Pembangunan Sukan Atlet Paralimpik di Malaysia.

1.1. Sejarah Sukan Paralimpik

Sejarah sukan paralimpik bermula di Burylesburg, England pada tahun 1948 yang mana disertai oleh orang yang mengalami kecederaan tulang spina. Sukan tersebut diilhamkan semasa Sukan Olimpik berlangsung di London pada ketika itu.Sukan paralimpik tersebut diadili oleh Sir Ludwing Guttman. Beliau digelar Bapa Sukan Paralimpik atau Bapa Sukan Kurang Upaya. Sukan Paralimpik yang pertama berlangsung di Kota Rome,Itali pada tahun 1960.Sebanyak 23 buah Negara telah mengambil bahagian dan lebih kurang 200 orang atlet yang menyertai sukan tersebut.Sejak itu, Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik bergerak bersama iaitu diadakan setiap empat tahun sekali di bandar yang sama.Sebelum tahun 1984, ia dikenali sebagai Olimpik untuk orang kurang upaya dan selepas tahun 1984, namanya ditukar menjadi Sukan Paralimpik. Pada tahun 2001,International Olympic Commite (IOC) dan International Paralympic Commite (IPC) telah menandatangani satu perjanjian di mana setiap bandar yang ingin menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2012, hendaklah juga bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Paralimpik.

1.2. Sukan Paralimpik di Malaysia dan Majlis Paralimpik Malaysia.

Sukan paralimpik di Malaysia bernaung di bawah kelolaan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM). Sebelum itu, Majlis Sukan Malaysia bagi orang kurang upaya telah ditubuhkan pada tahun 1989.Pada tahun 1996,nama majlis ini ditukar kepada Majlis Paralimpik Malaysia (MPM). Majlis ini merupakan sebuah badan bukan berasaskan keuntungan yang mengawal dan mengelola sukan kebangsaan untuk semua golongan kurang upaya.MPM juga adalah ahli kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) yang beribu pejabat di Bonn,Jerman serta ahli kepada Far East and South Pacific (FESPIC) yang beribu pejabat di Oita, Jepun. Selain itu,MPM juga menerajui dua badan sukan paralimpik Asia iaitu Asean Para Sports Federation (APSF) dan IPC East Asia Paralympic Game Commite (IPC-EAPC).MPM ialah sebuah badan yang diiktiraf dan disokong penuh oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat serta Kementerian Belia dan Sukan.Selain itu, MPM juga merupakan badan yang sah untuk mewakili Negara dalam kejohanan Sukan Paralimpik dan FESPIC serta semua aktiviti sukan yang berkaitan dengan dua badan induk tersebut. MPM juga berupaya mewujudkan peluang kepada semua OKU dalam bidang ‘Sukan untuk Semua’ dan ‘Sukan Cemerlang’ pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat, aktif dan berkualiti dalam kalangan OKU.Majlis Paralimpik Malaysia diwakili oleh Pertubuhan Sukan Kebangsaan OKU yang meliputi 6 kategori kurang upaya iaitu, cacat penglihatan, cacat pendengaran, cacat anggota, terencat akal, spastik dan orang kerdil.

1.3 Penglibatan dan Pencapaian Atlet Paralimpik Negara.

Seperti atlet-atlet normal yang lain,atlet paralimpik Negara kita juga menyertai kejohanan sukan yang diadakan di dalam Negara mahupun peringkat antarabangsa. Negara kita, melalui Majlis Paralimpik Malaysia akan menghantar atlet paralimpik untuk bersaing dalam kejohanan sukan seperti Sukan Para ASEAN, Sukan Para Asia dan Sukan Paralimpik yang diadakan 4 tahun sekali. Pencapaian atlet negara kita dalam sukan-sukan tersebut juga amat membanggakan kerana atlet negara boleh mendapat kutipan pingat yang tinggi serta mampu berada di rangking yang baik berbanding dengan atlet normal. Sebagai contoh, dalam kejohanan Sukan Para ASEAN V pada tahun 2009,atlet negara kita berjaya memperoleh 94 pingat emas,81 pingat perak dan 71 pingat gangsa dan berada pada kedudukan kedua dalam senarai negara ASEAN yang menyertainya. Atlet Negara juga cemerlang pada edisi pertama Sukan Para Asia di Guangzhou, China apabila berjaya memperoleh 9 pingat emas,13 pingat perak dan 23 pingat gangsa. Ini menunjukkan bahawa atlet paralimpik juga mampu memberikan sumbangan berharga kepada negara serta telah mengharumkan nama negara di persada dunia.

