Site icon Wacana Zeckry

Darah Istihadah Mengikut Tamyiz Atau Adat?

[et_pb_section admin_label=”section”] [et_pb_row admin_label=”row”] [et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text admin_label=”Text”]

Katakan kalau kita ada darah yang keluar selepas hari ke 15 daripada hari pertama haid manakah kaedah yang lebih kuat bagi menentukan istihadah; tamyiz atau adat bagi seorang wanita yang mempunyai kitaran haid teratur yang keluar selama 9 hari setiap bulan dan upaya membezakan sifat darah.

Berdasarkan fakta yang diberi, wanita tersebut disebut mustahadah mu`tadah mumayyizah(wanita yang keluar darah istihadah, mempunyai tempoh kebiasaan keluar haid dan mampu membezakan sifat-sifat darah.)

Justeru diutamakan kaedah tamyiz berbanding adat. Ini kerana alamat (petunjuk) bagi haid itu adalah pada darah dan jenis darah itu petunjuk bagi wanita yang mengalaminya. Maka, kebolehan mengenalpasti sifat darah itu didahulukan berbanding kiraan mengikut adat. Kaedah adat pula digunakan sekiranya tidak cukup syarat-syarat tamyiz. Ini berdasarkan hadis riwayat Aisyah RA berkenaan soalan Fatimah Binti Abi Hubaisy kepada Rasulullah SAW tentang dirinya yang tidak suci akibat darah istihadah. Maka jawab Baginda SAW:

إِنَّمَا ذَلِكِ عِرْقٌ وَلَيْسَ بِالحَيْضَةِ فَإِذَا أَقْبَلَتِ الحَيْضَةُ فَاتْرُكِي الصَّلاَةَ فَإِذَا ذَهَبَ قَدْرُهَا فَاغْسِلِي عَنْكِ الدَّمَ وَصَلِّي

Maksudnya: “Itu seumpama peluh dan itu bukan haid, maka jika engkau mengalami haid maka tinggalkanlah solat. Apabila sudah berlalu kadarnya (adatnya), maka bersihkan sahaja darah (istihadah) itu dan solatlah.”

Riwayat al-Bukhari (306)

Syarat-syarat tamyiz:

  1. Darah yang kuat keluar tidak kurang daripada sekurang-kurang tempoh haid; sehari dan semalam.
  2. Darah yang kuat keluar tidak lebih daripada sepanjang-panjang tempoh haid; 15 hari 15 malam.
  3. Darah yang lemah keluar tidak kurang daripada sepanjang-panjang tempoh haid; 15 hari 15 malam.
  4. Darah yang lemah keluar berterusan dan tidak putus (tanpa naqa’ atau berselang dengan darah kuat)

Rujuk Taqrirat al-Sadidah (hal. 168)

Contohnya: Rosnaini biasa datang haid 5 hari pertama setiap bulan. Bulan yang terakhir, keluar darah sepanjang 25 hari. 10 hari keluar darah kuat (kehitaman) dan 15 hari darah yang lemah (kemerahan). Maka dihukum bahawa darah 10 hari yang pertama adalah darah haid manakala 15 yang kemudian adalah darah istihadah. Justeru, 15 hari keluarnya waktu istihadah itu adalah waktu suci dan beliau wajib menunaikan solat dan puasa Ramadhan.

Wajib juga wanita itu mengqadhakan solat pada hari ke-11 sehingga ke-15 yakni pada tempoh keluarnya darah yang lemah, sekalipun dia tidak berdosa kerana pada mulanya tidak mengetahui bilangan hari darah yang keluar sehinggalah selepas 15 hari.

Disebutkan jua daripada pendapat dalam mazhab-mazhab lain berkenaan wanita mustahadah mu`tadah mumayyizah.

