Site icon Wacana Zeckry

Pengurusan Jenazah

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, (2015) jenazah ialah jasad orang mati. Perkataan jenazah berasal dari bahasa Arab (جنذح) yang bererti tubuh mayat dan kata جنذ   yang bermaksud menutupi. Oleh itu, perkataan jenazah bermaksud tubuh mayat yang tertutup.

Kematian adalah perkara yang akan dilalui oleh semua makhluk. Mati merupakan jambatan yang menghubungkan di antara dua kehidupan iaitu kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati.

Firman Allah Ta’ala:

كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلۡغُرُورِ ١٨٥

Maksudnya: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka akan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya”.  (Surah Ali Imran: 185)

Maka, konsep Pengurusan Jenazah adalah menguruskan jenazah dengan cara yang dihormati dan dimuliakan menurut hukum syarak apabila seseorang Islam mati, wajiblah ia dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan. (Mastika Hadith: 1:179-194)

Oleh yang demikian, tugasan ini akan membincangkan perkara yang perlu dilakukan ke atas seseorang Islam yang meninggal dunia, menghuraikan syarat sah solat jenazah dan cara mengkafankan jenazah lelaki dan perempuan serta membincangkan implikasi kepada agama, masyarakat dan negara sekiranya ilmu pengurusan jenazah ini diabaikan oleh remaja masa kini.

Di samping itu, menganalisis dapatan kefahaman umat Islam tentang kepentingan pengurusan jenazah dikalangan remaja berdasarkan temubual dilakukan di Kampung Bako Hulu, Kuching, Sarawak.

Perkara dilakukan ke atas seseorang Islam yang meninggal dunia

 

Seseorang yang telah nyata telah meninggal dunia, hendaklah diuruskan Jenazahnya dengan seberapa cepat. Jangan dilambat-Iambatkan dan ditangguh-tangguhkan. Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya yang sahih:

 

Maksudnya: Segerakanlah oleh kamu menguruskan Jenazah, jika Jenazah itu baik maka kamu mendekatkan dia kepada kebajikan dan jika Jenazah itu tidak baik, maka bererti kamu melepaskan kejahatan daripada tengkuk kamu hadis tersebut menerangkan, bahawa setiap orang Islam yang telah nyata yang ianya telah meninggal dunia hendaklah diuruskan dengan seberapa segera.

 

Keempat-empat perkara ini wajib dilaksanakan dengan sempurna dan segera, kecuali orang yang mati Syahid, maka hanya wajib dikapankan dan dikebumikan, dan haram dimandi dan disembahyangkan. Oleh itu, perkara yang wajib dilaksanakan apabila seseorang Islam meninggal dunia, maka fardhu kifayah atas orang hidup melaksanakan perkara-perkara berikut:

i-Memandikan Jenazah

Memandikan jenazah ialah perbuatan meratakan air ke seluruh anggota tubuh jenazah untuk menghilangkan segala najis dan kekotoran serta mengangkat hadas (Muhammad Arsyad al-Banjari, 1989).

(a)        Syarat-syarat Wajib Memandikan Jenazah

Syarat-syarat berikut harus dipatuhi bila memandikan jenazah:

(i)        Mayat orang Islam;

(ii)       Masih terdapat anggota mayat walaupun sebahagian daripadanya; dan

(iii)      Mayat bukan orang yang mati syahid.

(b)       Cara Memandikan Mayat

Berikut ialah cara-cara memandikan mayat:

(i)        Sekurang-kurangnya (wajib) meratakan sekali air ke seluruh badan mayat setelah dibersihkan semua najis dan kotoran; dan

(ii)       Sebaik-baiknya (sunat):

 

نويت الغسل الواجب لهذا الميت لله تعالى

Maksudnya, “Sahaja aku memandikan mandi wajib bagi mayat ini kerana Allah S.W.T.”; dan Siram air dengan rata ke seluruh anggota badan, bermula dari sebelah kanan badan dan teruskan ke kiri badan sebanyak tiga kali. Sebaiknya, gunakan air yang bercampur dengan daun bidara, kapur barus dan sabun.

ii- Mengkafankan Jenazah

Mengafankan jenazah membawa maksud menutup seluruh tubuh badan jenazah (Muhammad Arsyad al-Banjari, 1989).

