Apakah sebenarnya “pernyataan masalah” atau “penyataan tesis”?

Thesis statement adalah “an argumentative statement” (pernyataan hujah). Mudahnya nak faham ia adalah kenyataan tesis yang bertujuan untuk merangsang perdebatan.”


1- Satu atau dua baris deklaratif yang menerangkan/meringkaskan perkara/hujah utama kertas penyelidikan atau elemen tertentu dokumen itu membentuk pernyataan penyelidikan/tesis. Pernyataan tesis selalunya menggambarkan objektif kajian secara umum.

2-Perkara yang paling penting tentang pernyataan tesis kajian ialah ia membuat pengisytiharan yang berbeza ( argumentative declaration) dan menerangkan kepada pembaca pendirian yang telah diambil oleh pengarang terhadap isu yang sedang disiasat/dikaji. (Kenyataan tesis kajian adalah bahagian yang paling penting kerana ia membuat tuntutan muktamad dan menerangkan pendirian pengarang mengenai isu tersebut) .

3- Amalan standard untuk meletakkan pernyataan tesis penyelidikan dalam perenggan pengenalan kertas kerana sifat pernyataan itu sendiri, iaitu ia berfungsi sebagai contoh kajian atau teknik yang akan diikuti.

4-Pernyataan penyelidikan atau disertasi sering disertakan pada akhir pengenalan oleh ramai penulis. Ini berfungsi sebagai peralihan kepada bahagian isu kajian yang menghuraikan pernyataan tesis kajian.

Pengenalan maksud Thesis Statement seperti yang disebutkan kat atas tu, tapi tak faham jugak kan!

Secara mudah fahamnya mcm ni lah kita cuba runding sampai jadi…ceritanya cam ni, thesis statement ni dia bukan sama dengan Persoalan Kajian yang telah saya bincangkan sebelum ini, Research Question (RQ) bertujuan menjawab persoalan bagi mencapai objektif kajian. Sebab tu saya kata bukan sama…

Kalau kita dah kenal nama “Thesis Statement= Pernyataan Tesis” . Mari kita kenali unsur/elemen yang nak membentuk ayat berbentuk Pernyataan Tesis iaitu:

i-Topic

ii-Debatable / Arguable Claim dan;

iii-Support.

Maknanya Pernyataan Tesis ni ia wajib:

i-Jelas (Clear),

ii-Spesifik (Specific),

iii-Ringkas (Concise) dan;

iv-Ada Skop (Scope).

Thesis statement ibarat kompas atau road map yang perlu kita pertahankan dan yakinkan pembaca ia satu argument yang valid utk dibuat kajian.

Senang cerita, pernyataan tesis adalah pengisytiharan argumentatif khusus yang kita kena pegang to indicate position kita on a debatable topic (untuk menunjukkan kedudukan/pendirian kita pada topik yang boleh diperdebatkan) sambil memberikan asas / alasan untuk menyokong tuntutan tersebut.

Contoh:

Penggunaan papan putih digital dalam pengajaran pendidikan Islam (topic) mempunyai potensi besar untuk meningkatkan perubahan konsep pelajar dalam memahami konsep Ta’lim al-Muta’allim (debatable claim). Oleh itu, papan putih interaktif harus disediakan dan dilaksanakan dalam pengajaran sirah (support).

Bila pulak kena ada thesis statement/ pernyataan tesis ni ? Tak faham betul aku ni ?

Ya Allah, dia tanya ! aku jawab…mestilah awal-awal tu dah ada lah iaitu SEBELUM KITA DAPAT TAJUK KAJIAN lagi tau. Sepanjang kita buat cari kajian lepas (literature search) dalam lingkungan yang kita minat nak buat kajian tu, kita dah jumpa pun beberapa pendapat terhadap sesuatu fokus dalam siasatan kita tu (topic), kemudian terus kita kumpul maklumat tu dan melakukan percubaan untuk mengisi gap/lompang yang perlu kita pertahankan dan bersifat debatable (argument / claim) and mencadangkan sesuatu (support) untuk membuktikan argument / claim kita tu valid.

Jadi, ada beza ke pernyataan tesis dengan pernyataan masalah ? Pulak ! tanya lagi cuba g baca kat sini : http://zeckry.net/2020/08/25/10-cara-mudah-menulis-penyataan-masalah/

Kita cuba tengok beberapa contoh:

1- Papan putih digital boleh dilaksanakan dalam pengajaran

Ulasan: Non-debatable thesis statement sebab papan putih digital telah diterima dalam kelas tanpa masalah, skop statement di atas juga terlalu luas.

2-Papan putih digital perlu dibangunkan menggunakan teori AAA dan model perubahan konsep BBB dalam pengajaran Sirah.

Ulasan: Pernyataan tesis ini ada unsur debatable sebab tidak semua orang setuju, kemudian kita kena convince (yakinkan) pembaca kepada pilih Teori AAA dan model BBB tersebut untuk hasilkan papan putih digital.

3-Penggunaan papan putih digital dalam pengajaran pendidikan Islam mempunyai potensi besar untuk meningkatkan perubahan konsep pelajar dalam memahami konsep Ta’lim al-Muta’allim. Oleh itu, papan putih interaktif harus disediakan dan dilaksanakan dalam pengajaran sirah.

Ulasan: Pernyataan tesis ini bukan saja ada ketiga-tiga unsur/element: topic, debatable dan support. Tetapi paling penting skop kajian (papan putih digital dan konsep Talim al-Mutaallim).

Contoh lain :

1- Meneroka penggunaan dinar emas sebagai bentuk pembayaran bersama dan mengukur hubungan amanah, ilmu dan paradigma tauhid terhadap niat menggunakan dinar emas

Meneroka penggunaan dinar emas (topik) sebagai bentuk pembayaran bersama (hujah) dan mengukur hubungan amanah, ilmu dan paradigma tauhid (sokongan) terhadap niat menggunakan dinar emas.

2-Keadaan peribadi sebagai kesan penyederhana antara kejelasan peranan, autonomi, penglibatan kerja sebagai pembolehubah bebas dan niat pusing ganti sukarela sebagai pembolehubah bersandar menggunakan teori pertukaran sosial dan teori imej

Ini Thesis Statement yang baik, ada 3 element penting..

Keadaan peribadi sebagai kesan penyederhana (topik) antara kejelasan peranan, autonomi, penglibatan kerja sebagai pembolehubah bebas dan niat pusing ganti sukarela sebagai pembolehubah bersandar (tuntutan) menggunakan teori pertukaran sosial dan teori imej (sokongan)

3-Penubuhan rangka kerja untuk penambahbaikan berterusan untuk syarikat yang diperakui ISO 9001

Ini seperti satu declarative statement jer…hanya ada topic tapi tiada unsur debatable /claim dan support….

Rujukan:

[zotpress items=”{5090062:U2PQQGVG}” style=”apa”]

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.