Wacana Az-Zeckry

Tok Kenali Sepanjang Zaman

Hari ini 19 November 2020 maka, genap 87 tahun Tok Kenali wafat.

Majalah “Pengasuh” keluaran 11.12.1933 mencatitkan berita tentang kematian Tok Kenali antara lain berbunyi : “Kembali ke Darul-Baqa 1352H yang meredupkan alam Kelantan dengan dukacita. Innalillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun” Hari wafatnya dilawati oleh tidak kurang daripada 2,500 orang dan sembahyang jenazahnya lebih daripada 1,000 orang.

Bayangkan pada tahun 1933, media elektronik tiada lagi untuk kita maklum pada orang awam dalam masa yang singkat. 2,500 orang yang hadir bukanlah angka yang sedikit diwaktu itu ditambah pula sistem pengangkutan yang belum lagi maju. Sungguh Allah Taala telah muliakan auliyaNya. Marilah kita sedekahkan bacaan al-Fatihah buat Wali Allah Tokoh Ulamak Ulung Nusantara ini. Baca Alfatihah kepada Roh Tuan Guru Sheikh Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933)

Tok Kenali Dalam Ingatanku…..

Selama 22 tahun berada di Mekah dan kembali ke tanah air 1909, kisah dan karamah Tok Kenali ni telah banyak digarapkan secara ilmiah atau bukan ilmiah. Tetapi ku biasa merasai ‘kehadirannya”, seolah2 kehadirannya pada 2 hari sebelum tarikh 19/11 yang dikatakan juga sebagai hari memperingati Hari Lelaki Sedunia ! ‘kehadirannya’ sebelum tarikh yang genapnya 87 tahun berada di alam baqa` (kekal selama2), “kehadiranya” kadang dalam sedar dan tidak sedar, kadang kelibatnya ! benar atau tidak tapi hatiku memang yakin itu ‘dia’. Apabila ku mencari pengesahan dan mengkaji serta mencari jawapan mmg dapat disahkan setelah berjumpa oleh beberapa orang yang dapat ‘melihat secara batin”…

Cuma dapat disimpulkan bahawa, datuk di sebelah bapaku adalah seperguruan masa dulu dan bersahabat baik dengan atok yang senior daripada Tok Kenali, Tok Kenali ni memang dah terkenal dengan karamah ilmunya, tetapi sahabat baik dia adalah atokku yang selalu ke mana-mana siang atau malam,

Atok aku ni dia low profile dan ada satu ilmu dalam perbuatan keris, tapi sayang ilmu itu hanya dibawa mati je..mungkin dia nampak keturunan bawahnya tidak berbakat cuma bakat seni ukiran besi tu ada pada bapaku dan aku pula mungkin ada rahsia yang tersendiri (tak perlu cite lah kat sini) hanya aku je yang tahu !

Cuma pendek cite mereka berdua ada ilmu secara batiniyyah…hatta ilmu keris itu pun memang xdapat diwarisi pada generasi ini mungkin ada generasi yang akan datang, Wallahu A`lam…kerana ilmu keris ni, dia akan beri kepada orang yang berhak saja dan ‘bacaan hatinya kuat’ hanya yang beramanah saja dia akan beri ketika itu.

Pengesahan atokku ni seperguruan dengannya ada rahsia besar dan misinya, ptt lah ku dapat merasai ‘kehadirannya’ dan kelibatnya…apa nk heran kalau orang lain boleh merasai ‘kehadiran’ jenis jin/hantu/bunian ke apa, tapi aku bukan ke arah benda tu, sebab aku memulakan perjalanan ini dengan berguru dengan Pak Teh Enggong sampai ku Mesir untuk meneruskan misi perguruan..orang cite jumpa hantu dan kehadiran mereka…apa salah aku nak citekan ‘kehadiran’ Aulia Allah…cite sama je misalnya orang kata…betul ke ada siksa kubur ?

Kenapa orang tanya pasal seksa tu ? ada buat dosa ke ? kenapa orang tak tanya tenang nikmat kubur atau nikmat syurga ? (cukup menghairankan)…..sedangkan jalan untuk ke ‘nikmat’ tu jalannya sangat berliku dipukul badai dan dilambung ombak dengan segala serangan mental dan fizikal ! Ingat senang untuk dapatkan KETEGUHAN HATI ( baru boleh faham apa itu makna zat…apa lah sibuk nak cari…sibuk nak bahas…sibuk nak bincang !) atau bahasa TAWAJJUH kepadanya…cakap senang je nak redah dan tempuhi tu amat sukar !

