asrama dan kemudahan gelanggang untuk OKU. Pusat Pembangunan Sukan Paralimpik yang bernilai RM40 juta itu dibina berhampiran dengan Kompleks Sukan Kampung Pandan. Ini jelas kerajaan telah mengambil berat dalam memartabatkan kecemerlangan sukan untuk OKU di Malaysia. (Zeckry, 2013)
Pandangan positif dan membantu
Justeru, masyarakat harus memandang dengan positif dan sentiasa memberi bantuan moral dan kewangan agar penyediaan prasana yang lengkap dan cukup agar lebih ramai lagi OKU dapat menyertai sukan pralimpik ini seiring dengan sukan atlet normal. Kejayaan mereka ini bukan hanya sekelip mata bahkan mereka menghadapi pelbagai rintangan yang harus ditempuhi.
Mereka ini adalah pencetus dan akan menjadi legenda dalam sukan paralimpik di Malaysia yang dapat membuka mata rakyat Malaysia. Kepayahan dan kesungguhan pada jurulatih dalam melatih mereka juga memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dan semangat yang kental.
Secara keseluruhannya, pembangunan pusat sukan paralimpik untuk melahirkan atlet paralimk ini memerlukan dana kewangan yang cukup besar malah ia akan menjadi kecil sekiranya semua dapat membantu tanpa mengira agama dan bangsa dengan memberi sokongan padu kerana sukan itu sendiri merupakan salah satu agen dalam pembangunan sosial dan perpaduan.
Mengiktiraf kejayaan yang diraih oleh wira paralimpik
Pengiktirafan dan penghormatan kepada semua atlet paralimpik yang berjaya memperolehi pingat Sukan Paralimpik, Sukan Para Asia, Sukan Para ASEAN melalui skim imbuhan kemenangan, rumah, peluang pekerjaan dan sebagainya. Kerajaan juga boleh mewujudkan program kebajikan demi kesejahteraan dan kesentosaan atlet dan pegawai termasuk latihan dan pendidikan dan penambahan pendapatan. Pengiktirafan seperti ini pasti akan membakar lagi semangat para atlet paralimpik untuk bersaing dalam sukan yang mereka sertai.
Kesimpulan
Kejayaan altet kebangsaan dalam sukan pralimpik yang terserlah dengan jalur gemilang berkibar dan berkumandang lagu Negaraku di Rio 2016 pasti menjadi getaran jiwa yang boleh mengalirkan air mata bagi semua rakyat Malaysia atas kejayaan mereka sebagai insan istimewa dan wira luar biasa negara. Walapun berlainan upaya tetapi tidak menjadi halangan untuk merangkul pingat di persada antarabangsa dan tiada halangan untuk berjaya.
Ini menunjukkan kepada kita bahawa untuk berjaya adalah memerlukan kesungguhan daripada semua pihak untuk memberi sokongan. Walaupun kejayaan hebat atlet normal negara pada Sukan SEA misalnya, merupakan satu berita yang menggembirakan.
Namun, sasaran untuk melihat kejayaan sama dapat dilakukan sekali lagi pada Sukan Para ASEAN
Oleh itu, wajarlah masyarakat dan kerajaan memberikan peruntukan kewangan untuk membangunkan lagi industri sukan bagi golongan OKU. Selain itu, Majlis Paralimpik Malaysia juga harus meningkatkan lagi usaha untuk menarik minat golongan OKU untuk melibatkan diri dalam sukan serta membuka ruang dan peluang yang luas untuk golongan ini mengasah bakat mereka dalam bidang sukan.
Sebenarnya atlet paralimpik juga mempunyai semangat dan keyakinan diri yang tinggi untuk menangkis pandangan negatif masyarakat terhadap mereka. Akhir sekali, banyak lagi usaha yang boleh dilakukan untuk membangunkan sukan untuk golongan OKU di negara ini. Usaha-usaha yang telah dilakukan sebelum ini hendaklah diteruskan untuk kesinambungan usaha yang bakal dilakukan.
Masyarakat juga harus sedar dan peka terhadap kemampuan dan bakat yang dimiliki oleh golongan OKU serta tidak memandang rendah terhadap kebolehan golongan ini sebaliknya memberikan mereka sokongan, galakan dan bantuan untuk memperbaiki kehidupan mereka. Evolusi ini berlaku kepada kita dapat dilihat mendalamnya rakyat malaysia apabila menyambut kemenangan mereka kerana berkongsi kegembiraan.
Selaras dengan peredaran zaman dan seiring dengan kemudahan yang berkembang dengan pesat, penggubalan dasar sukan negara bertujuan untuk menambah baik pengisian aktiviti sukan negara untuk OKU. Penambahbaikan dasar sukan seharusnya dilakukan dari semasa ke semasa untuk seiring dengan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada zaman ini kerana OKU juga boleh menyumbang kepada pembangunan sosial.
Rujukan
Awani, A. (Pengarah). (2016). Rio 2016: Atlet Paralimpik hero Malaysia [Wayang Gambar].
Hidzir, N. A. (2018, Februari 18). Sukan Para buka mata rakyat Malaysia. Didapatkan dari http://www.utusan.com.my/sukan/sukan-para-buka-mata-rakyat-malaysia-1.580021
Karim, R. A. (2016, September 12). Kejayaan Atlet Paralimpik Julang Nama : Malaysia Lahir Atlet Berprestasi Tinggi. Didapatkan dari Rencana Sukan : Astro Awani: http://www.astroawani.com/berita-sukan/kejayaan-atlet-paralimpik-julang-nama-malaysia-lahir-atlet-berprestasi-tinggi-116536
Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2018, Februari 17). Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Didapatkan dari http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=UnN2U3dtUHhacVN4aHNPbUlPayt2QT09
Kementerian Belia dan Sukan. (2017, Februari 18). Dasar Sukan Negara. Didapatkan dari http://www.kbs.gov.my/my/info-kbs/informasi-umum.html
Razak, D. A. (2012, Ogos 23). Orang Kelainan Upaya atau Orang Kurang Upaya? Didapatkan dari Rencana : Utusan Online: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120823/re_06/Orang-Kelainan-Upaya-atau-Orang-Kurang-Upaya
Utusan Online. (2016, Oktober 02). Evolusi Pralimpik. Didapatkan dari https://www.utusan.com.my/mobile/rencana/evolusi-paralimpik-1.389715
Zeckry, M. (2013, Ogos 18). Pembangunan Sukan Atlet Paralimpik Di Malaysia. Didapatkan dari http://zeckry.net/2013/08/18/pembangunan-sukan-atlet-paralimpik-di-malaysia/