Site icon Wacana Zeckry

Al-Ain adalah benar

Al-Ain adalah benar, penulis teringat ketika berada di Mesir dulu, kadang-kadang ada orang datang ke Mesir untuk dibawa jalan-jalan, satu ketika kami menaiki sebuah teksi, dalam teksi tersebut ada tergantung gambar mata dan tangan, lalu ditanya oleh kwn yg bersama penulis pd waktu tu, kebetulan sy ada sedikit maklumat masa itu dapatlah bg jawapan, bahawa dalam masyarakat Mesir disebut sebagai Mata Horus atau Wedjat, sebelum Wadjet dikenali sebagai Mata Bulan, Mata Ra atau “Udjat” adalah lambang perlindungan dan kekuataan kerajaan dari dewa-dewa pada masa Mesir kuno.

Dewa yang dimaksud adalah Horus atau Ra. Istilah dalam bahasa Mesir, istilah tersebut merujuk kepada simbol ini adalah “Wedjat”, memandangkan Mesir terkenal dengan sihir sejak zaman Firaun dan zaman nabi Musa AS.

Sebagaimana catatan penulis sebelum ini Bahaya Penyakit Ain Tanpa Disedari, sekali lagi terpanggil untuk meneruskan perbincangan dan kajian penyakit ain dalam masyarakat Melayu.

وَقالَ يٰبَنِىَّ لا تَدخُلوا مِن بابٍ وٰحِدٍ وَادخُلوا مِن أَبوٰبٍ مُتَفَرِّقَةٍ ۖ وَما أُغنى عَنكُم مِنَ اللَّهِ مِن شَيءٍ ۖ إِنِ الحُكمُ إِلّا لِلَّهِ ۖ عَلَيهِ تَوَكَّلتُ ۖ وَعَلَيهِ فَليَتَوَكَّلِ المُتَوَكِّلونَ
Dan ia berkata lagi: ‘Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab dan musabab) itu hanya tertentu bagi Allah. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri

Surah Yusuf : 67

Menurut Amar Farhan (2020), Ain ini terhasil dari hasad dengki, olh kerana selalu berdengki akhirnya dia terpancar di mata (al-Ain) dan berada di mata orang itu, apabila orang itu tengok sesuatu dengan hasad dengki kemungkinan barang itu boleh rosak (dengan izin Allah SWT). Oleh itu, Mujarrabat (Azimat) bagi orang mesir khamsah ala khamsah= khamsah yudafi’ (pendinding) min khamsah. Iaitu :

Lima perkara yang diamalkan utk menolak atau dilindungi dari lima perkara.

Lima perkara yang baik : Fawatih (Alfatihah), Ayat Kursi dan Tiga Qul.

Lima perkara yang jahat: Ain,Hasad,Marah, Permusuhan dan Dendam.

Lima jari dan tapak tangan sebagai isyarat dan peringatan.

Dikatakan warid dari mujarrabat (pengujian penyembuhan penyakit) Sayyidina Husain (cucu Rasulullah SAW) bila didapati pada seseorang ada ain antara usaha kita ialah tunjuk telapak tgn dgn jari terbuka (kelima-lima jari) pada orang tersebut. Pernah saya tanya salah seorang guru saya, kata beliau tafsirannya, tunjuk telapak tangan tu antaranya untuk alihkan pandangan pemilik ain tersebut, guru yang lain tafsir ini adalah khususiat dan rahsia yang ada pada telapak tangan. (Amar Farhan, 2020)

Manakala menurut Muhammad Pasha (2020), dikenali Al-Ain Khomsah merujuk kepada simbol lima jari pada azimat al-Ain. Memandangkan mata orang2 Arab ini pancaran Ain’ mereka lebih kuat daripada bangsa Melayu. Bahaya al-Ain org arab memang mereka ada keturunan yang Ain terlampau kuat sehingga boleh membunuh, orang yang dilihat itu boleh jatuh sakit atau menerima musibat bergantung kepada kekuatan ain mereka.

