MEdSI adalah singkatan daripada Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) bagi calon-calon yang telah mendaftarkan ke dalam sistem kemasukan pelajar IPTA atau lebih dikenali sebagai UPU bagi program Sarjana Muda Pendidikan tiba masa untuk membuat semakan bermula 26 Mei 2022 sehingga 11 Jun 2022 jam 5.00 petang.

Semakan ini bagi lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2022/2023 termasuk lepasan Diploma Vaksional Malaysia (DVM) dari Kolej Vokasional seluruh negara.

Oleh yang demikian, Ujian MEdSI bertujuan untuk menilai kualiti intrinsic calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi.

Menurut laman rasmi UTHM, menyatakan bahawa Ujian MEdSI bagi calon UTHM akan dijalankan pada 1 Jun hingga 11 Jun 2022 sebagaimana maklumat yang dinyatakan di dalam panggilan.

Contohnya, terdapat lima bidang yang menjadi fokus dalam program Sarjana Muda dengan Pendidikan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) iaitu:

i- Binaan Bangunan

ii- Katering,

iii- Elektrik dan Elektronik,

iv- Multimedia Kreatif

v- Penyejukbekuan dan penyaman udaran

Semakan panggilan ujian MEdSi boleh dilakukan di pautan ini : https://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/

Garis Panduan Sesi Temuduga Program Sarjana Muda Pendidikan Vokasional. FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL UTHM

Poster-ambilan-pelajar-sem-1-sesi-2022-2023

By Muhammad Soulhiey Zeckry

Merupakan seorang pengkaji, penulis dan pendakwah yang sentiasa mencari cahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.