1.4 Langkah-langkah yang boleh diambil untuk membangunkan Sukan Paralimpik di Malaysia.
Kejayaan atlet-atlet paralimpik negara dalam sukan yang disertai telah mengharumkan nama Malaysia dalam sukan itu di peringkat antarabangsa haruslah dihargai dan dibanggakan oleh masyarakat. Oleh itu,untuk meneruskan kecemerlangan atlet-atlet paralimpik negara di samping menghargai kejayaan mereka,kerajaan haruslah mengambil langkah-langkah tertentu untuk membangunkan lagi sukan paralimpik di negara ini. Antara langkah langkah yang boleh diambil ialah:

I. Membina Pusat Pembangunan Sukan Paralimpik.

Kerajaan hendaklah menyediakan satu pusat pembangunan yang dikhaskan untuk OKU supaya mereka mempunyai tempat untuk berlatih sukan serta tempat untuk beriadah.Pusat pembangunan ini hendaklah lengkap dengan kemudahan sukan, terutama kemudahan yang diperlukan oleh OKU semasa berlatih ataupun beriadah. Contohnya, pada tahun 2009,kerajaan telah memulakan pembinaan sebuah Pusat Pembangunan Sukan Paralimpik yang lengkap dengan kemudahan seperti asrama dan kemudahan gelanggang untuk OKU.Pusat Pembangunan Sukan Paralimpik yang bernilai RM40 juta itu dibina berhampiran dengan Kompleks Sukan Kg.Pandan.

II. Melantik jurulatih bertauliah untuk melatih atlet-atlet paralimpik.

Sementara itu,untuk melahirkan seorang atlet paralimpik yang berjaya, Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Paralimpik Malaysia hendaklah melantik jurulatih yang benar-benar mampu dan layak untuk melatih OKU untuk menjadi seorang atlet yang berjaya. Jurulatih yang bertauliah diperlukan kerana bukan senang untuk melatih seorang OKU untuk menjadi atlet kerana ketidaksempurnaan fizikalnya. Dengan adanya jurulatih yang bertauliah maka tidak mustahil untuk melahirkan atlet paralimpik yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

III. Mewujudkan Pusat Kecemerlangan Atlet Paralimpik di setiap negeri.

Selain itu,kerajaan juga perlu mewujudkan satu pusat kecemerlangan atlet paralimpik di setiap negeri supaya program sukan yang dirancang untuk OKU dapat dijalankan dengan lebih sistematik. Dengan adanya pusat kecemerlangan ini maka setiap program sukan untuk OKU di peringkat negeri masing-masing dapat dijalankan. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah pemilihan atlet untuk mewakili negeri masing-masing ke sukan paralimpik peringkat kebangsaan. Majlis Paralimpik Malaysia juga boleh mengadakan ceramah dan seminar untuk membentuk jati diri para OKU di pusat kecemerlangan ini.

IV. Mengiktiraf sumbangan atau kejayaan yang diraih oleh atlet paralimpik.

Pihak kerajaan juga boleh memberikan pengiktirafan kepada semua atlet paralimpik yang berjaya memperolehi pingat dalam dalam Sukan Paralimpik,Sukan Para Asia,Sukan Para ASEAN melalui skim imbuhan kemenangan, rumah, peluang pekerjaan dan sebagainya.Kerajaan juga boleh mewujudkan program kebajikan demi kesejahteraan dan kesentosaan atlit dan pegawai termasuk latihan dan pendidikan dan penambahan pendapatan. Pengiktirafan seperti ini pasti akan membakar lagi semangat para atlet paralimpik untuk bersaing dalam sukan yang mereka sertai.

