Cara Tulis Kepentingan Kajian

Bagaimana cara nk tulis kepentingan kajian ?

Cara Tulis Kepentingan Kajian (Significant Of Research) Dalam Sebuah Tesis

1-Mulakan secara pengenalan ringkas jangkaan umum hasil kajian yang selari dengan objektif/persoalan kajian

2-Teoritikal-Satu perenggan Tulis Aspek Akademik(teori/perkembangan ilmu) yang Mengisi literatur sedia ada

3-Methodologically-Satu perenggan tulis sumbangan method : Rekabentuk,Strategik Penyelidikan, teknik pengumpulan data dan analisis

4-Empirically-Satu perenggan tulis sumbangan Dapatan Kajian: secara ringkas,jelaskan dapatan khusus seperti dalam RO/RQ

5-Practically-Satu perenggan tulis sumbangan/impak kajian:Akademik (Researcher), Kerajaan(policy marker),industri(practitioners) dan komuniti(masyarakat)

6-Agenda Masa Depan-Satu perenggan tulis potensi & kesinambungan next researchers dan tindakan yang boleh dilaksanakan

Kesalahan Pengenalan Artikel Jurnal

Kesalahan Bahagian Pengenalan Artikel Jurnal mesti tau dan mesti elakkan

1-Tulis perkara umum yang terlalu panjang sehingga kurang fokus dan jelas apa topik utama yang nk diperbincangkan

2-Terus tulis fokus kajian secara terperinci.Cth Kajian di Malaysia,tidak bincang negara maju atau industri.Tidak meluas dan antarabangsa

3-Penulisan akademik yang Citation kepada artikel jurnal dan tesis sahaja. Tiada cited industri report,laporan tahunan, industri plan dll

4-Tidak jelas dalam penulisan dalam menerangkan kenapa artikel ini penting (justifikasi), tiada : kepentingan kelompong dan manfaat

5-Tidak menulis aspek teori/model kajian, metodologi kajian: data dan analisis

6-Tidak menulis apa objektif artikel (umum dan khusus( serta tidak jelaskan jangkaan dapatan kajian yang selari dengan objektif

7-Tidak tulis siapa yang memperoleh implikasi dan manfaat dari kajian ini (langsung/tidak langsung)

8-Ayat terakhir bahagian pengenalan tidak tulis secara rumusan apa keseluruhan kandungan (outline) artikel jurnal ini

Konsep Akad Dalam Islam

Islam memberi perhatian tentang akad atau kontrak kerana ia sebagai simbol yang menandakan terdapatnya kerelaan antara pihak-pihak yang terlibat. Kerelaan itulah akhirnya menjadi faktor pengikat antara kedua pihak yang terlibat.

Menurut Shamsiah Mohamad (2010) akad  sebagai pendekatan yang menghadkan akad kepada ikatan yang terhasil daripada ungkapan dua individu dan pendekatan yang lebih terbuka yang menyatakan bahawa akad juga boleh terhasil daripada ungkapan daripada sebelah pihak sahaja.

Manakala, sebahagian ahli perundangan sivil pula merumuskan maksud akad sebagai kontrak atau perjanjian di atas kesepakatan dua belah pihak yang saling berkehendak untuk menimbulkan kesan undang-undang, sama ada kesan ini menimbulkan iltizam atau sebaliknya.

Secara mudahnya untuk memahami akad ini adalah satu ikatan perjanjian di antara kedua belah pihak dengan sesuatu perkara yang dipersetujui atau meredhai tanpa ada paksaan atau tekanan dari mana-mana pihak. Maka, akad ini dikatakan juga sebagai jaminan daripada berlaku pertikaian pihak-pihak. Jika berlaku pelanggaran maka ia boleh dibincang atau dikemukakan kepada pihak ketiga atau pengadilan yang berautoriti.

