Site icon Wacana Zeckry

Kesan Liberalisme

MAKSUD LIBERAL DAN KESAN LIBERALISME

Kami tengok ramai orang tak tahu apa maksud liberal dan apa kesan liberalism. Izinkan kami untuk berkongsi sedikit knowledge tentang LIBERAL.

== Apa itu liberal? ==

Asalnya dari perkataan Latin iaitu “liber”.. Maksudnya bebas atau bukan hamba.

Konsep liberal ini adalah konsep dimana kita bebas buat apa yang kita suka asalkan tak kacau orang. Ini bahasa mudahnya.

== So what? Takkan tokleh bebas? ==

Haa.. Sekilas pandang kita rasa takde apa pun kan? Tapi liberal ni dia heavy kebebasan dia.

Dalam liberalism, dia punya bebas sampai kita bebas nak buat seks dengan sapa pun.. Sama jantina ke, adik beradik ke.. Lantak.. Nak amalkan agama apa? Ajaran sesat ke apa suka hati.

Bebas asal “tak kacau” orang.

Ada 2 prinsip liberal yang saya nak terangkan:

  1. Liberalism Politik – Semua orang sama rata. Perundangan bebas tanpa dipengaruhi raja (taraf sosial) ataupun agama. Bebas. Ini akan bawa kepada sekular.
  2. Liberalism Budaya – Bebas dalam hak peribadi seperti seks bebas, bebas agama dan pemahaman. Nak kawin dengan adik-beradik semua ok. Nak jadi pelacur? Gugur anak? Arak? Bebas semuanya.. Terpulang pada diri sendiri.

== Dari sudut Islam? ==

Liberal ni memang tak ngam dengan Islam. First dari istilah lagi, “liber” maksudnya bebas atau bukan hamba..

Dalam Islam, kita semua adalah hamba. Hamba Allah. Jika kita mengaku kita bukan hamba Allah? Pandai lah fikir..

Dalam konsep Liberalism, agama Islam tiada kuasa dalam perundangan. Agama tu pergi lantak agama. Tak boleh kacau perundangan. Itu adalah Sekular.

Sekular membawa maksud kerajaan atau entiti yang wujud dipisahkan dari agama/kepercayaan.

So kalau negara kita amal liberal, kita sudah bukan negara Islam. Hanya negara Malaysia. Tiada kaitan dengan Islam.

== Dari sudut sosial? ==

First boleh nampak Liberal ni tak kisah nak seks bebas ke, LGBT ke.. incest ke.. Tak heran.. Sebab bebas.

Apa kesan kalau kita amalkan seks bebas? Selain dari penyakit boleh mengundang masalah sosial lain. Perlu ke saya nak terangkan tentang keburukan seks bebas?

Dalam liberal nak jadi pelacur tiada masalah. Bayangkan ada Coaching atau Seminar Pelacur nanti? Dah la orang kita rajin buat seminar..

Apa keburukan pelacuran, LGBT dan sebagainya? Fuhh sangat banyak. Masalah sosial akan bertimbun. Akan wujud legasi filem porno Malaysia. Banyak gadis akan hilang dara pada umur muda. Akan wujud banyak kes seludup perempuan untuk dijadikan pelacur dan pelakon porno.

Habis punah masyarakat. Ini yang berlaku di US. Liberal. Bebas. Siap ada yang buat seks tepi pantai, tepi jalan. Rata-rata masuk sekolah menengah dah hilang dara-teruna.

Dalam liberal tiada lagi istilah ajaran sesat. Terpulang orang nak ikut apa. Ayah Pin ke, ayah pon ke.. Bebas.. Sebab tu kat US banyak Cult pelik-pelik.

== Inilah Liberal ==

Post ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang liberal kerana saya nampak masih ramai yang tak faham tentang liberal.

Ada yang kata “Owh, saya liberal part ni je, bukan liberal semua”.. Tak boleh guna pendekatan begitu sebab bila agree dengan liberal bermaksud kita join pemahaman liberalism.

Contohnya saya orang Islam. Dan ada perkara dalam agama Kristian yang menyuruh berbuat baik.. Jika saya buat baik, adakah saya kata agama saya Kristian? Tidak.. Sebab tak boleh ambil suku-suku kemudian kita claim kita kelompok itu.

Kami harap kawan-kawan tidak main balun je sokong Liberal. Fahami dulu. Lagi-lagi yang muslim. Takut terpesong je..

Sumber


FATWA NEGERI SELANGOR BERKENAAN FAHAMAN LIBERALISM DAN PLURALISM
http://www.muftiselangor.gov.my/images/pdf/koleksi_fatwa/2014/Sel.p.u.28_fatwa_pemikiran_liberalisme_dan_pluralisme_agama.pdf

Exit mobile version