V. Memantapkan dan memperkasa struktur sukan paralimpik Malaysia.

Membangun dan memperkasakan struktur sukan paralimpik Malaysia di peringkat negeri,kebangsaan dan antarabangsa dengan masing-masing mengambil peranan dan tanggungjawab secara jelas, fokus, relevan dan berkesan bagi kepentingan dan kemajuan OKU,masyarakat,bangsa dan negara.

VI. Memberikan lebih banyak ruang dan peluang kepada OKU.

Kerajaan juga harus memberikan perhatian penuh kepada golongan OKU ini dengan memberikan mereka ruang dan peluang untuk mengasah dan memanfaatkan bakat mereka terutamanya dalam bidang sukan.Sebagai contoh,kerajaan boleh mengadakan karnival sukan untuk OKU bagi menarik minat para OKU untuk melibatkan diri dalam program tersebut.Selain itu,golongan OKU yang layak juga boleh diberikan peluang untuk menerajui atau memimpin badan-badan tertentu yang berkaitan dengan hal ehwal OKU.

VII. Memberikan pendidikan percuma kepada OKU yang terlibat dalam sukan.

Bagi menghargai lagi golongan OKU ini,pihak kerajaan boleh memberikan pendidikan secara percuma kepada OKU yang terlibat dalam sukan.Antara pendidikan yang boleh diajar ialah pengetahuan Sains Sukan. Pengetahuan atlet dalam sains sukan akan membantu mereka dalam mengembangkan prestasi mereka. Sementara itu,bagi atlet yang berjaya memenangi pingat dalam kejohanan sukan antarabangsa,kerajaan boleh memberikan biasiswa kepada anak –anak atlet OKU untuk membiayai pelajaran mereka.

VIII. Memberikan sokongan dan galakan kepada golongan OKU dalam usaha mereka menonjolkan kebolehan masing-masing.

Selain daripada bantuan dan intensif dalam bentuk kewangan dan material,mereka juga amat memerlukan sokongan moral serta galakan daripada masyarakat.Justeru itu,kita sebagai masyarakat haruslah memberikan sokongan serta galakan berterusan kepada golongan OKU ini agar mereka berani tampil untuk menonjolkan bakat mereka.Persepsi buruk masyarakat terhadap golongan OKU memberikan kesan negatif kepada mereka,menyebabkan mereka malu untuk menunjukkan kebolehan mereka.

Cabaran atlet paralimpik di Malaysia.

Pada pandangan saya,antara cabaran yang dihadapi oleh para atlet paralimpik negara ialah,mereka masih kekurangan tempat untuk berlatih, berbanding dengan atlet biasa.Ini merupakan satu cabaran bagi mereka kerana kekurangan tempat latihan mengakibatkan mereka tidak dapat dapat membuat persediaan dengan cukup. Saya juga melihat golongan OKU di negara ini masih belum berani untuk menonjolkan kebolehan mereka.Maksudnya,mereka masih malu untuk “keluar” kerana takut pada persepsi masyarakat terhadap keadaan fizikal dan kemampuan mereka.Ini merupakan cabaran utama golongan tersebut untuk memajukan diri mereka dalam bidang sukan dan seterusnya menjadi atlet kebangsaan. Selain itu,tanggapan golongan OKU yang mengatakan bahawa mereka tidak perlu bersukan kerana keadaan fizikal yang tidak mengizinkan juga merupakan cabaran kerana kerana mereka juga patut bersukan untuk kesihatan badan dan seterusnya berpeluang untuk menjadi atlet paralimpik. Selain itu, kekurangan jurulatih bertauliah untuk atlet paralimpik juga merupakan satu cabaran bagi atlet-atlet paralimpik kerana mereka tidak dapat mendapat latihan yang cukup dan teratur sebelum menyertai sesuatu kejohanan sukan.Jadi,adalah cabaran bagi para atlet paralimpik untuk berlatih dengan cukup walaupun kekurangan jurulatih.