Rujuk al-Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (3/203-205); Fiqh al-Islami wa Adillatuh (1/638/646)

Rujukan :

5090062 {5090062:RL48XS67} items 1 apa 0 default asc 2305 http://zeckry.net/wp-content/plugins/zotpress/
%7B%22status%22%3A%22success%22%2C%22updateneeded%22%3Afalse%2C%22instance%22%3A%22zotpress-3dbeae47ee5d552e9d37e1483eca02bd%22%2C%22meta%22%3A%7B%22request_last%22%3A0%2C%22request_next%22%3A0%2C%22used_cache%22%3Atrue%7D%2C%22data%22%3A%5B%7B%22key%22%3A%22RL48XS67%22%2C%22library%22%3A%7B%22id%22%3A5090062%7D%2C%22meta%22%3A%7B%22creatorSummary%22%3A%22Umar%20Mukhtar%20Mohd%20Noor%22%2C%22parsedDate%22%3A%222018-01-10%22%2C%22numChildren%22%3A1%7D%2C%22bib%22%3A%22%3Cdiv%20class%3D%5C%22csl-bib-body%5C%22%20style%3D%5C%22line-height%3A%202%3B%20padding-left%3A%201em%3B%20text-indent%3A-1em%3B%5C%22%3E%5Cn%20%20%3Cdiv%20class%3D%5C%22csl-entry%5C%22%3EUmar%20Mukhtar%20Mohd%20Noor.%20%282018%2C%20January%2010%29.%20%3Ci%3EDarah%20Istihadah%20Mengikut%20Tamyiz%20Atau%20Adat%3F%3C%5C%2Fi%3E%20Pejabat%20Mufti%20Wilayah%20Persekutuan.%20%3Ca%20href%3D%27https%3A%5C%2F%5C%2Fmuftiwp.gov.my%5C%2Fartikel%5C%2Fal-kafi-li-al-fatawi%5C%2F2207-al-kafi-685-darah-istihadah-mengikut-tamyiz-atau-adat%27%3Ehttps%3A%5C%2F%5C%2Fmuftiwp.gov.my%5C%2Fartikel%5C%2Fal-kafi-li-al-fatawi%5C%2F2207-al-kafi-685-darah-istihadah-mengikut-tamyiz-atau-adat%3C%5C%2Fa%3E%3C%5C%2Fdiv%3E%5Cn%3C%5C%2Fdiv%3E%22%2C%22data%22%3A%7B%22itemType%22%3A%22webpage%22%2C%22title%22%3A%22Darah%20Istihadah%20Mengikut%20Tamyiz%20Atau%20Adat%3F%22%2C%22creators%22%3A%5B%7B%22creatorType%22%3A%22author%22%2C%22name%22%3A%22Umar%20Mukhtar%20Mohd%20Noor%22%7D%5D%2C%22abstractNote%22%3A%22Soalan%3A%20Assalamualaikum%20wbt%2C%20Saya%20ingin%20tahu.%20Jika%20masih%20ada%20darah%20yang%20keluar%20selepas%20hari%20ke%2015%20daripada%20hari%20pertama%20haid%20manakah%20kaedah%20yang%20lebih%20kuat%20bagi%20menentukan%20istihadah%3B%20tamyiz%20atau%20adat%20bagi%20seorang%20wanita%20yang%20mempunyai%20kitaran%20haid%20teratur%20yang%20keluar%20selama%209%20hari%20setiap%20bulan%20dan%20upaya%20membezakan%20sifat%20darah.%20%26nbsp%3B%20Jawapan%3A%20Waalaikumussalam%20wbt%2C%20Alhamdulillah%2C%20segala%20puji%20bagi%20Allah%20SWT%20dan%20selawat%20dan%20salam%20ke%20atas%20junjungan%20besar%20Nabi%20Muhammad%20SAW%2C%20ahli%20keluarga%2C%20para%20sahabat%20serta%20ora...%22%2C%22date%22%3A%222018-01-10T04%3A47%3A48%2B00%3A00%22%2C%22url%22%3A%22https%3A%5C%2F%5C%2Fmuftiwp.gov.my%5C%2Fartikel%5C%2Fal-kafi-li-al-fatawi%5C%2F2207-al-kafi-685-darah-istihadah-mengikut-tamyiz-atau-adat%22%2C%22language%22%3A%22ms-MY%22%2C%22collections%22%3A%5B%5D%2C%22dateModified%22%3A%222021-01-13T06%3A03%3A46Z%22%7D%7D%5D%7D
Umar Mukhtar Mohd Noor. (2018, January 10). Darah Istihadah Mengikut Tamyiz Atau Adat? Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2207-al-kafi-685-darah-istihadah-mengikut-tamyiz-atau-adat
[/et_pb_text][/et_pb_column] [/et_pb_row] [/et_pb_section]
Exit mobile version