Site icon Wacana Zeckry

Memahami konsep dan konseptual

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016), bermaksud pengertian am atau idea yang mendasari sesuatu. Manakala konseptual, bermakna berkaitan mengenai konsep, berasaskan konsep. Ini menjelaskan bahawa ia merupakan suatu kaedah memahami setelah proses olahan berdasarkan kefahaman idea asal. Dalam penulisan ilmiah sama ada tesis atau kajian, membangunkan kerangka teori dan kerangka konsep merupakan untuk membuka kefahaman pembaca mengenai kajian kita.

Begitu juga, teori-teori dicetuskan untuk menerangkan, meramalka dan memahami fenomena. Kebiasannya untuk mencabar dan meluaskan kelilmuan dan pengetahuan yang sedia ada dalam batasan andaian-batasan yang kritikal. Bermula dari kerangka teori sebagai pembinaan yang boleh memegang atau menyokong teori kajian penyelidikan. Kerangka teori memperkenalkan dan menjelaskan teori yang menerangkan mengapa masalah penyelidikan di bawah kajian wujud.

Apabila kita membaca kajian-kajian lepas, kita akan dapat memahami teori-teori atau prinsip utama tentang bidang fokus kajian kita. Pembentukan kerangka teori atau kerangka konsep dapat dibini dan diikuti. Ini termasuklah mengenalpasti faktor, komponen, pembolehubah yang berkaitan. Oleh itu, proses pencarian literatur yang kita lakukan pada peringkat awal kajian kita akan menjadi tunjang untuk kita membangunkan kerangka teori atau kerangka konsep atau keduannya sekali mengikut keperluan kajian kita (Siti Uzairah Mohd Tobi, 2018).

Oleh yang demikian, kerangka teori bertujuan membantu penyelidik memahami kehendak kajian secara secara menyeluruh sebelum ia diperhalusi secara spesifik.

Apabila kita memahami kerangka konseptual merupakan body of research sebagai gambaran menyeluruh mengenai kajian yang dijalankan. Bagi penyelidik, kerangka konseptual sebagai  pandu arah kajian itu, dari mana bermula dan di mana akan berakhir. Manakala, bagi pembaca yang menyelusuri sesuatu laporan kajian, kerangka konseptual adalah rumusan dan perwakilan kepada permasalahan, objektif, persoalan dan hipotesis kajian. Elemen-elemen yang perlu ada dalam kerangka konsep merupakan pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat serta corak interaksi antara pemboleh-pemboleh ubah tersebut (Mohd Yusri Ibrahim, 2017).

Selain itu, kerangka konseptual juga dipanggil model hipotesis yang merupakan cadangan sementara untuk menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan atau kerangka konseptual adalah cadangan sementera untuk menjawab persoalan sekaligus menyelesaikan permasalahan kajian yang dikemukakan.

Berdasarkan fungsi tersebut, kerangka konsep sesebuah kajian mesti dibangunkan berpandukan teori dan dapatan-dapatan kajian lepas yang diperolehi daripada sorotan keperpustakaan yang meluas.

Contoh :

Prinsip kepada Pembangunan Mampan ialah faktor sosial, ekonomi dan persekitaran. Meskipun ia tidak dipanggil teori atau model, tetapi penyelidik yang mahu menjalankan kajian dalam bidang Pembangunan Insan mesti mengambil fahaman pengetahuan ini sebagai prinsip utama dan umum, sebelum ia dikupas secara terperinci dan dibincang secara spesifik dalam bidang kajian yang berkaitan mengikut pilihan penyelidik.

Maka, tiga faktor utama yang menjadi prinsip kepada Pembangunan Mampan itulah yang menjadi kerangka teori. Penyelidik juga boleh mentajallikan ‘kerangka teori’ berdasarkan prinsip utama tadi dalam bentuk ilustrasi. Menurut Siti Uzairah Mohd Tobi, (2018) penyelidik sama sekali tidak boleh mengubah, menokok tambah, mengembangkan, menambahbaik prinsip utama tadi. Kerangka teori bermakna, ia kekal menjadi teori atau prinsip utama (pengetahuan asal) dari penyelidik terdahulu.

Sumber: Brundtland Report (1987)

Sekiranya kajian yang dijalankan oleh penyelidik memerlukan kepada beliau untuk mengubah, menokok tambah, mengembangkan, menambahbaik, melihat hubung kait (gabungan) antara teori yang berlainan prinsip utama tadi, adalah lebih baik beliau membangun ‘kerangka konsep’. Kerana kerangka konsep adalah untuk ‘penyesuaian’ (adapted) teori-teori yang berkaitan.

Manakala kerangka teori adalah untuk penggunaan ‘diterima pakai’ (adopted). Ini adalah sebagai panduan umum untuk membezakan antara kerangka teori dengan kerangka konsep. Namun, meski pun anda membangun kerangka konsep, rujukan dan sumbernya haruslah berpandukan kepada kerangka teori.