Selain di Mesir, di negara Yaman misalnya jika di kawasan penempatan orang arab yang kurang pokok hijau sangat bahaya ain mereka, sehingga boleh menjadi asbab kesakitan atau kematian. Maka, ada yang mengatakan bahawa bagi mengurangkan pengaruh negatif ain pada matanya sendiri, mesti selalu merenung atau melihat pokok atau dedaunan kehijauan, selain sebut menyebut Ma sya Allah Sebelum memuji sesuatu perkara atau objek-objek juga boleh terkena ain sehinggakan objek yang terkena ain boleh menjadi rosak.

Penulis berpendapat, al-Ain berlaku di Mesir jg hebat sehinggakan boleh meresap masuk ke dalam memori otak kita dan terpukau atau dalam masyarakat kita sebut ‘Pukau’. Oleh itu, bagi perawat Ruqiyah Syariyyah berpendapat tidak menafikan al-Ain juga wujud dalam masyarakat melayu yang lebih disinonim dengan ‘Pukau’.

Namun, Al-Ain adalah benar berdasarkan pengalaman penulis juga, telah menemui orang yang mempunyai mata yang tajam yang berpunca dari jiwa yg kotor dengan hasad dan menemui mangsa pukau semasa di Mesir yg menyebabkan x sedar apa yang berlaku Ketika itu.

Oleh yang demikian, perbincangan ini akn dilanjutkan lagi dlm memenuhi kajian secara menyeluruh termasuk dari segi pengubatannya dari masa ke semasa kerana Al-Ain adalah benar !