Kesimpulan.

Kesimpulanya, atlet paralimpik juga mampu mencapai kejayaan dalam sukan walaupun tidak sempurna fizikalnya malah lebih berjaya daripada atlet-atlet normal yang lain.Ini membuktikan bahawa atlet paralimpik juga mampu mengangkat dan mengaharumkan nama negara dalam bidang sukan di peringkat antarabangsa.Oleh itu,wajarlah kerajaan memberikan peruntukan kewangan untuk membangunkan lagi industri sukan bagi golongan OKU.Selain itu,Majlis Paralimpik Malaysia juga harus meningkatkan lagi usaha untuk menarik minat golongan OKU untuk melibatkan diri dalam sukan serta membuka ruang dan peluang yang luas untuk golongan ini mengasah bakat mereka dalam bidang sukan.Sementara itu,atlet paralimpik juga harus mempunyai semangat dan keyakinan diri yang tinggi untuk menangkis pandangan negatif masyarakat terhadap mereka. Akhir sekali,banyak lagi usaha yang boleh dilakukan untuk membangunkan sukan untuk golongan OKU di negara ini. Usaha-usaha yang telah dilakukan sebelum ini hendaklah diteruskan untuk kesinambungan usaha yang bakal dilakukan. Masyarakat juga harus sedar dan peka terhadap kemampuan dan bakat yang dimiliki oleh golongan OKU serta tidak memandang rendah terhadap kebolehan golongan ini sebaliknya memberikan mereka sokongan,galakan dan bantuan untuk memperbaiki kehidupan mereka.

Sejarah Gerakan Pelajar Malaysia Mesir

Sejarah gerakan pelajar Malaysia di Mesir mula berubah dengan penubuhan Nadi (Kelab UMNO Republik Arab Mesir (NUMRAM) di penghujung tahun 1982.

Manakala pada awal 90 an pula lahirnya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Mesir yang ditubuhkan pada penghujung 1991, Persatuan Pelajar Malaysia Mesir (PPMM) dan IRC atau ALAMI.

Seterusnya di antara tahun 2000-2003 beberapa persatuan pelajar telah ditubuhkan seperti Nadwah Ulama` dan Ilmuan Muda Islam Malaysia (NUIIM) , Majlis Azhari Lil-Tafaqquh Fi Din (MALTAF), Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia Mesir (PPPM), Badan Kebajikan Puteri Malaysia Mesir (PUTERI).

Penubuhan Badan-Badan Kebajikan Anak Negeri (BAKAN) pula adalah mengikut kenegerian pelajar yang berasal dan bermastautin di Malaysia, seperti pelajar Malaysia yang berasal dari Kelantan secara automatik berdaftar di Keluarga Pelajar Kelantan Mesir (KPKM). Ini menunjukkan setiap pelajar menjadi dua keahlian iaitu BAKAN dan PMRAM. BAKAN di Mesir pada asalnya adalah secara langsung bernaung di bawah menteri-menteri besar negeri di Malaysia dan manakala di Mesir bernaung di bawah PMRAM .

Sehingga kini , kesemua BKAN-BKAN di Mesir masih bernaung di bawah PMRAM kecuali Badan Kebajikan (BKAN) Melaka,Negeri Sembilan , Sabah,Sarawak dan  Kedah.

Sejarah Gerakan Pelajar Malaysia Mesir Era 2004

Di era 2004 pula ,Penulis melihat penubuhan Badan Anak Selangor (BAS) yang dipecahkan dari Badan Kebajikan Anak Selangor (BKASM) dan Badan Anak Johor (BAJ) yang dipecahkan dari Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) untuk berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Kaherah.BKASM dan BKAJ masih terus kekal di bawah naungan PMRAM di Mesir.