Ibarat petikan seorang wali agung iaitu : “Perjalanan makrifah ibarat merentasi 70,000 lautan ganas, 70,000 gunung berapi dan 70,000 belantara dan 70,000 musim yang amat sejuk dan hati yang sering berbolak balik setiap hari 70,000 kali sehari untuk menempis segalanya bagi KETEGUHAN/KELURUSAN HATI di titian yang lurus (selalu disebut dan ucapkan sbb tu FATIHAH tu rukun solat).

Begitulah kita, kenapa sibuk dengan cerita hantu, cerita mistik, cerita paranormal (negatif) kenapa kita sibuk pun dengan cerita-cerita tentang Aulia Allah (positif) yang lebih hebat daripada cerita hantu pocong, pontianak tu padahal TAKUT pun…..ptt lah kita ni bila balikkan perkataan HANTU dan TUHAN kita lebih takut yang mana sebenarnya ? kalau live paranormal sanggup kita tunggu tu yang dibuat oleh individu tertentu untuk menerjah rumah puaka, banglo lama, tanah perkuburan. dipergunungan dan sebagainya orang sanggup tunggu dan tontonan live boleh mencecah sampai puluhan ribu dalam beberapa jam dibuat secara langsung….

Kenapa cerita2 Aulia Allah ( cuba tanya Pak Teh Enggong di Kelantan atau Paksu Mid di Kedah ke..) tu orang kurang nak abik tahu dan memahami ? sebab malas nak berfikir takut otak kita jem kan ? tu lah kata2 orang hebat (seperti Dato` Roslan Ab Hamid sbgmana dicatat juga oleh Suraya Ali) : Minda sedar kita 12% dan minda separa sedar kita adalah 88% menyumbang kepada setiap tindakan kita….betul lah tu…cuma kita ni tak nak ngaku pun…

Cerita pasal Tok Kenali, beliau adalah Aulia Allah As-Solihin banyak khazanah ilmu dan pengamalan (seperti Amalan Rezeki Tok Syed Kopiah Merah) yang ditinggalkan untuk anak cucu cicit dan kepada umat Islam untuk mencapai tahap kesedaran supaya tidak terkapai2 dalam mencari dan terus mencari rahsia disebalik macamana nak faham zat Allah terutama kepada mereka yang telah melalui perjalanan penyucian hati dengan berzikir ribu2an, selawat ribuan dan membaca hizib ribuan kali sehari (kalau ada lah zaman sekarang…ada tapi tak ramai),

Kehadiran Tok Kenali di alam nyata dulu adalah sebagai dakwah untuk menyedarkan manusia yang dibuai dengan dunia yang entah ke mana ! asyik tertipu je !…tak de kesudahannya pun dikejar…mmg tak kemana dan serba tak kena…akhirnya apa kita dapat duit abis ( sbb tak jumpa ibu duit)…masa pun abis…pastu nak balik ngan apa? hujungnya tanya lah pasal seksa kubur tu bkn nak tanya pasal nikmat kubur !

Kesimpulannya : Mengingati pesanan Mahaguruku Syeikh Mukhtar Ali r.a berkali-kali memperingati: “Pelajari sebelum
menghukumi, kerana itu lebih selamat dan terpuji. Mungkin satu hal telah kamu ketahui, namun banyak hal lain belum kamu mengerti dan fahami
“.

Hidup kita semua adalah perjalanan bukan pertandingan !

Rujukan :

5090062 {5090062:9GUXBSZD},{5090062:22459YNZ},{5090062:QJTM6B78} items 1 apa default asc http://zeckry.net/wp-content/plugins/zotpress/
Suraya Ali. (2019, January 7). Nota Kelas Dato’ Roslan Ab Hamid - Momentum 2019 -. http://surayaali.com/dato-roslan-ab-hamid/
Roslan Ab Hamid. (2020). Roslan Ab Hamid - Public Speaking Guru | Facebook. https://www.facebook.com/PublicSpeakingGuruNusantara/
Datosir, K. (2015). Pak Teh Enggong, Kuala Krai Kelantan (Wali Allah). http://datoksirkronik.blogspot.com/2015/07/pokteh-enggong-kuala-krai-kelantan-wali.html
Exit mobile version