Site icon Wacana Zeckry

Perbezaan Rukun Akad Menurut Mazhab Shafie dan Hanafi

Jumhur Fuqaha` : Selain Hanafi iaitu Maliki, Syafii dan Hanbali menyatakan  bahawa rukun akad ada tiga (al-Zuhaily, 1997). Rukun berkenaan adalah seperti  berikut:

a) Lafaz : Ijab dan qabul;

(b) Dua orang yang berakad (penjual dan pembeli); dan

(c) Subjek akad : Perkara yang diakadkan (barang dan harga)

Mazhab Hanafi : Rukun akad pada pandangan Hanafi hanyalah satu sahaja iaitu ijab (tawaran) dan qabul (penerimaan) atau dikenali sebagai sighah.

Namun dalam lafaz ijab dan qabul terdapat lafaz atau perkataan dan perbuatan. Walau bagaimanapun fuqaha` berselisih pendapat mengenai persoalan akad secara perbuatan :

i-Syafie : Akad tidak boleh dilakukan dengan perbuatan sahaja tanpa lafaz yang menjelaskan maksud pihak berakad sama ada kecil atau besar bentuknya. Akad tersebut mesti jelas dan mudah difahami seperti ucapan dan tulisan

ii-Maliki, Hanafi dan Hambali : Akad harus dilakukan dengan perbuatan sahaja, asalkan ia dapat menjelaskan maksud serta persetujuan pihak berakad serta selaras dengan adat kebiasaan tanpa mengira kecil atau besar bentuk akad itu.

Manakala dalam penggunaan bahasa isyarat yang terdiri daripada :

ii- Orang yang boleh bertutur : Menurut Hanafi dan Syafie, jika orang yang berkontrak boleh bertutur dan bercakap maka akad tidak sah dibuat secara isyarat. Sebalinya mesti diungkapkan kehendaknya dengan lisan atau tulisan. Ini adalah kerana isyarat hanya dapat menunjukkan akad tetapi tidak menyakinkan seperti lafaz.

ii- Orang yang tidak boleh bertutur : Menurut Mazhab Hanafi, orang yang berakad yang tidak boleh bertutur seperti bisu atau gagap tetapi boleh menulis, maka dia mestilah menyatakan kehendaknya dengan tulisan. Ini kerana bukti penulisan lebih kuat dan tidak mempunyai kemungkinan lain. Oleh itu, jika orang yang berkontrak tidak pandai menulis tetapi boleh membuat isyarat yang boleh difahami maka isyaratnya boleh dikira sebagai menggantikan pertuturan lidah. Ini dipersetujui oleh semua fuqaha` kerana darurat atau keadaan memaksa.

Ikuti selanjutnya perbincangan Jual beli Sarf menurut pandangan ulama silam dan semasa di pautan ini http://zeckry.net/2020/10/04/jual-beli-sarf-pada-pandangan-ulama-silam-dan-semasa/

Exit mobile version