Oleh yang demikian penzahiran kesepakatan atau ittifaq berpunca daripada dua kehendak atau lebih atas timbul rasa iltizam, memindahkannya, meluruskannya atau menyelesaikannya yang diambil daripada kesepakatan dua kehendak atau lebih di tempat yang mengandungi faedah undang-undanga dan implikasi yang teratur

Justeru, perbincangan kali ini bertujuan membincangkan konsep akad dalam Islam, menjelaskan perbezaan rukun akad menurut padangan mazhab Syafie dan Hanafi. Di samping itu, turut membincangkan mengenai jual beli Sarf menurut pandangan ulama silam dan semasa.

Definisi Akad Menurut Syariat Islam

Pada Bahasa Dari segi bahasa akad (`aqd) bererti ikatan atau simpulan. Contonya mengakadkan tali, bermakna seseorang itu menyimpulkan tali. Aqad juga dikatakan sebagai janji atau sumpah yang diucapkan dengan suatu ucapan seperti akad nikah (ʻAla al-Dīn Kharufah, 2008).

Menurut Muhammad Nasri Md. Hussain et al. (2013) di dalam al-Quran perkataan (`aqad) ini disebutkan sebanyak tujuh kali dalam tujuk ayat al-Quran yang berlainan. Ia membawa maksud yang pelbagai agar menepati kehendak ayat tersebut. Menurut Perkataan-perkataan tersebut diterangkan secara ringkat maksudnya seperti berikut :

i-`aqadat daripada surah al-Nisa ayat 33 yang membawa erti sumpah

ii-`aqqad terdapat dalam surah al-Maidah ayat 89 juga bererti sumpah

iii-`aqad juga terbit daripada surah al-Maidah ayat 1 tetapi dalam ayat ini bermaksud janji

iv-`uqdah pula terdapat dalam surah Taha ayat 20 dan surah al-baqarah dalam ayat 235 dan 237 yang bererti simpulan perkataan dan lafaz nikah

v-`uqad adalah yang terakhir disebut dalam al-Quran daripada surah al-Falaq ayat 4 yang bermakna simpulan sihir atau buhul.

Ini menjelaskan kepada kita, maksud perkataan-perkataan yang disebutkan dalam al-Quran tersebut, nyatalah bahawa perkataan `aqad ini secara umumnya membawa maksud ikatan sama ada ikatan secara hakiki atau secara maknawi.

Ikuti perbincangan selanjutnya di http://zeckry.net/2020/10/02/definisi-akad-dalam-istilah-syarak/

Definisi Akad Dalam Istilah Syarak

Perbincangan sebelum ini di http://zeckry.net/2020/10/01/konsep-akad-dalam-islam/

Menurut istilah syarak, akad bergantung kepada ucapan salah seoarang yang berakad kepada yang lainnya secara syarak dalam bentuk yang nyata kesannya di tempatnya.

Muhammad Qadri menjelaskan dalam kitabnya Mursyid al-Hairan mendefinisikan akad sebagai ungkapan dari hubungan ijab yang keluar dari seseorang yang berakad dengan qabul dari seorang yang lainnya yang kesannya tetap pada yang diakadkan atasnya.

Menurut al-Zuhayli (1999)  pendapat  ulama Syafie, Maliki dan Hambali, akad ialah segala sesuatu yang dikerjakan seseorang berdasarkan keinginan sendiri seperti wakaf, talak, pembebasan dan juga sesuatu yang pembentukannya memerlukan keinginan dua orang seperti jual beli, sewa menyewa, perwakilan dan gadaian(Muhammad Nasri Md. Hussain et al., 2013).

Oleh itu, konsep akad dalam fiqh Islam yang tidak hanya melihat kepada kesepakatan dua belah pihak, tetapi ia memperhatikan kepada apa yang nyata daripada kesan kesepakatan dua pihak (ijab dan qabul) terhadap apa yang diakadkan itu serta implikasinya. Maka fiqh Islam merujuk kepada kehendak zahir dan tidak mengambil kehendak batin. Selain itu, jika kedua-dua kehendak itu bersesuaian, maka kedua-duanya bolehlah mengungkapkan akad, selepas selesai semua perkara yang lain dan akad itu tidak dikira jika ia hanya dilakukan oleh seorang sahaja.

