Telah masuk seorg Badawi ke Masjid Kufah dan dia melihat Saidina Ali bin Abi Thalib Radiyallahu Anhu sedang berkhutbah diatas mimbar lalu beliau berkata: Tanyalah aku sebelum tiada, sesungguhnya aku mengetahui melalui jalan jalan langit dari jalan jalan bumi.
Berdiri Badawi tadi lalu bertanya:
Wahai Amirul mukminin! Aku mempunyai soalan.
Jawab Saidina Ali bin Abi Thalib: Tanyalah apa yang engkau ingin tanya.
Badawi bertanya: Aku melihat seekor anjing bersetubuh dengan seekor kambing, kemudian kambing itu beranak. Soalannya : Adakah anak itu kambing maka harus kami memakannya atau seekor anjing yg kami tidak boleh makan?
Jawab Saidina Ali bin Abi Thalib: Uji lah anak binatang itu. Sekiranya dia memakan daging maka bintang itu anjing, sekiranya dia memakan rumput maka bintang itu adalah kambing.
Jawab Badawi itu: Aku lihat sekali dia begini sekali lagi begitu wahai Amirul mukminin.
Berkata Saidina Ali bin Abi Thalib lagi: Uji lah anak binatang itu dengan minuman, sekiranya dia menghirup air yg diberi maka dia adalah kambing, jikalau binatang itu menjilat ketahuilah bahawa ia adalah seekor anjing.
Berkata Badawi lagi: Wahai Aba Al Hasan, Aku melihat sekali dia minum menghirup sekali menjilat.
Jawab Saidina Ali bin Abi Thalib: Uji lagi dengan melihat binatang itu duduk. Apabila engkau melihat dia duduk dua kaki maka ia seekor anjing dan apabila dia duduk bersimpuh dengan empat kaki maka ia adalah kambing.
Berkata lagi Badawi: Aku melihat sekali duduk macam ni, sekali macam tu.
Berkata Saidina Ali: Engkau lihat pada cara binatang itu berjalan. Sekiranya binatang itu berjauhan dari kumpulan maka ia adalah anjing dan sekiranya ia berada di tengah kumpulan maka ia adalah kambing.
Tanya lagi Badawi itu: Aku lihat kadang kadang begitu dan kadangkala begini.
Saidina Ali bin Abi Thalib pun tersenyum, lalu berkata: Sembelih lah binatang itu …
Apabila engkau melihat ada usus maka ia adalah anjing dan sekiranya engkau melihat ada tengkok maka ia kambing.
Terpegun Badawi tadi lalu bertanya: Daripada mana ilmu ini wahai Amirul mukminin?
Saidina Ali Radiyallahu Anhu menjawab:
Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam telah mengajar aku Seribu daripada pintu ilmu. Dibukakan padaku setiap pintu itu seribu pintu lagi.
Aku mengetahui jalan jalan di bumi melalui jalan jalan langit.
Sesungguhnya disini ilmu yg banyak yg terdapat bekas ( sambil menunjukkan kpd dadanya).
Benarlah apa yg dinyatakan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :
” أنا مدينة العلم وعلي بابها”
Aku adalah Madinah ilmu dan Ali pintu nya.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.