(a)       Cara Mengafankan Mayat

Berikut ialah cara-cara mengafankan mayat:

(i)        Sekurang-kurangnya (wajib) menggunakan sehelai kain (bagi lelaki atau perempuan);

(ii)       Sebaik-baiknya (sunat):

iii- Mensolatkan Jenazah

Solat yang dilakukan oleh orang hidup bagi orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya dan diberi rahmat dan keredhaan Allah SWT

(a)       Syarat Sah Solat Jenazah

Syarat-syarat untuk melakukan solat ke atas jenazah adalah seperti berikut:

(i)        Jenazah telah dimandikan;

(ii)       Jenazah telah dikafankan;

(iii)       Jenazah menghadap kiblat; dan

(iv)      Jenazah berada di hadapan orang yang solat.

(b)       Rukun Solat Jenazah

Rukun bagi solat jenazah adalah seperti berikut:

(i)        Niat;

(ii)       Berdiri bagi orang yang berkuasa;

(iii)      Empat kali takbir;

(iv)      Membaca Surah al-Fatihah selepas takbir yang pertama;

(v)       Berselawat ke atas Nabi S.A.W. selepas takbir yang kedua;

(vi)      Mendoakan untuk si-mati sesudah takbir yang ketiga; dan

(vii)     Memberi salam selepas takbir yang keempat.

Cara Solat Jenazah

Cara-cara melaksanakan solat jenazah adalah seperti berikut (Muhammad Arsyad al-Banjari, 1989):

(i)        Niat semasa takbir pertama. Lafaznya:

أصلى على هذا الميت أربع تكبيرات فرض الكفاية مأموما / إماما لله تعالى

(ii)       Membaca surah al-Fatihah selepas takbir yang pertama;

(iii)      Takbir yang kedua dan membaca selawat ke atas Nabi S.A.W.;

(iv)      Takbir yang ketiga dan berdoa untuk si-mati;

(v)       Takbir yang keempat; dan

(vi)       Memberi salam.

Kedudukan imam semasa solat jenazah adalah seperti berikut:

(i)        Sekiranya jenazah lelaki, maka imam akan berdiri bertentangan

dengan kepala jenazah; dan

(ii)       Sekiranya jenazah perempuan, maka imam akan berdiri bertentangan

dengan pinggang jenazah.

iv- Mengebumikan Jenazah

Pengebumian jenazah hendaklah dilakukan secara teliti menurut cara-caranya (Muhammad Arsyad al-Banjari, 1989).

Apabila mengebumikan mayat, kita haruslah melakukan yang berikut:

 

(ii)  Harus menguburkan beberapa jenazah di dalam satu kubur;

(iii)  Sunat meninggikan tanah perkuburan sekadar sejengkal;

(vi) Sunat mendoakan jenazah setelah selesai dikebumikan.

 

Setelah Jenazah itu dibawa keluar dari tempat permandian, ia keluar dalam keadaan dibungkus dengan kain lepas yang panjang menutupi kepalanya hingga ke kakinya.   Kain tersebut biarlah berwarna gelap dan lembut. Letakkan Jenazah tersebut di atas kafan yang telah sedia dibentangkan.

Cara mengkafankan jenazah lelaki

 Cara mengkafankan jenazah perempuan

 

Jenazah perempuan itu sebaik-baiknya dikapankan dengan lima lapis kain, dua lapis daripadanya ialah kain kapan, satu lapis kain yang menutupi antara pusat dan lutut, satu lapis baju, dan satu lapis telekung. Sabda Rasulullah SAW :

 

Maksudnya: Diriwayatkan dari Laila binti Qanif katanya; Saya salah seorang yang turut memandikan Ummi Kalsum binti Rasulullah SAW. ketika wafatnya, yang mula-mula diberikan oleh Rasulullah SAW. kepada kami ialah kain lepas, kemudian baju, kemudian tutup kepala, kemudian telekung, dan sesudah itu dimasukkan dalam kain yang lain (yang menutupi seluruh badannya). Berkata Laila lagi, sementara Rasulullah SAW. berdiri di tengah pintu membawa kapannya dan memberikannya kepada kami sehelai demi sehelai. Kain Yang Digunakan Kain yang digunakan untuk kapan Jenazah itu adalah sunat dari kain yang berwarna putih.

