Apabila memperkatakan tema tarekat pastinya tergolongan dalam ajaran sesat apabila terdapat banyak kes yang diselewengkan yang tidak patuh Syariah dan aqidah atau doktrin yang meragukan serta disyaki menyeleweng sehingga mengelirukan masyarakat Islam di Malaysia. Berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kebanyakan ajaran sesat berlaku dalam empat bentuk utama iaitu, ajaran kesufian dan kerohanian, pembomohan dan persilatan, khurafat dan tahyul dan penyelewengan pemikiran. Oleh itu, daripada empat klasifikasi tersebut, ajaran kesufian dan kerohanian adalah bentuk yang paling banyak disalahgunakan oleh pembawa ajaran sesat. Ia banyak berkembang menerusi amalan tarekat tasawwuf. Di Malaysia, ia bermula pada awal abad ke-20 dan mula ketara dalam masyarakat Islam sekitar tahun 1960-an khasnya di negeri Kelantan, Terengganu, Selangor dan Johor.

Walau bagaimanapun, ketika itu hanya sebahagian kecil masyarakat Islam yang mengikutinya. Namun, sekitar tahun 1970-an, pihak Jabatan Agama Islam Negeri dan JAKIM mendapati muncul beberapa tarekat yang menyeleweng. Menurut (Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid & Raiham Mohd Sanusi, (2021) sebanyak 47 kes pemujaan salah atau ajaran sesat dilaporkan di negara ini sejak Januari 2020 hingga September 2021. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, daripada jumlah itu sebanyak 33 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu dan bakinya pada tahun 2021.

Oleh itu, terdapat banyak ajaran tarekat telah diselewengkan di Malaysia. Saya memilih salah satu ajaran yang popular di Kelantan iaitu Tarekat Zikrullah Hassan Anak Rimau yang diasaskan oleh Hasan bin Yaakob. Hasan anak harimau dulunya seorang guru silat maka ramailah anak murid mereka dan antaranya ada di Balok, Kuantan. Pada awalnya dia adalah guru dalam persilatan, setelah usianya meningkat, tergerak untuk mengabdikan diri pada Allah dan beliau terus meningalkan alam persilatan. Kerja hariannya ialah menjual pokok anak limau di pekan yang beliau tinggal. Lama kelamaan orang kampung mengelar beliau “Hasan anak rimau”.

Dalam masa itu anak murid beliau semakin ramai, asas utama ajaranya ialah berzikir dan berusaha mengingati Allah. Zikir yang beliau bawa dinamakan “zikir kuat”. Pengaruh beliau masa itu tersebar ke seluruh negara dan perusuk negeri. Lama kelamaan hilang gelaran ‘Hasan Anak limau’ dan digantikan dengan ‘Hasan anak Harimau’. Banyak keistimewaan beliau antaranya dia boleh mengetahui isi hati tetamu datang. Sekiranya dia ingin makan burung sebut saja tak lama kemudian burung itu akan datang dan sebagianya. Pengikut setia beliau ialah anak sulung beliau dan ayah Pin. Ayah pin ini ada anak perempuan yang bernama Mok Su. Tak lama kemudian Hasan ini berkahwin dengan Mok Su, maka ayah pin merupakan bapa mertua Hasan anak harimau.

Oleh yang demikian, mengikut ajarannya, guru sebagai pemegang anak kunci syurga, manusia adalah Tuhan dan Tuhan adalah manusia. Tidak perlu percaya kepada Nabi Muhammad. Guru mendakwa dirinya Tuhan dan berkuasa melantik muridnya sebagai wali Allah. Ia juga mendakwa dirinya diresapi roh Nabi Muhammad dan suatu masa nanti akan bertukar menjadi Imam Mahdi. Oleh itu, berdasarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kelantan dan Terengganu, ajaran ini diharamkan pada tahun 1981 kerana mengandungi perkara-perkara yang jelas bertentangan akidah Islam sebenar,

Justeru, tasawuf pada asalnya merupakan suatu disiplin ilmu yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Maka ia merupakan salah satu ilmu yang amat dituntut untuk dipelajar. Namun begitu, segala ilmu sentiasa berpandukan kepada petunjuk al-Quran dan Sunnah. Tokoh sufi terkenal Imam al-Qusyairi menyatakan, “Sesiapa yang tidak menghafa al-Quran dan tidak menulis hadis, maka ia tidak boleh diikuti dalam urusan (tasawuf) ini, kerana ilmu kit aini terikat dengan al-Kitab dan as-Sunnah”.

Pada pandangan saya, kebanyakan penyelewengan ini berlaku berpunca daripada guru yang tidak mursyid yang tidak mahir dalam ilmu agama tetapi mereka dapat mempengaruhi masyarakat dan pandai berhujah, tambahan pula mempnyai kuasa sakti melalui pembomohan atau silat yang menjadi tarikan oleh segelintir masyarakat setempat. Kebanyakkanya tidak berlatar belakang bidang ilmu agama pada asalnya. Menurut Muhammad Mudarris Nadzir, (2006) pada asasnya setiap syeikh mempunyai tarekat masing-masing ibarat mereka membuka sekolah untuk melatih jiwa muridnya untuk tetap dalam amalannya. Murid pula sebagai seseorang yang mengkuti syeikhnya dengan kehendaknya sendiri dan kebebasannya. Dia tidaklah mengikut syeikhnya kerana terpaksa, diugut atau tanpa kemahuannya bahkan dia mengikut syeikhnya. Boleh jadi ketaatan ini (murid kepada gurunya) atau rasa cukup ini merupakan sebab utama kurangnya pengetahuan bagi mereka yang menyertai tarekat sufi itu daripada kalangan para murid kerana suatu sebab yang ganjil tetapi masuk akal yang menyebabkan seseorang murid itu amat mempercayai gurunya. Maka tidak perlulah murid bertanyakan gurunya itu tentang dari manakah sumber apa yang diucapkan atau diajarkan kerana si murid itu amat yakin bahawa sudah tentu syeikh atau guru itu telah menerokai al-Quran dan Sunnah RasulNya. Masalah juga berlaku apabila murid yang tiada asas dan tidak mahir dalam ilmu agama itu sendiri.

Kesimpulan

Kesimpulannya, tarekat dengan pengertian yang murni memang wujud dan merupakan sebahagian dari ajaran agama Islam. Ia adalah maqam iman yang menjadi wasilah bagi mencapai maqam ihsan. Tarekat mempunyai persyaratan, keilmuan dan amalan yang tersendiri yang secara keseluruhannya merupakan perlaksanaan terhadap perintah agama secara bersungguh-sungguh dan istiqamah sehingga ia membuahkan hasil kesucian hati dan seterusnya mencapai qurbah dan hidayah. Memadangkan isu ajaran sesat telah menjadikan tarekat ini sebagai sasaran sebagai bidaah dan sesat. Sedangkan terdapat juga yang berlandasakan kepada kebenaran. Oleh itu, cadangan saya, institusi agama dan sarjana Islam dapat gembeleng tenaga untuk melaksanakan kajian dan menubuhkan badan khusus yang berautoriti untuk mengawal kumpulan tarekat sama ada betul atau tidak untuk mengeluarkan tauliah bagi pergerakan mereka.

Bacaan lain

http://zeckry.net/2022/04/15/pengalaman-tasauf-dan-tarekat/

By Muhammad Soulhiey Zeckry

Merupakan seorang pengkaji, penulis dan pendakwah yang sentiasa mencari cahaya.

One thought on “Isu Tarekat Di Malaysia Yang Diselewengkan”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.