Walau bagaimanapun ia bergantung kepada sesetengah fakulti sama ada hanya kerangka teori atau kerangka konsep, sesetengah yang fakulti lain mungkin perlu kepada keduanya.

Oleh kerana itu, kerangka konsep bersifat ‘penyesuaian’ (adapted) maka sudah tentulah ia boleh di semak semula pada peringkat-peringkat tertentu sebelum ia mencapai kesempurnaan (refine & revisit).

Sumber: Maslow (1954)

Contoh Kerangka Teori yang diambil dari buku “Motivation and Personality” oleh Abraham Maslow (1954) seorang ahli Psikologi Kemanusiaan di dalam bidang kajian Psikologi.

Rujukan :

5090062 {5090062:DGA68AIH},{5090062:68YEEIK9},{5090062:T929IC2C},{5090062:VXPPP56L} items 1 apa 0 default asc 2943 http://zeckry.net/wp-content/plugins/zotpress/
%7B%22status%22%3A%22success%22%2C%22updateneeded%22%3Afalse%2C%22instance%22%3A%22zotpress-e35a7e48a2ca3cfee092c7936fae9274%22%2C%22meta%22%3A%7B%22request_last%22%3A0%2C%22request_next%22%3A0%2C%22used_cache%22%3Atrue%7D%2C%22data%22%3A%5B%7B%22key%22%3A%2268YEEIK9%22%2C%22library%22%3A%7B%22id%22%3A5090062%7D%2C%22meta%22%3A%7B%22creatorSummary%22%3A%22Mohd%20Yusri%20Ibrahim%22%2C%22parsedDate%22%3A%222017%22%2C%22numChildren%22%3A0%7D%2C%22bib%22%3A%22%3Cdiv%20class%3D%5C%22csl-bib-body%5C%22%20style%3D%5C%22line-height%3A%202%3B%20padding-left%3A%201em%3B%20text-indent%3A-1em%3B%5C%22%3E%5Cn%20%20%3Cdiv%20class%3D%5C%22csl-entry%5C%22%3EMohd%20Yusri%20Ibrahim.%20%282017%29.%20%3Ci%3ESembang%20Santai%20Penyelidikan%3C%5C%2Fi%3E.%20Bandar%20Ilmu.%3C%5C%2Fdiv%3E%5Cn%3C%5C%2Fdiv%3E%22%2C%22data%22%3A%7B%22itemType%22%3A%22book%22%2C%22title%22%3A%22Sembang%20Santai%20Penyelidikan%22%2C%22creators%22%3A%5B%7B%22creatorType%22%3A%22author%22%2C%22name%22%3A%22Mohd%20Yusri%20Ibrahim%22%7D%5D%2C%22abstractNote%22%3A%22%22%2C%22date%22%3A%222017%22%2C%22language%22%3A%22%22%2C%22ISBN%22%3A%22978-967-5930-01-0%22%2C%22url%22%3A%22%22%2C%22collections%22%3A%5B%226K8MEZPU%22%2C%22IWHS3E3I%22%2C%22ZLT8PTPX%22%5D%2C%22dateModified%22%3A%222023-12-13T15%3A55%3A28Z%22%7D%7D%2C%7B%22key%22%3A%22DGA68AIH%22%2C%22library%22%3A%7B%22id%22%3A5090062%7D%2C%22meta%22%3A%7B%22creatorSummary%22%3A%22Siti%20Uzairah%20Mohd%20Tobi%22%2C%22parsedDate%22%3A%222018%22%2C%22numChildren%22%3A0%7D%2C%22bib%22%3A%22%3Cdiv%20class%3D%5C%22csl-bib-body%5C%22%20style%3D%5C%22line-height%3A%202%3B%20padding-left%3A%201em%3B%20text-indent%3A-1em%3B%5C%22%3E%5Cn%20%20%3Cdiv%20class%3D%5C%22csl-entry%5C%22%3ESiti%20Uzairah%20Mohd%20Tobi.%20%282018%29.%20%3Ci%3EMudahnya%20Kajian%20Literatur%3C%5C%2Fi%3E.%20Reezqi%20Publication.