Kelas Mengaji Seberang Jaya Untuk Wanita Dewasa

Kelas Mengaji Seberang Jaya Untuk Wanita Dewasa

Kelas Mengaji Seberang Jaya Untuk Wanita Dewasa

AT-TARTIL CENTRE menyediakan Kelas Khas mengaji Al-Quran bagi dewasa (muslimat) dan secara personal/berkumpulan berkonsepkan belajar dan mengajar secara bertalaqqi dengan cepat dan berkesan walaupun sebelum ini ZERO hingga pandai baca quran. Bagi yang berada di Tasek Gelugor atau Seberang Jaya. Pulau  Pinang.

 

 

-Terbuka kepada semua golongan Dewasa Wanita yang langsung tidak dapat membaca Al-Quran dengan baik dan tidak faham kandungan Al-Quran.

-Keutamaan adalah mereka yang benar-benar Ikhlas dan berminat untuk belajar sehingga KHATAM untuk mendapatkan Sanad Riwayat Al-Hafs dan sehingga dapat
mengajar.

Pengalaman kami , dalam masa sebulan atau kedua bulan atau dalam masa 50 Jam lancar membaca Al-Quran walaupun sebelum ini tidak pandai langsung.

Modul yang mesti dicapai :

-Makhraj Huruf
-Sifat Huruf
-Tajwid
-Talaqqi
-Memahami Bahasa Quran (Bahasa Al-Quran)

Kami menemui cara termudah dan paling ampuh menguasai bacaan Quran berdasarkan
perguruan dalam bidang Al-Quran dengan syeikh arab.

Kelas Mengaji Seberang Jaya Untuk Wanita Dewasa

Pengambilan Pelajar Baru Secara Personal/Berkumpulan Sekitar 2-5 Orang dalam satu2 masa samada untuk MUSLIMAT SAHAJA .

Kelebihan Belajar Di At Tartil Center

-Lebih selesa kerana belajar dalam kelompok yang kecil.
-Kaedah Pengajian lebih santai dan efektif
-Lebih fokus kerana mungkin anda seorang.
-Tiada segan silu walaupun tidak pandai
-Pengajian lebih KHAS.
-Method Ayyu Soal (Soal Jawab) dibuka sekiranya tidak faham/tidak jelas.
-Motivasi secara santai.
-Method lebih kepada Muhibbah.
-Alat bantuan mengajar secara intensif.

Kenapa memilih AT TARTIL CENTRE ?

-Guru Berpengalaman Yang Bertalaqqi Dengan Syeikh Arab
-Guru Sepenuh Masa, tauliah Majlis Agama Islam Pulau Pinang, lepasan Universiti Timur Tengah.
-Pengajian lebih komited
-Sijil Talaqqi diberikan kepada yang belajar hingga khatam.
-Tamat belajar,kami jamin anda boleh mengajar bermula untuk anak atau keluarga
terdekat yang
akan merapatkan silaturrahim dan muhibbah.
-Kaunseling secara personal untuk bincang apa jua dalam bidang agama dan
perubatan Islam.
-Kursus Khas untuk mereka yang khatam untuk mendapatkan sanad riwayat al-hafs
dan boleh mengajar (kursus belajar dan mengajar)

Bagaimana untuk mengikuti Kelas Mengaji Di Seberang Jaya Untuk Wanita Dewasa

**TERTAKLUK PERUBAHAN MASA DAN PENJADUALAN (datang/call untuk bincang jadual)

Apakah kelebihan belajar di AT TARTIL CENTER?

-Pendedahan Cara Wakaf, Kelancaran, Kefasihan dan memahami apa yang dibaca dan dapat amalkan kandungan dalam Al-Quran.
-Pendedahan asas Sains Islam sebagaimana disebut dalam Al-Quran.
-Lancar dan Fasih membaca Al-Quran.
-Mendidik generasi agar sentiasa mengamalkan ajaran Islam sebenar untuk dicontohi.
-Motivasi cintakan Al-Quran dan sesi khidmat nasihat dan PERUBATAN AMPUH khas bagi masalah SAKA/SIHIR/HASUTAN/TEKANAN/GANGGUAN makhluk halus.
-Pemahaman Bacaaan

Apakah sistem yang digunakan oleh AT TARTIL CENTER?

