Sebanyak 17.163 dan jika digandakan dengan 10 selawat bermakna 171.63 bilion ucapan selawat diucapkan oleh umat Islam di seluruh dunia seandainya semua menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Jumlah tersebut tidak termasuk ucapan selawat dalam doa qunut atau diluar solat ! Itulah menjadi persoalan penulis pada tulisan lalu Perlukah Kita Berselawat ! Siapakah Muhammad SAW yang kita kenali? Baginda lah pembawa kebenaran…baginda lah pembawa kebaikan ke seluruh alam dalam al-Quran di sebut sebagai al-Ma`ruf (yang dikenali) terkenal dengan kebaikan atas sifat sebagai kehambaan untuk diikuti oleh seluruh insan dimuka bumi. Dalam al-Quran telah termaktub :

ٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَٰهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ يَعۡرِفُونَهُۥ كَمَا يَعۡرِفُونَ أَبۡنَآءَهُمۡۖ وَإِنَّ فَرِيقٗا مِّنۡهُمۡ لَيَكۡتُمُونَ ٱلۡحَقَّ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ

Maksudnya: “Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Nabi Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri, dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, sedangkan mereka mengetahui”. (QS al-Baqarah:146)

Memandangkan Muhammad SAW sebagai habibullah. Maklumat yang kita dapat tersebut memang terbukti bahawa Baginda adalah makhluk yang paling mulia di antara semua makhluk di dunia dan di akhirat. Baginda SAW adalah yang terpilih, berdasarkan kepada hadis ini:


حَدَّثَنَا خَلاَّدُ بْنُ أَسْلَمَ الْبَغْدَادِيُّ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُصْعَبٍ حَدَّثَنَا الأَوْزَاعِيُّ عَنْ أَبِي عَمَّارٍ عَنْ وَاثِلَةَ بْنِ الأَسْقَعِ رضى الله عنه قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى مِنْ وَلَدِ إِبْرَاهِيمَ إِسْمَاعِيلَ وَاصْطَفَى مِنْ وَلَدِ إِسْمَاعِيلَ بَنِي كِنَانَةَ وَاصْطَفَى مِنْ بَنِي كِنَانَةَ قُرَيْشًا وَاصْطَفَى مِنْ قُرَيْشٍ بَنِي هَاشِمٍ وَاصْطَفَانِي مِنْ بَنِي هَاشِمٍ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.

Diriwayatkan daripada Saidina Wasilah Bin Asqa`, beliau berkata: Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya Allah memilih Nabi Ismail daripada kalangan anak-anak Nabi Ibrahim dan memilih golongan Kinanah daripada kalangan anak-anak Nabi Ismail dan Allah memilih kaum Quraisy dari kalangan Bani Kinanah dan Allah memilih Bani Hasyim dan dari kalangan kalangan kaum Quraissy dan Allah memilih aku (Muhammad) dari golongan Bani Hasysim.(HR Imam Tarmizi :3964)
Hadis tersebut membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Khairun Min Khiyar (pilihan daripada pilihan) yang disebut juga sebagai al-Mukhtar atau al-Mustafa (yang terpilih). Jelas kepada kita bahawa baginda bukan insan biasa, baginda adalah yang terpilih dan sumber kebaikan rahmat.

Maka tidak wajar sekiranya terdapat golongan yang menghalang bacaan atau ucapan selawat kepada baginda SAW sebanyak-banyaknya walau apapun kaedah atau method yang di bawa dalam Islam selagi tidak bercanggah dengan tajdid yang dilakukan, hakikatnya menarik gelombang kebaikan dan kehidupan kita semua diberkati kerana baginda adalah Habibullah (kekasih Allah) yang paling mulia.


حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ نَصْرِ بْنِ عَلِيٍّ، حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الْمَجِيدِ، حَدَّثَنَا زَمْعَةُ بْنُ صَالِحٍ، عَنْ سَلَمَةَ بْنِ وَهْرَامَ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ جَلَسَ نَاسٌ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَنْتَظِرُونَهُ قَالَ فَخَرَجَ حَتَّى إِذَا دَنَا مِنْهُمْ سَمِعَهُمْ يَتَذَاكَرُونَ فَسَمِعَ حَدِيثَهُمْ فَقَالَ بَعْضُهُمْ عَجَبًا إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ اتَّخَذَ مِنْ خَلْقِهِ خَلِيلاً اتَّخَذَ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلاً ‏.‏ وَقَالَ آخَرُ مَاذَا بِأَعْجَبَ مِنْ كَلاَمِ مُوسَى كَلَّمَهُ تَكْلِيمًا وَقَالَ آخَرُ فَعِيسَى كَلِمَةُ اللَّهِ وَرُوحُهُ ‏.‏ وَقَالَ آخَرُ آدَمُ اصْطَفَاهُ اللَّهُ فَخَرَجَ عَلَيْهِمْ فَسَلَّمَ وَقَالَ ‏ “‏ قَدْ سَمِعْتُ كَلاَمَكُمْ وَعَجَبَكُمْ إِنَّ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلُ اللَّهِ وَهُوَ كَذَلِكَ وَمُوسَى نَجِيُّ اللَّهِ وَهُوَ كَذَلِكَ وَعِيسَى رُوحُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ وَهُوَ كَذَلِكَ وَآدَمُ اصْطَفَاهُ اللَّهُ وَهُوَ كَذَلِكَ أَلاَ وَأَنَا حَبِيبُ اللَّهِ وَلاَ فَخْرَ وَأَنَا حَامِلُ لِوَاءِ الْحَمْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ فَخْرَ وَأَنَا أَوَّلُ شَافِعٍ وَأَوَّلُ مُشَفَّعٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ فَخْرَ وَأَنَا أَوَّلُ مَنْ يُحَرِّكُ حِلَقَ الْجَنَّةِ فَيَفْتَحُ اللَّهُ لِيَ فَيُدْخِلُنِيهَا وَمَعِي فُقَرَاءُ الْمُؤْمِنِينَ وَلاَ فَخْرَ وَأَنَا أَكْرَمُ الأَوَّلِينَ وَالآخِرِينَ وَلاَ فَخْرَ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ ‏.

‏Maksudnya : Ketahuilah bahawa aku (Muhammad) adalah kekasih Allah, ini bukan membangga, Akulah pemegang panji-panji kepujian pada hari kiamat dan akulah orang yang mula-mula memberi syafaat, dan orang yang mula-mula diterima syafaatnya pada hari kiamat, ini bukan membangga. Akulah orang yang mula-mula menggerakkan kunci syurga, maka Allah membukanya dan masuklah bersama aku orang-orang mukmun yang fakir. Ini bukan membangga. Akulah orang yang paling mulia di antara orang-orang yang terdahulu dan orang-orang terkemudian. Ini bukanlah membangga.(HR Tirmizi: 3976)

حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنِ ابْنِ جُدْعَانَ، عَنْ أَبِي نَضْرَةَ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ فَخْرَ وَبِيَدِي لِوَاءُ الْحَمْدِ وَلاَ فَخْرَ وَمَا مِنْ نَبِيٍّ يَوْمَئِذٍ آدَمُ فَمَنْ سِوَاهُ إِلاَّ تَحْتَ لِوَائِي وَأَنَا أَوَّلُ مَنْ تَنْشَقُّ عَنْهُ الأَرْضُ وَلاَ فَخْرَ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْحَدِيثِ قِصَّةٌ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ ‏.‏ وَقَدْ رُوِيَ بِهَذَا الإِسْنَادِ عَنْ أَبِي نَضْرَةَ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ‏.
Diriwayatkan daripada Abu Sai`d al-Khudri beliau berkata: Sabda Rasulullah SAW:
Aku adalah penghulu anak adam dihari kebangkitan dan tiak berbangga dan ditangan aku panji-panji kepujian, dan bukan membangga, Nabi-nabi dan Nabi Adam sampailah ke bawah adalah di bawah naungan benderaku dan akulah yang mula-mula muncul membelah tanah-tanahnya dan tidak membangga. (HR Tirmizi: 3975)

Hadis tersebut, kita tidak akan faham apakah yang tersirat di sebalik itu, sekiranya kita tidak belajar bersama guru yang mursyid dan tidak melalui disiplin ilmu secara talaqqi.