Bibliografi

5090062 {5090062:PDRB27EK},{5090062:4YGCTAUQ} items 1 apa 0 default asc 1733 http://zeckry.net/wp-content/plugins/zotpress/
%7B%22status%22%3A%22success%22%2C%22updateneeded%22%3Afalse%2C%22instance%22%3A%22zotpress-30e203afff038abf0c2c3e80afdee750%22%2C%22meta%22%3A%7B%22request_last%22%3A0%2C%22request_next%22%3A0%2C%22used_cache%22%3Atrue%7D%2C%22data%22%3A%5B%7B%22key%22%3A%22PDRB27EK%22%2C%22library%22%3A%7B%22id%22%3A5090062%7D%2C%22meta%22%3A%7B%22creatorSummary%22%3A%22Amar%20Farhan%22%2C%22parsedDate%22%3A%222020-05-23%22%2C%22numChildren%22%3A0%7D%2C%22bib%22%3A%22%3Cdiv%20class%3D%5C%22csl-bib-body%5C%22%20style%3D%5C%22line-height%3A%202%3B%20padding-left%3A%201em%3B%20text-indent%3A-1em%3B%5C%22%3E%5Cn%20%20%3Cdiv%20class%3D%5C%22csl-entry%5C%22%3EAmar%20Farhan.%20%282020%2C%20May%2023%29.%20%3Ci%3EMujarrabat%20Ain%3C%5C%2Fi%3E.%20Kumpulan%20Alumni%20Al-Azhar.%20%3Ca%20href%3D%27https%3A%5C%2F%5C%2Fwww.facebook.com%5C%2Fgroups%5C%2F1090864931281745%5C%2Fpermalink%5C%2F1124595594575345%5C%2F%27%3Ehttps%3A%5C%2F%5C%2Fwww.facebook.com%5C%2Fgroups%5C%2F1090864931281745%5C%2Fpermalink%5C%2F1124595594575345%5C%2F%3C%5C%2Fa%3E%3C%5C%2Fdiv%3E%5Cn%3C%5C%2Fdiv%3E%22%2C%22data%22%3A%7B%22itemType%22%3A%22forumPost%22%2C%22title%22%3A%22Mujarrabat%20Ain%22%2C%22creators%22%3A%5B%7B%22creatorType%22%3A%22author%22%2C%22name%22%3A%22Amar%20Farhan%22%7D%5D%2C%22abstractNote%22%3A%22%22%2C%22forumTitle%22%3A%22Kumpulan%20Alumni%20Al-Azhar%22%2C%22postType%22%3A%22%22%2C%22date%22%3A%2223%5C%2F05%5C%2F2020%22%2C%22language%22%3A%22Malay%22%2C%22url%22%3A%22https%3A%5C%2F%5C%2Fwww.facebook.com%5C%2Fgroups%5C%2F1090864931281745%5C%2Fpermalink%5C%2F1124595594575345%5C%2F%22%2C%22collections%22%3A%5B%22SY5R9ANQ%22%5D%2C%22dateModified%22%3A%222020-05-28T14%3A17%3A29Z%22%7D%7D%2C%7B%22key%22%3A%224YGCTAUQ%22%2C%22library%22%3A%7B%22id%22%3A5090062%7D%2C%22meta%22%3A%7B%22creatorSummary%22%3A%22Muhammad%20Pasha%22%2C%22parsedDate%22%3A%222020-05-23%22%2C%22numChildren%22%3A1%7D%2C%22bib%22%3A%22%3Cdiv%20class%3D%5C%22csl-bib-body%5C%22%20style%3D%5C%22line-height%3A%202%3B%20padding-left%3A%201em%3B%20text-indent%3A-1em%3B%5C%22%3E%5Cn%20%20%3Cdiv%20class%3D%5C%22csl-entry%5C%22%3EMuhammad%20Pasha.%20%282020%2C%20May%2023%29.%20%3Ci%3EAin%20Khamsah%3C%5C%2Fi%3E.%20Alumni%20Universiti%20Al-Azhar%2C%20Egypt.%20%3Ca%20href%3D%27https%3A%5C%2F%5C%2Fwww.facebook.com%5C%2Fgroups%5C%2F1090864931281745%5C%2Fpermalink%5C%2F1124595594575345%5C%2F%27%3Ehttps%3A%5C%2F%5C%2Fwww.facebook.com%5C%2Fgroups%5C%2F1090864931281745%5C%2Fpermalink%5C%2F1124595594575345%5C%2F%3C%5C%2Fa%3E%3C%5C%2Fdiv%3E%5Cn%3C%5C%2Fdiv%3E%22%2C%22data%22%3A%7B%22itemType%22%3A%22forumPost%22%2C%22title%22%3A%22Ain%20Khamsah%22%2C%22creators%22%3A%5B%7B%22creatorType%22%3A%22author%22%2C%22name%22%3A%22Muhammad%20Pasha%22%7D%5D%2C%22abstractNote%22%3A%22%22%2C%22forumTitle%22%3A%22Alumni%20Universiti%20Al-Azhar%2C%20Egypt%22%2C%22postType%22%3A%22%22%2C%22date%22%3A%2223%5C%2F05%5C%2F2020%22%2C%22language%22%3A%22Malay%22%2C%22url%22%3A%22https%3A%5C%2F%5C%2Fwww.facebook.com%5C%2Fgroups%5C%2F1090864931281745%5C%2Fpermalink%5C%2F1124595594575345%5C%2F%22%2C%22collections%22%3A%5B%22SY5R9ANQ%22%5D%2C%22dateModified%22%3A%222020-05-28T14%3A17%3A07Z%22%7D%7D%5D%7D
Amar Farhan. (2020, May 23). Mujarrabat Ain. Kumpulan Alumni Al-Azhar. https://www.facebook.com/groups/1090864931281745/permalink/1124595594575345/
Muhammad Pasha. (2020, May 23). Ain Khamsah. Alumni Universiti Al-Azhar, Egypt. https://www.facebook.com/groups/1090864931281745/permalink/1124595594575345/
Exit mobile version