 

Pastikan pada lapisan kain kafan paling bawah ialah lima utas tali yang diperbuat dari kain yang telah dicarikkan sewaktu menyediakan kain kafan tersebut.

Dilakukan sebagaimana menguruskan Jenazah lelaki.   Sementara kain telekung hendaklah dipakaikan. Lapisan yang lebar ialah yang berukuran tinggi (panjang Jenazah) dengan dilebihkan 2 kaki di bahagian kepala (untuk mengikat hujung kepala nanti) dan 2 kaki di bahagian hujung kaki (untuk mengikat hujung kaki).

 

 Implikasi kepada agama, masyarakat dan negara sekiranya ilmu pengurusan jenazah diabaikan

 

Pada pandangan saya, sekiranya remaja masa kini mengabaikan ilmu pengurusan jenazah akan menyebabkan empat implikasi yang berskala besar iaitu:

Implikasi kepada keluarga

Apabila ada orang Islam meninggal dunia, kita hendaklah segera menziarahi keluarganya untuk memberikan simpati atas musibah yang menimpanya seperti amalan pengucapan Takziah dilakukan dengan menziarahi keluarga jenazah, sebagai kasih sayang kita agar bersabar dan kuat semangat serta mendoakan jenazah agar diampuni segala dosanya.

 

Justeru, sekiranya ilmu pengurusan jenazah ini hubungan kekeluargaan menjadi semakin jauh kerana kehidupan dalam sesebuah kekeluargaan saling berkasih sayang dan menjaga hubungan di antara satu sama lain seperti perlindungan dan pertolongan di antara satu sama lain.

Implikasi kepada agama

Pengurusan Jenazah menjadi tuntutan Fardhu Kifayah dalam agama wajar dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan anggota masyarakat Islam tanpa melihat siapa yang mengerjakannya. Apabila telah dilakukan, maka hilanglah tuntutan kewajiban itu terhadap orang lain. Tetapi sekiranay tidak ada seseorang pun yang melakukannya, makasemua orang berdosa. Fardhu kifayah adalah kefardhuan yang wajib dikerjakan oleh seseorang atau satu kumpulan yang mewakili masyarakat Islam, sebuah daerah Islam, negeri atau negara. Justeru, Islam mengajar kita agar tidak hidup berseorangan bahkan menggalakkan berjamaah agar keberkatan dan rahmat Allah SWT yang sangat luas.

Oleh itu, kehidupan kita saling perlu memerlukan di antara satu sama lain, sekiranya perkara ini diabaikan implikasinya adalah kepada cermin agama dan cermin sebagai orang yang beriman kepada Allah SWT.

Implikasi kepada masyarakat

Kehidupan bermasyarakat bukan kepada hanya golongan tertentu, tetapi semua umat Islam perlu mempelajari kaedah pengurusan jenazah termasuk wanita. Ini kerana sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat, kekayaan dan latar belakang tidak terkecuali akan mati pada bila-bila masa. Justeru, kesempurnaan dan keindahan Islam tidak akan dapat dilihat jika kewajiban-kewajiban kifayah ini diabaikan oleh masyarakat Islam. Islam sebagai ajaran yang menyeluruh berdasarkan manhaj rabbani melibatkan proses pembinaan peribadi Muslim, keluarga dan umah Islam dan khalifah Islam yang bersifat universal. Dalam proses pembinaan individu Muslim misalnya, penglibatan dalam anggota masyarakat sekitar adalah penting untuk melahirkan seorang Muslim yang baik kerana individu Muslim tidak dapat dibina tanpa kerjasama para guru, golongan ulama, masyarakat sekitar dan sebagainya

Implikasi kepada negara

Kifayah dari segi bahasa bermaksud “mencukupi” dan “memadai”. Dari segi istilah ia membawa maksud kewajipan yang difardhukan ke atas seluruh umat Islam dengan tujuan untuk menegakkan agama Islam seperti menyempurnakan jenazah dan mengajak kepada amar ma’ruf nahi mungkar.

Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat Islam.

Menurut Ibn Kaldhun manusia tidak dapat hidup sendirian sebaliknya memerlukan kepada satu organisasi kemasyarakatan di mana mereka dapat bekerjasama dalam menjalani kehidupan. Sebagai contoh, manusia memerlukan makanan untuk hidup dan makanan tersebut tidak dapat dihasilkan tanpa melalui beberapa proses yang melibatkan pengemblengan tenaga kerja sesama manusia dan alat-alat tertentu. Oleh yang demikian memiliki kemahiran di dalam hal tersebut bagi memenuhi keperluan masyarakat juga termasuk dalam tuntutan fardhu kifayah.

Analisis kefahaman umat Islam tentang kepentingan pengurusan jenazah dikalangan remaja

 

Soalan temubual dilampirkan. Soalan temubual menjurus kepada kefahaman, pengetahuan dan lain-lain yang relevan.

Penulis telah menemubual secara empat orang penduduk tempatan di Kampung Bako Hulu, Kuching, Sarawak untuk mendapat gambaran mengenai kefahaman umat Islam di tempat tersebut.

Generasi muda seharusnya digalakkan untuk mempelajari cara-cara pengurusan jenazah agar ada kesinambungan dalam melaksanakan tanggungjawab ini kerana ia menyempurnakan tuntutan agama dalam bermasyarakat sekiranya berlaku kematian.

Pengurusan masjid atau surau semestinya mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah sebagai aktiviti tahunan untuk terus melatih generasi muda dengan ilmu pengetahuan dan kaedah yang betul.

Pada 05 November 2018 lalu, penulis sempat menemubual seramai empat orang penduduk di Surau Darul Ibadat, Kampung Bako Hulu, Kuching, Sarawak untuk mendapatkan pandangan sebagai mewakili penduduk kampung tersebut mengenai pemahaman masyarakat tempatan mengenai kepentingan mempelajari pengurusan jenazah di kalangan remaja masakini. Berdasarkan empat soalan yang dilampirkan semasa temubual ini mereka berpandangan seperti berikut:

1.Encik Morshidi Bin Yak berpendapat kesedaran ini perlu didedahkan oleh pihak pengurusan surau dengan kerjasama penduduk kampung sendiri untuk disertai oleh generasi muda sekaligus memberi kesedaran kehidupan ini akan menempuh kematian dan segala nikmat yang kita kecapi ini akan dipersoalkan kelak dengan balasan-balasan setimpal. Menurut beliau lagi, mengingati mati bukannya bertujuan untuk menakut-nakutkan bahkan ia adalah bertujuan untuk menyedar dan mengingatkan manusia bahawa hidup ini hanyalah sementara. Akhirat merupakan tempat yang kekal untuk selamanya dan juga sebagai medan pembalasan ke atas segala perbuatan yang manusia lakukan sewaktu berada di dunia.

2. Encik Azizan Bin Abdullah, ilmu pengurusan jenazah diabaikan oleh generasi muda ia memberi kesan kepada masyarakat tempatan dan hubungan di antara kita tidak erat lagi kerana ilmu pengurusan jenazah akan dipraktikkan apabila berlaku kematian dalam kampung ini.

3.Encik Said Bin Abdul Rahman, ilmu pengurusan jenazah harus dicurah daripada mereka yang berpengalaman kepada generasi muda di kampung ini, supaya kehidupan mereka ini tidak lalai bahawa semua akan merasai kematian dan kita tidak termasuk dalam golongan orang yang lalai sehingga merugikan masa hadapan dan memahami rasa kebertanggungjawaban kepada masyarakat dalam kampung ini.

