Catatan penulis sebelum ini : Cara Berkesan Pengajaran Bahasa Arab
http://zeckry.net/2020/10/19/cara-berkesan-pengajaran-bahasa-arab/

i- Teknik menterjemah dan pembinaan ayat bahasa arab

Teknik ini menggalakan pelajar mencipta karangan mudah berdasarkan isu semasa atau cerita peribadi pelajar dalam bahasa melayu kemdian menterjemahkan ke dalam bahasa arab dengan menggunakan kamus online atau penterjemahan di google kemudian guru memperbetulkan dengan kemahiran guru. Secara langsung pelajar akan sentiasa menambahkan pembendaharaan kata bahasa arab. Teknik ini hendaklah dilakukan secara berterusan dengan memulakan 100 patah perkataan kemudian di naik kepada 50 patah perkataan setelah setiap minggu sehingga mencapai 2000 patah perkataan, kemudian dibentang dalam bahasa arab berdasarkan rumusan yang diseliakan oleh guru untuk mendengar.

ii- Ulasan atau terjemah video pendek dalam bahasa arab

Guru menyediakan video atau filem pendek dalam bahasa arab yang bersumber daripada internet yang mempunyai pengajaran yang baik. Video yang berdurasi 5 minit hingga 10 minit atau video dokumentari bahasa arab dengan membahagikan secara berkumpulan. Misalnya dokumentari 35 minit dibahagikan durasi 5 minit kepada 7 orang pelajar. Teknik ini berkesan jika lakukan secara berkumpulan dan dibentangkan dengan membaca dalam bahasa arab. Teknik ini secara langsung mewujudkan kerjasama dan pembelajaran dua hala guru dan pelajar dalam talian.

Bersambung di http://zeckry.net/2020/10/19/langkah-menyediakan-bahan-pengajaran-dalam-talian-bahasa-arab/

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.