-Mana-mana sistem/modul adalah sama, tetapi kami cuba menambahkan sistem tersedia ada
berdasarkan pengalaman kami dalam bidang ini setelah 15 tahun mengajar Al-Quran.

-Modul yang kami cipta sendiri untuk cepat dan lancar serta tepat bacaan
seperti orang arab.

AT TARTIL CENTER, TAMAN SUTERA SEBERANG JAYA dan cawangan kami di GUAR PETAI 

Hubungi Segera Kelas Mengaji Seberang Jaya Untuk Wanita Dewasa untuk penjadualan 04-5737810 atau 013-4963005

 

Artikel Berkaitan

Bila Akal Mula Berfikir

Semua orang apabila akalnya mula berfikir tentang kejadian dan ciptaan,..maka pertanyaan utama ialah
siapa yg.mencipta alam dan kehidupan ini.Hal ini bukan isu baru atau sejak manusia masuk keabad 21,…
tapi telah dibahaskan beberapa ribu tahun sebelum ini.Bukti kitab taurat,zabur,injil dan quran serta peningalan
sejarah membuktikan manusia telah memikirkan soal ketuhanan dan telah mempunyai pelbagai penyembahan.

Injil dan quran adalah dikatakan kalam dari tuhan.Manusia telah membuat penyelidikan secara ilmiah untuk
memahami tentang apa yg.dikatakan tuhan.Kaedah akal dan ilmu nyata tidak dapat membuktikan pengenalan
tentang tuhan.Namun kitab2 tuhan telah dipercayai oleh sebilangan besar manusia setelah mereka
mendapat bukti kebenarannya.

Siapa tuhan?…Jawabnya tuhan adalah yang berkuasa menjadikan dan mematikan.Dia mempunyai pengenalan
yang telah diajarkan kepada manusia sebagai pedoman untuk menjejakinya.Melalui ajaran kitab atau melalui
petunjuk secara langsung.

Boleh juga la,..difahamkan cara demikian.Kebanyakan kata2 dari penjelasan nabi tak dilengkapkan.Terpulang
pada kita bagaimana nak fahamkan.
Sememangnya ilmu dan akal akan terhenti disuatu tahap yang mana sudah tiadak ada lagi yg.nak dikupaskan
dan dibahas mengenai tuhan.Disana kita akhirnya akan mengaku kalah dan berserah.Kita berserah setelah
buat pelbagai usaha pencarian disamping membuat amal yg.disuruh.Walaupun amal itu kita lakukan kerana
mematuhi hukum syarak.Sekurangnya kita buat kerana takut,..sedangkan hati kita belum berapa yakin dan
masih keliru serta jahil tentang agama.tentang mengenal tuhan.

Manusia akan cuba melakukan arahan2 kepatuhan sedaya upaya untuk memperbaiki amalnya kepada tuhan.
Ada dikalangan yg.berminat dan mempunyai sentuhan kerohanian akan berusaha mencari guru bagi
mempelajari ilmu tersebut.

Maka terdapat bermacam2 niat dan tujuan tentang orang2 yg.menuntut ilmu ni.Ada juga orang yang tak
kisah mendalami hal kerohanian dan tak pandai agama tapi akhirnya mendapat ilmu melalui petunjuk tuhan.

Kalau tanya tuhan,..apakah sebenarnya matlamat manusia dijadikan.Tuhan sebenarnya ingin semua manusia
selamat kembali sebagaimana sebersih asalnya dan ingin menempatkan manusia disurga sebagaimana asal
tempat adam dijadikan.

Jadi tuhan sebenarnya telah memberi tawaran dan membuka peluang kepada manusia untuk jadi insan terpilih.
Dalam urusan Allah memilih ne,..bukanlah ia pilih secara suka2 tanpa berperaturan atau syarat.

Walau pun nabi dipilih dan telah ditentukan dari perut mana,dari ibu bapa mana namun ada kupasan lebih
panjang lebar untuk memahami kaedah memileh tu.Hamba yg.terpilih akan mempunyai tugas disisi Allah.
Ibarat macam askar komando tahan lasak le.!000 orang rekrut komandor yg.dapat red barry 10 orang jer.(Itu pun kalu pass exam.  Kalu tak pass jadi prebet pun dapat gaji gak.

1 78 79 80 81 82 84