Site icon Wacana Zeckry

Tabiat Buruk Pengambilan Nutrisi

1.0       PENGENALAN

 

Menurut Anthony (1991) seorang doktor abad ke-16 Thomas Moffett, telah menulis “ Kita menggali kubur sendiri kerana mulut” kerana kita penuhkan tubuh kita dengan makanan berlemak dan tidak berkhasiat, meracuni sistem tubuh kita dengan rokok, alkohol dan dadah, serta menghabiskan masa duduk di hadapan televisyen.

 

Faridah (2014) menyebut, pemilihan gaya hidup yang tepat dapat merealisasikan matlamat hidup yang normal. Gaya pengambilan pemakanan sangat memberi kesan terhadap tahap kesihatan individu. Beberapa cabaran dihadapi oleh individu yang semakin berumur dalam merancang dan memilih gaya pemakanannya kerana disebabkan berlaku perubahan selera dan pemiihan makanan.

 

Tugasan ini akan membincangkan sebab-sebab timbul kecenderungan tabiat buruk pengambilan nutrisi apabila usia seseorang meningkat.

 

2.0       KECENDERUNGAN TABIAT BURUK PENGAMBILAN NUTRISI APABILA USIA SESEORANG MENINGKAT

 

  1. Kecenderungan dan kurang penerimaan kepada deria badan seperti bau, rasa, penglihatan dan sentuhan mengurangan selera makan.
  2. Peningkatan umur menyebabkan perbezaan tumpuan dan jumlah makanan.
  1. Kedatangan penyakit kronik yang memerlukan komponen khas pemakanan seimbang.
  2. Lanjut usia boleh menyebabkan keengganan untuk berusaha menyediakan makanan dan sikap tidak peduli mengambil makanan kerana sakit pada badan dan kulit.

 

  1. Kebanyakan orang terutamanya orang tua cenderung untuk hidup bersendirian enggan untuk membeli belah dan memasak untuk makan makanan seimbang dan pengambilan makanan yang diproses yang boleh membawa kepada pemakanan yang tidak seimbang.
  1. Kurang selera makan atau kurang makan disebabkan tertekan, kesunyian,kekeliruan, ketagihan alkohol dan penderaan..
  2. Pendapatan yang terhad atau masalah kewangan yang disebabkan kenaikan harga dan tidak mampu untuk menyediakan makanan yang baik.

 

3.0       KESIMPULAN

 

Mengekalkan tabiat pengambilan pemakanan seimbang strategi terbaik untuk mencapai kesihatan yang baik serta mengelakkan beberapa penyakit berkaitan penuaan. Apabila proses-proses penuaan berlaku, biasanya kita mengaitkan dengan faktor peningkatan usia. Lebih menakjubkan keinginan setiap orang untuk memiliki umur yang panjang dan kekal sihat.

 

Exit mobile version