4.Encik Musaini Bin Ali Setiap orang daripada kita hendaklah melibatkan diri dalam melaksanakan tanggungjawab fardhu kifayah ini, khususnya dalam pengurusan jenazah dengan menyertai badan khairat kematian yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa surau ini kerana kita menubuhkan tabung khairat kematian adalah menyahut saranan Allah berfirman : “Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa,dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan melampaui batas; dan bertaqwalah kepada Allah”. (Al-Maidah: 2)

Berdasarkan temubual tersebut, dapatan menunjukkan bahawa kefahaman umat Islam terhadap pengurusan jenazah difahami dengan jelas dan sangat menggalakkan generasi muda mendapat keinsafan setiap masa agar kehidupan ini mengikut ajaran Islam yang sebenar.

Contoh Soalan Temubual

 

Contoh soalan yang telah dikemukakan sebagai panduan penulis ketika menemubual selepas mengikut kuliah Maghrib di Surah Darul Ibadat, Kampung Bako Hulu, Kuching, Sarawak bersama empat orang penduduk tempatan tersebut.

 

Soalan Pertama: Apakah Pandangan anda, adakah wajar ilmu pengurusan jenazah di perkenalkan kepada generasi muda sekarang?

 

Soalan Kedua      : Pada pendapat anda, apakah kesan kepada masyarakat kampung ini, sekiranya ilmu pengurusan jenazah ini tidak didedahkan kepada generasi muda?

 

Soalan Ketiga      :  Adakah ilmu pengurusan jenazah dapat memberi kesedaran kepada generasi muda bahawa kehidupan tidak kekal ?

 

Soalan Keempat: Pada pandangan tuan, adakah wajar setiap masjid atau surau mengadakan kursus pengurusan jenazah setiap tahun untuk generasi muda?

Kesimpulan

Kesimpulannya, dalam Islam pengurusan jenazah adalah penyelenggaraan dengan memandikan, mengafankan, mensolatkan dan mengebumikan jenazah yang merupakan fardhu kifayah bagi umat Islam.

 

Oleh itu, kemahiran dalam mengurus peengurusan jenazah ini seharusnya dapat dipelajari daripada orang-orang berpengalaman agar dapat dipraktikkan dalam keluarga, masyarakat dan umat Islam secara amnya. Sekiranya generasi muda hari ini mengabaikan ilmu ini menunjukkan hubungan dalam keluarga dan masyarakat semakin jauh hubungan kasih sayang di antara satu sama lain.

 

Justeru, pihak pemimpin masyarakat dalam kampung mestilah berperanan untuk menjadikan program tahunan bagi masyarakat setempat bagi menghidupkan kesedaran dan sentiasa mengingati mati.

Rujukan

Basmeih, A. M. (2015). Panduan Mengurus Jenazah. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

 

Ghani, A. A. (2014). Fiqh Ibadat. Selangor: Open University Malaysia.

 

Ibnu Kathir. (1994). Tafsir al-Quran al-`Azim (Juz 1). Kaherah: Dar al-Hadis.

 

Ismail, M. T. (2012). Kajian Pengurusan Jenazah Di Pulau Pinang Menurut Hadith. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

 

Jawi. (2002). Epusara Jawi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Federal Territory Islamic Affairs Department. Retrieved from Cara Pengurusan Jenazah Islam.

 

Johariyah, S. (2016). Program Studi Pendidikan Guru Madrasah Ibtidaiyah. Memahami Pengurusan Jenazah, 10-20.

 

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Kholida, F. (11 Mei, 2015). Makalah Tentang Jenazah (Pengertian dan Penyelenggaraan Jenazah. Retrieved from http://suhendraaw.blogspot.com/

 

Mamat, I. (2013). Prinsip Fiqh Ibadat. Selangor: Open University Malaysia.

Zakaria, M. Z. (2011). Tahap Penguasaan Ilmu dan Pelaksanaan Pengurusan Jenazah di Kalangan Guru Agama : Satu Kajian Di Daerah Batang Padang. Bangi, Selangor Darul Ehsan: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Exit mobile version