Perpecahan ini menunjukkan kekuasaan PMRAM semakin kehilangan taringnya di Mesir sehinggakan dalam Persidangan PMRAM baru-baru ini dengan lantangnya agar BAKAN Kedah , Melaka dan Negeri Sembilan yang telah berdaftar dengan Kedutaan agar menarik balik pendaftaranya.

Penulis berpendapat, sebagai NGO Mesir , maka PMRAM mesilah mematuhi peraturan NGO Mesir dan setahu penulis mana-mana NGO Mesir disyaratkan tidak berhak mencampuri urusan orang lain atau persatuan lain, lebih-lebih lagi persatuan yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri masing-masing.

Menurut Prof.Madya Dr.Mohammad Redzuan Othman dari Jabatan Sejarah Universiti Malaysia semasa membentangkan kertas kerjanya kepada pelajar-pelajar Malaysia di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah pada 29 Semptember 2004 dan juga di Department Studies Malaysia, Cairo University mengatakan bahawa PMRAM telah menyembunyikan beberapa fakta-fakta sejarah kedatangan rumpun Melayu di Mesir dan gerakan Mahasiswa Malaysia di Mesir dari akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20 kepentingan Mesir kepada masyarakat Melayu berkaitan dengan industri percetakan buku  salah sebuah penerbit buku yang paling aktif dalam kegiatan menerbitkan buku-buku agama dalam tulisan jawi ialah Mustafa Al-Halabi.Sebuah lagi penerbit yang juga aktif menerbitkan buku-buku melayu ialah Dar Ihya` Al-Kutub Al-Arabiyah yang dimiliki oleh Isa Al-Halabi iaitu saudara Mustafa Al-Halabi.

Maka lahirnya Pembentukan Al-Jamiah Al-Khairiah Al-Talabiyyah Al-Azhariyah Al-Jawah pada tahun 1923 yang bermotifkan untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar Melayu di Kaherah.Presiden pertamanya ialah Djanan Taib.Tumpuan utama persatuan ini memberi kebajikan walaupun telah wujud kesedaran politik sejak awal, namun kegiatan politik pelajar-pelajar Melayu di Mesir hanya mengalami perkembangan yang semakin menggalakkan selepas penubuhan al-Jamciyyah al-Khairiyyah pada tahun 1923.

Walaupun tujuan asas penubuhan al-Jamciyyah al-Khairiyyah adalah bagi menjaga kebajikan pelajar-pelajar Melayu di Kaherah, namun penubuhannya juga tidak dapat lari daripada motif politik sebagaimana yang ditegaskan oleh presidennya yang pertama, Djanan Taib. Dalam ucapan ketika berada di Makkah Djanan Taib menegaskan asas politik al-Jamciyyah al-Khairiyyah, iaitu bagi menyatukan umat Melayu dalam satu persahabatan untuk kebaikan dan berusaha ke arah kebebasan dalam ertikata yang sebenarnya.

Penulis sempat juga mengkaji tentang penempatan terawal seperti pelajar Johor di Syarie Abidin Ataba, Kaherah dan pelajar Kedah di Medan Giesh Abasia, Kota Kaherah yang berhampiran dengan Masjid Al-Azhar atau Universiti Al-Azhar kira-kira 2 KM kedua-dua tempat tersebut masih lagi diduduki oleh pelajar kita.

Pada Oktober 1925 dengan Al-Jamiyyah Al-Khariyah menerbitkan Seruan Azhar dengan Djanan Taib dilantik sebagai Ketua Editor, Fathul Rahman Kafrawy sebagai pengarah dan pengarang-pengarang yang terdiri daripada Ilyas Ya`acob dan Abdul Wahab Abdullah.Seorang lagi pengarangnya ialah Mahmud Yunus yang menulis rencana pengarangnya yang pertama. Pentadbirannya diletakkan di bawah Haji Othman Abdullah yang membiayai penerbitan akhbar ini dengan wang yang dihantar oleh ayahnya.

