Site icon Wacana Zeckry

Amalan Ibu Duit Siri Ketiga

Catatan Sebelum ini di http://zeckry.net/2020/05/04/amalan-ibu-duit-siri-kedua/

Saya berada disitu dalam hati sentiasa berdoa dan berzikir..agar diberi petunjuk dan ‘jalan keluar kebuntuan’. Pada pagi hari ketujuh itu, kira-kira dalam sejam setengah berada disitu..tiba-tiba datang seorang hamba Allah yang berbaju hijau, berserban kemas.raut wajahnya yang cantik dan jernih dan ketika itu saya nampak wajahnya dengan pancaran cahaya berkilauan datang menyapa bahuku dengan berkata dalam bahasa arab Mesir tempatan : “Ya Ummati, kenapa aku lihat kamu macam ada masalah”? (Ya Ummati, leeh anta fi musykilah?)

Aku terpaku seketika kerana seolah-olah dia tahu apa yang ada dalam hatiku dan fikiranku waktu itu dan menjadi persoalan untuk menjawab sebab aku tak pernah dengar orang memanggil aku dengan Wahai Umatku ! Biasanya Hai saudaraku..waktu itu orang di sekeliling maqam ada hanya 2-3 orang saja waktu dengan tajam mata mereka memandang ke arahku dan hamba Allah tersebut.

Pada hari tersebut aku pergi awal pagi selepas subuh sudah berada disitu…kebiasanya aku pergi sekitar jam 7 pagi..Entah mengapa pada hari itu aku teringin sangat untuk pergi lebih awal dari hari-hari biasa.

Hamba Allah itu masih menunggu jawapan daripada aku dari pertanyaannya tadi..setelah beberapa saat aku pun memberitahu : Ya ! Sebenarnya aku ada masalah kewangan dan fikiranku  buntu dan berserabut.

Kemudian dia ‘membaca’ atau scan saya setelah dia meminta nama beserta ibu..’bacaan’nya cukup menakjubkan diri saya kerana apa yang diberitahu dari A-Z tentang diri saya adalah benar dan tepat bermula dari umur,keluarga dan sebagainya. Inilah yang dikatakan juga firasat..ada juga disebutkan dalam Hadis yang bermafhumnya : Takutlah kamu bahawa firasat orang mukmin itu melihat dengan cahaya Allah.

Ketika itu aku masih menenung wajah hamba Allah itu dan  dia merenung mukaku dan seolah-olah dia sudah memahami apa yang ada dalam hatiku dan fikiranku…lalu mengusap kepalaku sambil membaca ayat :

Lalu dia berpesan : Baiklah ! Kamu selalulah mengamalkan dan baca selawat Al-Muhammadiah atau Az-zatiah setiap hari iaitu 3 kali selepas solat subuh dan dan 3 kali selepas solat asar..sambil dia membaca kepadaku sekali ketika itu..Insyallah kamu akan dipermudahkan segala-galanya yang sempit akan jadi lapang..amalkan dengan yakin dan lihatlah hasilnya nanti sekiranya kamu selalu amalkan ada saja rezeki kamu nanti ! Aku hanya membalas : Alfun Syukran [ Ribuan terima kasih banyak ! ]

Semasa dibacakan selawat tersebut terus aku teringat bahawa selawat tersebut pernah aku amalkan dan mengambil ‘ijazah’ dari mahaguruku Syeikh Mukhtar Ali Muhammad Ad-Dusuqi dan selawat ini daripada wali besar di Mesir satu ketika dulu yang dikenali sebagai ‘Abu Ainain’ atau Sidi Ibrahim Al-Qurasy Ad-Dusuqi yang merupakan wali Allah yang hebat dan mempunyai keramat yang agung di Mesir..maqamnya sentiasa dikunjungi oleh masyarakat tempatan yang terletak di Desuq dalam wilayah Kafr-Syeikh,Mesir.

Kemudian, hamba Allah menghulurkan tangan bersalaman dan terus meminta diri untuk beredar dari maqam Saidina Hussain R.A ketika itu…

Saat itu hatiku rasa teramat tenang setelah berjumpa dengannya berbanding 6  hari sebelum ini hatiku sentiasa berdolak dalik dan mengeluh dengan nasib diriku hanya meletakkan kesilapan kepada ketentuan dan ketetapan dari Allah SWT yang pada hakikatnya adalah terletak pada diri kita yang membuat pilihan.

Setelah itu aku pun masih bertenangkan diri di maqam tersebut sambil terus membaca selawat tersebut untuk beberapa kali..tidak lama kemudia terus aku bergegas untuk pulang ke rumah dan menceritakan kepada isteri aku tentang perjumpaan dengan hamba Allah tersebut.

Adakah pertemuan itu sebagai amalan ibu duit ? Ikuti selanjutnya di bawah ini :

Exit mobile version