Muhammad SAW bukan Insan biasa !

Nabi Muhammad SAW memberi syafaat yang paling agung kepada seluruh manusia. Dalam hadis yang panjang yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim diterangkan pada hari kiamat berkumpullah manusia di padang mahsyar yang panas. (Rujuk Hadis https://hadits.in/bukhari/6956)

Manusia ketika itu sangat gelisah sehingga setiap orang mencari bantuan untuk meringankan kesusahan yang dihadapi pada waktu itu. Mula-mula meraka datang kepada Nabi Adam, kemudia kepada Nabi Nuh, kemudian kepada Nabi Ibrahim, kemudian kepada Nabi Musa, kemudiaan kepada Nabi Isa, tetapi semuanya tidak dapat memberi syafaat pada hari itu. Akhirnya meraka datang berbondong-bondong kepada Nabi Muhammad SAW untuk meminta syafaat itu, maka Nabi Muhammad SAW sujud kepada Allah SWT, Allah berfirman kepada baginda :

“Angkatlah kepalamu, mintalah apa saja akan diberikan, katakanlah apa saja akan didengar, bantulah (berilah syafaat) kepada orang lain akan diterima syafaat itu !”

Maka aku (Rasulullah SAW) mengangkat kepala aku, maka aku puji Allah dengan perkataan pujian yang diajarkan kepada aku, kemudian aku beri bantuan kepada orang. Maka diberi gari (had-had) kepada aku, kemudia aku keluarkan orang-orang dan neraka dan aku memmasukkan ke dalam syurga. Kemudia aku ulangi sujud seperti itu ketiga kali dan keempat kali sehingga tidak ada lagi yang tinggal di dalam neraka kecuali orang-orang yang telah ditetapkan oleh al-Quran akan menjadi penghuni neraka selama-lamanya (orang-orang kafir dan munafiq). (HR Bukhari:6956)

Kesimpulanya, hadis tersebut secara jelas kepada kita menjawab perlukah kita berselawat ? maka kenapakah ada yang tidak menyakini atas selawat kepada Rasulullah SAW dengan pelbagai method tertentu selagi tidak menyalahi apa cara pun seperti meraihkan maulidur-rasul, berzanji dan berselawat secara kolektif. Siapakah kita untuk menghalang segala kebaikan ? Siapakah kita yang sering lalai dengan sesuatu yang lain untuk mengamalkan selawat kepada Rasulullah SAW.

Rujukan :

Muhammad Soulhiey Zeckry. (2021, January 25). Perlukah Kita Berselawat. Wacana Az-Zeckry. http://zeckry.net/2021/01/25/perlukah-kita-berselawat/
Al-Bukhari. (n.d.). Ensiklopedi Hadits: Kitab 9 Imam. Retrieved February 1, 2021, from https://hadits.in//bukhari/6956
Mohd Hasrul Shuhari. (2020, August 17). Hukum berselawat kepada Rasulullah SAW - Ad-din. https://www.mstar.com.my/xpose/ad-din/2020/08/17/nampak-macam-amalan-biasa-ini-sebenarnya-hukum-berselawat-kepada-rasulullah-saw
Mohd Fadhil, A. (2008). Panduan Fardhu Ain Lengkap. Al-Baqir Enterprise.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

Merupakan seorang pengkaji, penulis dan pendakwah yang sentiasa mencari cahaya.

One thought on “Lalaikah kita dengan Selawat”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.