In his editorial,Othman Abdullah wrote that the journal  was named Seruan Azhar (call of the Azhar) because its aim was to call for awareness and it was published by Malay Students who were studying at Al-Azhar University, a well-know institution attendend by student from all over the world.

Seruan Azhar ceased publication in May 1928 after publishing altogether thirty one issues. Nospecific reason was mentioned for its sudden demise.Most likely reasons were.-finanancial constrain-ideological differences-shortage og manpower-restriction by colonial autorities.

Pada bulan Oktober 1927 akhbar Pilehan Timour telah diterbitkan tetapi diharamkan pengedarannya di Hindia Timur Belanda.Pada bulan April 1928 pentadbir British tunduk kepada tekanan Belanda apabila bertindak mengharamkan penerbitan Pilehan Timour di bumi Mesir.Sebelum menamatkan penerbitan masing-masing Pilehan Timour dan Seruan Al-Azhar merupakan akhbar yang paling popular dengan wakil jualannya terdapat di Sumatra, Jawa, Borneo dan hampir kesemua negeri di tanah Melayu.

Di samping menerbitkan akhbar dengan mewujudkan kemudahan di Kaherah, pelajar Melayu juga memiliki syarikat mereka sendiri.Penerbitan Melayu yang pertama diwujudkan di Kaherah ialah Al-Matbaah Al-Ittiqdiyahyang di asaskan oleh Fadlullah Muhammad pada tahun 1914.Pencetak dan penerbit Melayu yang paling berjaya ialah Al-Matba`ah Al-Marbawiyah yang diusahakan oleh Muhammad Idris al-Marbawi pada tahun 1927.

Pada tahun 1927 juga terdapat sebuah penerbitan yang diusahakan oleh pelajar-pelajar Melayu iaitu Matbaah Al-Taqaddum kegiatan penerbit ini yang utama ialah menerbitkan akhbar Pilehan Timour.

Sumbangan kepada negara dari segi pendidikan penubuhkan madrasah dengan pendekatan moden dan membantu dalam menyebarkan kesedaran dalam masyarakat Melayu.Penubuhan madrasah atau pondok berasaskan harta wakaf.

Dari segi penerbitan terlibat dalam dunia persuratkhabaran seperti Bahtra,Bumiputra, Saudara dan lain-lain.Peranan tokoh-tokoh seperti Idris Al-Marbawi, Mahmud Yunus dan Yusuf Zaki Yaakob sebenarnya telah memberi sumbangan besar dalam terjemahan kamus ,tafsir dan kitab-kitab Arab yang masih digunapakai dan rujukan oleh mahasiswa.

Manakala dari segi pentadbiran pula, lepasan Universiti Al-Azhar pada tahun 1950an,1960an dan 1970an terlibat dalam politik dan pentadbiran Malaysia.Terlibat sebagai tenaga pensyarah di Universiti tempatan dan guru-guru di sekolah-sekolah agama di Malaysia.

Tulisan dalam seruan Al-Azhar sering menyeru supaya para Ulama memainkan peranan mendidik masyarakat. Menyeru masyarakat supaya berjuang membebaskan diri daripada penjajahan yang secara berterusan memperbodohkan mereka.Dalam sejarah dan perkembangan negara Azhari terbukti telah memainkan peranan dalam mencetuskan kesedaran masyarakat mendahului pelajar-pelajar Melayu yang belajar di tempat-tempat lain.Walaupun dengan yang berbeza mengikut keadaan masa,namum Azhari terus menjadi penyumbang utama dalam membawa kesedaran dalam masyarakat.

Dengan penyembunyian fakta-fakta sejarah yang ditelan zaman mereka hebat `membakar api` dalam mempertahankan ARMA kepada generasi sekitar tahun 90an, mereka hanya mendapati fakta Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) yang kini dikenali sebagai Dewan Malaysia Abbasiah
Kaherah (DMAK).

Tulisan oleh : Ateef Magdy

1 75 76 77