2 thn lps penah sy bg tips cara buat assignment terbaik, memandangkan byk permintaan diterima utk minta tips. Oklah sy cuba share tambahan dari posting lalu.

Apabila dalam tulisan dan percakapan tidak dapat lari 3 perkara :

1-Bagitau lah apa yg akan diberitahu (Pengenalan)

2-Bagitau lah apa yg nak beritahu (Isi Kandungan)

3-Bagitau lah apa yg telah diberitahu (Kesimpulan)

So apabila soalan tugasan yg kita dpt cuba cari dulu gambaran apa maksud sbnr soalan tu, ia ibarat puzzle2 yg akan disambungkan. Ada yg perlu kpd perbahasan pandangan, ada dgn cara perbincangan dan ada cara penjelasan.

Maka buat carian kt sumber2 biasa di google atau blog atau wikipedia sbg gambaran awal saja, ingat ! bukan untuk citation sbg rujukan nanti. Cuba elakkan petikan dari surat khabar atau majalah yg hanya akn merendahkan kredibiliti penulisan kita. Kedua-dua tu dikategorikan sebagai sumber “bkn akademik”, Ini termasuk juga artikel2 umum dlm internet sprt wikipedia.

Begitu juga dlm penulisan tesis/latihan ilmiah/disertasi bygkan jika penyataaan masalah, kita hanya berdasarkan isu yg dipetik dalam akhbar tempatan, seperti isu pembuangan bayi, rasuah dll, sedangkan isu tersebut mungkin disensasikan, bkn dari satu kajian yg mendalam atau hanya diwar-warkan dari kaca mata ahli politik atau NGO.

Berikut tips sbg panduan bagi pemula dalam dunia assignment atau esei yg mesti ada 3 perkara, Pengenalan, Isi Kandungan dan Kesimpulan/Penutup.

1-Pengenalan

Objektif esei mesti ditulis setelah menulis beberapa ayat berkenaan huraian ringkas contoh amalan gotong-royong dalam masyarakat.

Contoh :

Amalan gotong-royong pd mulanya adalah amalan popular dlm msyrakat tradisi. Ia merupakan amalan yang………………………………bahkan ia skarang popular dalam kalangan pelbagai etnik dalam msyarkat bandar.

Contoh menulis objektif : Esei ini adlaah untuk membincangkan…………………dan dari perspektif sosiologi. Seterusnya saya/penulis akan memperincikan tentang kebaikan………………….Beberapa cadangan akan………………………..

Maknanya di sini, anda perlu mengatur strategi penulisan spya dpt menjawab stimulus dan stem soalan assignment tersebut dgn jelas.

Perlu masukkan ” citations walaupun dlm pengenalan.

Jadi, ayat dan idea yg sy berikan hanyalah sbg panduan sahaja,

Isi Assignment

Lakukan bacaan berkenaan di bawah sblm menulis :

1-Jelaskan dengan mendalam maksud gotong-royong dari segi makna perkataan dan konteks sosiologi yg membawa kpd pembentukan satu struktur sosial dan budaya masyarakat.

2- Berkait dgn struktur sosial dan hubungan sosial- buat rujukan

3- Bhgian isi ni lebih kpd penjelasan dan huraian mengikut fakta/teori atau cerita yg dalam ruang lingkup ‘rumah cerita’

4. Berikan pandangan dan contoh

Citations mestilah ditulis dgn lengkap dan jelas terutamanya berkaitan teori dan idea para akademik. Walaupun anda memasukkan pandangan dan juga tetapi hakikatnya ia bersandarkan kepada hasil bacaan dan rujukan anda sebelum ini.

Penutup

Olahan ayat mestilah padat tetapi jelas menunjukkan segala fakta dan perbincangan yg telah anda kemukakan dalam bahagian isi. Sepatutnya tiada fakta atau perbincangan baru dalam penutup. DI sini hanyalah ada pengukuhan. Anda blh juga memasukkan harapan atau percambahan idea berkaitan perbincangan yg telah berlaku tadi.

Sebagai mengakhiri, semua bergantung kpd pemahaman dari bacaan, pengalaman dan kreativiti kita. Tapi harus diingat, esei/assignment mesti ditulis dalam perkataan dan gaya bahasa ANDA SENDIRI.

Jangan sama sekali meniru atau copy dan paste. Itu adalah plagiarisme. Jadi jgn lupa juga “citation” dan smua citation mesti ditulis dalam rujukan mengikut gaya universiti masing-masing sprt A.P.A dan lain-lain. Moga cara mudah buat assignment ini membantu kalian dalam berjuang dalam bidang masing-masing.

Rujukan :

Cara Buat Assignment Terbaik • Wacana Az-Zeckry. (2018, June 6). Wacana Az-Zeckry. http://zeckry.net/2018/06/06/cara-buat-assignment-terbaik/

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

4 thoughts on “Cara Mudah Buat Assignment”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.