Jarang orang tahu cara buat kesimpulan dengan berkesan !

Apa itu Kesimpulan ? Kesimpulan merupakan gagasan atau cetusan yang menyeluruh dan penjelasan relevan dengan penerangan bahagian isi serta menjelaskan penambahan idea atau saranan yang kreatif dan menarik.

Jika kita meneliti tulisan dalam blog-blog yang hebat seperti QuickSprout dan Copyblogger, ada unsur yang sama pada artikel mereka yang menjadi nilai tambah yang kuat. Apabila tahu cara buat kesimpulan.

Penulis tahu kebanyakan dari kita masih memandang sebelah mata terhadap kesimpulan. Kita lebih banyak menghabiskan masa untuk memikirkan tajuk, perenggan permulaan, dan isi tulisan sahaja. Maka tidak heran jika kita menemui “sesuatu”  yang tertarik ketika tiba di perenggan terakhir.

Mungkin kita bengung dengan  berfikir lama “yang menarik penutupnya apa ya “. Lalu, kerana merasa isi tulisan sudah cukup mewakili pemikiran kita. Akhirnya tulisan dibiarkan berakhir begitu sahaja tanpa penutup atau kesimpulan.

Akhirnya tulisan menggantung dan terasa ada yang kurang ketika dibaca. Yeah ! kesimpulan akan menjadi penutup yang baik untuk sesuatu tulisan.

Jangan sekali-kali meremehkan kesimpulan

Ringkasnya,

Menurut, Farrah Fathya (2018) kita perlu berfikir bahawa kesimpulan itu penting dan tidak boleh dilupakan atau dibiarkan begitu saja untuk menghasilkan tulisan yang bagus. Bebeberapa cara di bawah memaparkan beberapa kepentingan kesimpulan dalam satu-satu tulisan atau artikel :

1- Orang yang mencari maklumat dari internet biasanya ingin serba cepat kerana sifat media digital yang memang demikian. Untuk itu, orang cenderung untuk menyemak perenggan permulaan dan akhir tulisan (lebih-lebih lagi tulisan panjang ) Pembaca akan melakukan keputusan terlebih dahulu sama ada mereka akan terus membaca atau tidak.

Oleh itu, kesimpulan yang diletakan di akhir tulisan menjadi ringkasan idea utama tulisan. Dari kesimpulanlah pembaca mendapati kandungan utama tulisan dan mengetahui secara ringkas sesuatu yang menarik dalam perbincangan tulisan tersebut.

2- Kesimpulan adalah edisi “sachetan” dari sebuah tulisan. Kesimpulan akan dibawa ke mana-mana oleh si pembaca dan menjadi pegangan jika waktu tu, dia perlukan untuk mengingat inti maklumat dari tulisan kita.

3- Kesimpulan menjadi penanda akhir tulisan agar pembaca tahu sampai manakah batas perbahasan tulisan kita memfokuskan topik perbincangan.

Kini anda sudah sedar betapa pentingnya kesimpulan itu bagi menyempurnakan sebuah tulisan Setelah mengetahuinya, kita pasti mula tergoda untuk memastikan tulisan kita yang seterusnya mempunyai kesimpulan yang hebat. Yaah, sebelum penulis mengutarakan beberapa tips dari para ahli atau pakar mengenai perbincangannya, Sebaiknya kita memahami dulu watak utama kesimpulan yang baik itu macamana situasinya.. Maka ketahuilah ilmu cara buat kesimpulan. yang jarang orang cerita.

Rujukan :

Farrah, F. (2015, June 1). Jangan Pernah Remehkan Mengenai 9 Cara Membuat Kesimpulan Ini. Blog Sribu Corner. https://blog.sribu.com/id/9-cara-membuat-kesimpulan/

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.