Konsep pengasingan kuasa di Malaysia bermula dengan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara Malaysia yang diperkukuhkan sokongannya dari Majlis Raja-Raja kemudian pengasingan kuasa  melalui Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.  Raja beperlembagaan yang menjadi tonggak pemerintahan dengan bersumberkan kepada Perlembagaan Persekutuan yang mengandungi 183 perkara utama yang dinyatakan dalam 15 bahagian yang telah dirangka oleh Suruhanjaya Reid sebelum kemerdekaan dan dijadikan undang-undang tertinggi di Malaysia.

Perlembangaan Malaysia memberi perlindungan iaitu hak yang sama rata bagi semua rakyat di sisi undang-undang, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan kedudukan istimewa orang melayu. Pengasingan kuasa juga jelas dilihat melalui Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang mempunyai lapisan-lapisan tanggungjawab yang berasingan seperti hal berkaitan tanah dan perhutanan dan tanggungjawab bersama seperti kebajikan masyarakt, perparitan dan pengairan serta perancangan kampung dan bandar.

Oleh itu, sistem pemerintahan yang adil bagi menjamin rakyat yang berbilang kaum bersatu padu di Malaysia agar kemakmuran dinikmati bersama demi kelangsungan kehidupan yang lebih berkualiti.

Pengamalan Pengasingan Kuasa di Malaysia

Pengamalan Pengasingan Kuasa di Malaysia yang terdiri daripada Badan Perundangan diperturunkan melalui sistem Parlimen Beperlembagaan yang terdiri Dewan Negara (Membahas, membincangkan dan meluluskan Rang Undang-Undang dengan lebih teliti  anggota yang dipilih oleh YDPA seramai 44 orang dan dipilih oleh DUN seramai 26 orang berjumlah 70 orang Senator) dan Dewan Rakyat (Membahaskan, membincangkan dan meluluskan Rang Undang-undang) yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya berjumlah 222 orang/kerusi dari pelbagai parti politik dan parti yang memenangi majoriti semasa pilihan raya akan membentuk kerajaan persekutuan baru (kabinet). Kabinet adalah badan pemerintah, perdana Menteri mengetuai Kabinet dan Ahli Dewan Negara. Kuasa Eksekutif YDPA dijalankan oleh kabinet sebagai jentera yang melaksanakan dasar dan arahan kabinet pula adalah jentera pentadbiran kerajaan.

Badan Eksekutif terdiri daripada Kabinet, Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun. Manakala . Badan Kehakiman pula bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman melalui Mahkamah, badan kehakiman ini merupakan organisasai yang bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman dan berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia daripada pencabulan oleh orang perseorangan atau pihak kerajaan

Konsep pengasingan kuasa benar-benar berlaku di Malaysia

Saya bersetuju, Malaysia mengamalkan konsep pengasingan kuasa yang benar-benar berlaku, Yang di-Pertuan Agong yang mengetuai Badan Perundangan, Badan Pemerintahan dan Badan Kehakiman. Oleh itu, sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia adalah pembahagian kepada tiga kuasa Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.

Alasan relevan: Pembahagian kuasa adalah Perkara-perkara di bawah bidang kuasa Parlimen termaktub dalam Senarai Persekutuan (senarai pertama) dan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan pusa dan perkara-perkara dalam bidang kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN) berada dalam senarai Negeri (senarai kedua) dan terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Manakala, Kerajaan Persekutuan adalah merujuk kepada satu bentu pembahagian kuasa di antara dua peringkat kerajaan iaitu Kerajaan Pusan dan Kerajaan Negeri. Misalnya, sesuatu mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri yang membincangkan masalah yang timbul antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dipergerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN).  Mesyurat tersebut Ahli Jawatankuasanya terdiri daripada KSN, Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan setiausaha kerajaan negeri yang dikenali sebagai jawatankuasa Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ini menjelaskan kepada kita bahawa konsep pengasingan kuasa berlaku di Malaysia yang mempunyai lapisan-lapisan dalam pentadbirannya.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

Merupakan seorang pengkaji, penulis dan pendakwah yang sentiasa mencari cahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.