Oleh yang demikian, apabila kita membincangkan teori akad  dalam fiqh muamalat tidak terlepas membincangkan pertalian antara akad, tasarruf dan iltizam. Secara mudah difahami bahawa, tasarruf ini lebih umum daripada iltizam dan akad sebab tasarruf meliputi perkataan dan perbuatan. Iltizam adalah perkara yang hanya dikaitkan dengan perkataan sahaja bukannya perbuatan. Akad pula adalah sebahagian daripada tasarruf perkataan yang khusus iaitu yang melibatkan dua pihak, tetapi tidak semua tasarruf perkataan itu adalah akad. Ini kerana sebahagian daripada tasarruf perkataan adalah sesuatu yang bukannya berbentuk akad seperti mendakwa atau membuat pengakuan.

Ikuti perbincangan selanjutnya perbezaan rukun akad di sisi Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali di pautan ini : http://zeckry.net/2020/10/03/perbezaan-rukun-akad-menurut-mazhab-shafie-dan-hanafi/

Perbezaan Rukun Akad Menurut Mazhab Shafie dan Hanafi

Jumhur Fuqaha` : Selain Hanafi iaitu Maliki, Syafii dan Hanbali menyatakan  bahawa rukun akad ada tiga (al-Zuhaily, 1997). Rukun berkenaan adalah seperti  berikut:

a) Lafaz : Ijab dan qabul;

(b) Dua orang yang berakad (penjual dan pembeli); dan

(c) Subjek akad : Perkara yang diakadkan (barang dan harga)

Mazhab Hanafi : Rukun akad pada pandangan Hanafi hanyalah satu sahaja iaitu ijab (tawaran) dan qabul (penerimaan) atau dikenali sebagai sighah.

Namun dalam lafaz ijab dan qabul terdapat lafaz atau perkataan dan perbuatan. Walau bagaimanapun fuqaha` berselisih pendapat mengenai persoalan akad secara perbuatan :

i-Syafie : Akad tidak boleh dilakukan dengan perbuatan sahaja tanpa lafaz yang menjelaskan maksud pihak berakad sama ada kecil atau besar bentuknya. Akad tersebut mesti jelas dan mudah difahami seperti ucapan dan tulisan

ii-Maliki, Hanafi dan Hambali : Akad harus dilakukan dengan perbuatan sahaja, asalkan ia dapat menjelaskan maksud serta persetujuan pihak berakad serta selaras dengan adat kebiasaan tanpa mengira kecil atau besar bentuk akad itu.

Manakala dalam penggunaan bahasa isyarat yang terdiri daripada :

ii- Orang yang boleh bertutur : Menurut Hanafi dan Syafie, jika orang yang berkontrak boleh bertutur dan bercakap maka akad tidak sah dibuat secara isyarat. Sebalinya mesti diungkapkan kehendaknya dengan lisan atau tulisan. Ini adalah kerana isyarat hanya dapat menunjukkan akad tetapi tidak menyakinkan seperti lafaz.

ii- Orang yang tidak boleh bertutur : Menurut Mazhab Hanafi, orang yang berakad yang tidak boleh bertutur seperti bisu atau gagap tetapi boleh menulis, maka dia mestilah menyatakan kehendaknya dengan tulisan. Ini kerana bukti penulisan lebih kuat dan tidak mempunyai kemungkinan lain. Oleh itu, jika orang yang berkontrak tidak pandai menulis tetapi boleh membuat isyarat yang boleh difahami maka isyaratnya boleh dikira sebagai menggantikan pertuturan lidah. Ini dipersetujui oleh semua fuqaha` kerana darurat atau keadaan memaksa.

Ikuti selanjutnya perbincangan Jual beli Sarf menurut pandangan ulama silam dan semasa di pautan ini http://zeckry.net/2020/10/04/jual-beli-sarf-pada-pandangan-ulama-silam-dan-semasa/

1 50 51 52 53 54 56