%3C%5C%2Fdiv%3E%5Cn%3C%5C%2Fdiv%3E%22%2C%22data%22%3A%7B%22itemType%22%3A%22book%22%2C%22title%22%3A%22Mudahnya%20Kajian%20Literatur%22%2C%22creators%22%3A%5B%7B%22creatorType%22%3A%22author%22%2C%22name%22%3A%22Siti%20Uzairah%20Mohd%20Tobi%22%7D%5D%2C%22abstractNote%22%3A%22%22%2C%22date%22%3A%222018%22%2C%22language%22%3A%22%22%2C%22ISBN%22%3A%22%22%2C%22url%22%3A%22%22%2C%22collections%22%3A%5B%22EKVRR8XQ%22%2C%22IWHS3E3I%22%2C%22ZLT8PTPX%22%5D%2C%22dateModified%22%3A%222021-07-20T15%3A32%3A41Z%22%7D%7D%2C%7B%22key%22%3A%22T929IC2C%22%2C%22library%22%3A%7B%22id%22%3A5090062%7D%2C%22meta%22%3A%7B%22creatorSummary%22%3A%22Ahmad%20Sunawari%20Long%22%2C%22parsedDate%22%3A%222014%22%2C%22numChildren%22%3A0%7D%2C%22bib%22%3A%22%3Cdiv%20class%3D%5C%22csl-bib-body%5C%22%20style%3D%5C%22line-height%3A%202%3B%20padding-left%3A%201em%3B%20text-indent%3A-1em%3B%5C%22%3E%5Cn%20%20%3Cdiv%20class%3D%5C%22csl-entry%5C%22%3EAhmad%20Sunawari%20Long.%20%282014%29.%20%3Ci%3EMetodologi%20Penyelidikan%20Pengajian%20Islam%3C%5C%2Fi%3E.%20Penerbit%20Universiti%20Kebangsaan%20Malaysia.%3C%5C%2Fdiv%3E%5Cn%3C%5C%2Fdiv%3E%22%2C%22data%22%3A%7B%22itemType%22%3A%22book%22%2C%22title%22%3A%22Metodologi%20Penyelidikan%20Pengajian%20Islam%22%2C%22creators%22%3A%5B%7B%22creatorType%22%3A%22author%22%2C%22name%22%3A%22Ahmad%20Sunawari%20Long%22%7D%5D%2C%22abstractNote%22%3A%22%22%2C%22date%22%3A%222014%22%2C%22language%22%3A%22English%22%2C%22ISBN%22%3A%22978-967-412-051-1%22%2C%22url%22%3A%22%22%2C%22collections%22%3A%5B%226K8MEZPU%22%2C%22IWHS3E3I%22%2C%22ZLT8PTPX%22%5D%2C%22dateModified%22%3A%222020-03-29T12%3A35%3A07Z%22%7D%7D%2C%7B%22key%22%3A%22VXPPP56L%22%2C%22library%22%3A%7B%22id%22%3A5090062%7D%2C%22meta%22%3A%7B%22creatorSummary%22%3A%22Faridah%20Nazir%20et%20al.%22%2C%22parsedDate%22%3A%222014%22%2C%22numChildren%22%3A0%7D%2C%22bib%22%3A%22%3Cdiv%20class%3D%5C%22csl-bib-body%5C%22%20style%3D%5C%22line-height%3A%202%3B%20padding-left%3A%201em%3B%20text-indent%3A-1em%3B%5C%22%3E%5Cn%20%20%3Cdiv%20class%3D%5C%22csl-entry%5C%22%3EFaridah%20Nazir%2C%20Hashimah%20Ibrahim%2C%20Norhiza%20Mohd.%20Salleh%2C%20%26amp%3B%20Zairinah%20Mohd.%20Shukur.%20%282014%29.%20%3Ci%3EWacana%20penulisan%3C%5C%2Fi%3E.%3C%5C%2Fdiv%3E%5Cn%3C%5C%2Fdiv%3E%22%2C%22data%22%3A%7B%22itemType%22%3A%22book%22%2C%22title%22%3A%22Wacana%20penulisan%22%2C%22creators%22%3A%5B%7B%22creatorType%22%3A%22author%22%2C%22name%22%3A%22Faridah%20Nazir%22%7D%2C%7B%22creatorType%22%3A%22author%22%2C%22name%22%3A%22Hashimah%20Ibrahim%22%7D%2C%7B%22creatorType%22%3A%22author%22%2C%22name%22%3A%22Norhiza%20Mohd.%20Salleh%22%7D%2C%7B%22creatorType%22%3A%22author%22%2C%22name%22%3A%22Zairinah%20Mohd.%20Shukur%22%7D%5D%2C%22abstractNote%22%3A%22%22%2C%22date%22%3A%222014%22%2C%22language%22%3A%22Malay%22%2C%22ISBN%22%3A%22978-983-59-7582-0%22%2C%22url%22%3A%22%22%2C%22collections%22%3A%5B%22YRXDTGPT%22%5D%2C%22dateModified%22%3A%222020-03-05T17%3A47%3A17Z%22%7D%7D%5D%7D
Mohd Yusri Ibrahim. (2017). Sembang Santai Penyelidikan. Bandar Ilmu.
Siti Uzairah Mohd Tobi. (2018). Mudahnya Kajian Literatur. Reezqi Publication.
Ahmad Sunawari Long. (2014). Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Faridah Nazir, Hashimah Ibrahim, Norhiza Mohd. Salleh, & Zairinah Mohd. Shukur. (2014). Wacana penulisan.
Exit mobile version