Site icon Wacana Zeckry

Tahap Skala Aktiviti

1.0       PENGENALAN

Menurut Amirullah dan Hamidah (2012) menyatakan bahawa aktiviti fizikal adalah pergerakan badan yang dihasilkan dari pengecutan otot dan meningkatkan penggunaan tenaga sama ada berjalan, berbasikal, bermain, angkat berat, membuat kerja rumah dan lain-lain.  Beliau menyatakan bahawa penyertaan seseorang dalam aktiviti fizikal yang kerap dapat menyumbangkan ke arah pencapaian kecergasan yang lebih baik dan kesejahteraan keseluruhannya.

Menurut Bart Astor (2013) mendefinisikan Tahap Skala Aktiviti ialah anggaran petunjuk yang digunakan oleh seseorang individu untuk mengetahui sejauh mana tahap aktiviti fizikal yang sesuai dilakukan selari dengan tahap kesihatannya.

Beliau menjelaskan tanggapan tentang umur mempengaruhi penilaian terhadap Tahap Skala Aktiviti disamping faktor keadaan kesihatan seseorang individu. Antaranya seperti penyakit kronik, masalah jantung dan sejarah kesihatan lampau perlu diambil kira dalam menentukan Tahap Skala Aktiviti. Tahap Skala Aktiviti juga mengandungi senarai aktiviti yang sesuai berdasarkan tahap kecergasan individu, intensiti latihan dan variasi latihan yang boleh dipilih oleh individu tersebut bagi meningkatkan gaya hidup sihat serta fizikal yang cergas.

Tugasan ini akan membincangkan beberapa kesulitan dalam membuat pertimbangan apabila menentukan skor peribadi individu pada Tahap Skala Aktiviti

2.0       KESULITAN PENENTUAN TAHAP SKALA AKTIVITI

Penentuan tahap Skala Aktiviti berdasarkan umur dan dipengaruhi oleh rakan adalah sangat tinggi. Kesilapan menentukan Tahap Skala Aktiviti boleh menyebabkan risiko kecederaan dan kemudaratan. Aktiviti fizikal dan mental yang dilakukan diluar kemampuan seseorang akan mengakibatkan kecederaan fizikal kekal dan boleh mengancam nyawa individu tersebut ataupun orang lain.

Beberapa kriteria perlu diambil kira dalam menentukan intensiti dan jenis aktiviti fizikal dalam Tahap Skala Aktiviti. Antaranya ialah jenis personalliti individu, hubungan sosial, minat, hobi, bakat, kekurangan dan limitasi akibat penyakit kronik, tahap kecergasan fizikal dan komposisi badan. Kriteria-kriteria ini sangat penting dalam penentuan Tahap Skala Aktiviti sekaligus memberi cabaran kepada seseorang individu untuk menilai ketepatan pemilihan aktiviti fizikal dan aktiviti yang sesuai dengan tahap kesihatannya.

3.0       KESIMPULAN

Tahap Skala Aktiviti adalah kaedah yang berguna agar seseorang individu dapat mengekalkan tahap kesihatan mental dan fizikal dalam tempoh yang panjang. Merancang untuk terus mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah sama penting dengan pengurusan ekonomi dan perhubungan sosial seseorang. Faedah Tahap Skala Aktiviti ialah dapat menyediakan panduan aktiviti fizikal yang sesuai dengan kondisi mental dan fzikal individu tersebut.

 

Exit mobile version