Site icon Wacana Zeckry

Cara Mudah Buat Tesis

Ada sahabat kita bertanya, ada tak cara mudah buat tesis ? Saya kata,..ada ! mudahnya buat tesis atau kajian ilmiah atau projek akhir tahun/disertasi pelbagai nama digunapakai oleh universiti awam atau swasta. Matlamatnya sama saja cuma dari segi nama saja beza. So, saya katakan memang ada je cara mudah buat tesis ni kalau susah memang Dr Othman Talib (2016) tak tulis lah buku Tulis Tesis Cepat (Teknik Efektif dan Efisyen) dan sy gitau lagi kalau susah takkan lah Dr Mohd Norazmi Nordin buat Phd dalam masa 18 bulan jer ! Ini maknanya tak susah lah !

Sebenarnya tak susah dan memang mudah tipsnya cuma fahami bagi lumat dan hadam betul2 kaedah penyelidikan atau research methodology, seterusnya apa item2 yg ada dalam bab 1 sampai bab 4. Tips yang paling utama NYATAKAN MASALAH atau permasalahan kajian, timbulkan masalah daripada kajian lepas apa yg belum selesai atau apa gap (jurang/lompang) yg ada pada kajian orang lain sblm ini.

Tgk apa kajian diaorang kaji tu, guna teori apa? setakat mana kajian dia intai2 lah lompang tu dan buat pernyataan masalah itu yg paling utama kemudian ciptakan tajuk kajian kita ( sebelum ni sy dah bincang mengenai cara mudah nak buat tajuk kajian boleh baca kt sini http://zeckry.net/2018/06/13/cara-mudah-menulis-tajuk-kajian/

Kat mana nk tgk kajian lepas tu, dapatkan jurnal2 terkini lah dalam 5 tahun ke bawah jangan lah jurnal tu 10 tau 20 tahun kadang isu tu dah basi. Sebaiknya 5 tahun ke bawah lah.

Cara mudah buat tesis yg ada 4 bab, so pastikan apa perlu ada ? Ok tipsnya…

Bab 1

1.1- Pengenalan

Kat sini kita perkenalkan bahagian-bahagian dalam bab 1, maknanya apa kita nak cite dalam bab ni, gitau lah. Dalam ni, penyataan yang rasional mengenai sebab apa kajian ni dibuat.

1.2- Latar belakang

Nak cite apa kat sini ? gitau dengan jelas senario semasa yg berkaitan dgn permasalahan kajian secara keseluruhan. Kemudian membincangkan beberapa idea kecil mengenai permasalahan kajian yg disokong oleh rujukan. Seterusnya membahaskan secara ringkas tentang konsep permasalahan kajian dan menjuruskan kepada satu idea utama daripada beberapa idea kecil permasalahan kajian di atas dgn disokong oleh 2-3 rujukan primer kpd topik proposal kajian.

1..3 Pernyataan Masalah

Membuktikan dan mengulas kewujudan masalah kajian (dgn data berkaitan-jika ada) berdasarkan rujukan2 berwasit sama ada buku, jurnal, artikel, prosiding, laporan-laporan dan sumber2 sahih

Mengenengahkan jurang pengetahuan (Knowledge gap) yg wujud di antara penyelesaian yg tlh dibuat dgn penyelesaian yg masih dalam persoalan. Perbincangan perlu merujuk kepada aspek2 kajian yg berkaitan dgn permasalah kajian yg telah dilaporkan dan yg belum dilaporan.

Menjustifikasikan rasional mengemukakan cadangan kajian kajian (ke atas topik yang dipilih) berdasarkan jurang pengetahuan di atas. Rujuk Creswell (2008) dan Schumacher (2000).

1.4 Tujuan/ Matlamat Kajian

Menghuraikan secara am tentang arah tujuan kajian berdasarkan permasalahan kajian 1.3 dlm bentuk penyataan matlamat kajian. Sebelum ini saya telah bincangkan perbezaan matlamat dan objektif kajian.

1.5 Objektif Kajian

Bg penyelidikan kuantitatif, pastikan setiap ayat objektif kajian ada unsur jenis dan nilai ‘hubungan’ yg hendak dikenalpasti, pembolehubah-pembolehubah (bersandar dan tidak bersandar) yg hendak di ukur dan sampel yg akan digunakan.
Formula ‘hubungan= V1 V2 V3 Sampel
‘Hubungan” merujuk kepada tahap korelasi, perbezaan, pengaruh, faktor2 dan kesan interaksi, sbg cth :
-pertahan/korelasi di antara p/ubah yg hendak dikaji
-pengaruh dan kesan/akibat antara p/ubah
-perbezaan antara p/ubah
-tahap/status sesuatu fenomena

1.6 Persoalan Kajian

Menyatakan setiap objektif kajian di atas dalam bentuk ayat tanya dan jika perlu dipecahkan lg kpd beberapa persoalan kajian yg lebih terperincil/kecil

1.7 Hipotesis Kajian (jika berkaitan)

Memastikan penyataan hipotesis kajian adalah dalam bentuk hipotesis nol.

1.8 Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka konseptual kajian, jelaskan teori/kajian-kajian berkaitan yang dirujuk sebagai asa pembinaannya (sama ada oleh penyelidik atau penyaran) dan bagaimana kerangka ini sesuai untuk menjawab persoalan-persoalan kajian.

Menghuraikan setiap komponen dalam model kerangka/teori yang digambarkan dan bagaimana pembina/penyaran kerangka teori model membangunkannya.

Rumusan ringkas secara keseluruhan dengan memberikan rasional kepada pemilihan kerangka konseptual/teoretikal kajian dalam konteks kesesuaiannya menjawab persoalan kajian.

1.9 Kepentingan kajian

Menunjukkan bagaimana kepentingan kajian blh menyumbang kepada penyelidikan dalam bidang yg sama daripada aspek :
=p/ubah2 baru yg akan dikaji
-metodologi kajian
-sampel kajian
-hasilan baru yg diharapkan
-perspektif baharu/lain

1.10 Batasan Kajian

Menyatakan had kajian daripada aspek metodologi seperti sampel yg dipilih, instrument yg dilaksanakan dan prosedur kajian yg dijalankan. Kemudian, menyatakan had kesahan dan kebolehpercayaan kajian drpada aspek ketekalan/replikasi dan generalisasi kajian. Seterusnya menyatakan had kajian dari aspek skop kajian seperti sbhg dariapda bdg yg lbh besar.

1.11 Definisi Operasional/Istilah

Bagi kajian kuantitatif pastikan konsep/konstruk/pemboleh ubah yg terkandung dlm objektif kajian diberikan definisi yg operasional yg blh diukur nilainya dlm bentuk skala yg tertentu) serta berdasarkan rujukan yg sah.

Itu item-item yang mesti ada dalam bab 1 untuk kandungan2 bab 2 bersambung…

So, anda perlu selalu berbincang kaedah penyelidikan ini baru kita dapat gambaran yang jelas bidang apa yang nak dikaji….kadang kajiannya berskala besar, tajuknya sgt gempak ! padahal masalah kt tepi rumah kat kampung, taman, institusi pengajian yang ada tepi rumah kita pun boleh kaji pun ! Tipsnya, cuma lakukan pada skop yang kecil terlebih dahulu kalau peringkat ijazah ni, barulah kita tak ‘kepeningan’.

Exit mobile version