Menurut Muhammad Erdan (2010) Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan agama yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi lain yang dapat hidup dalam keadaan aman dan damai malah saling menghormati antara satu sama lain.
Rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip rukun negara yang mana perpaduan yang wujud mampu mengelakkan tragedi 31 mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan bak kata pepatah melayu, “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat” (Saifislamsaga, 2013).
Tugasan ini dimulakan dengan membincangkan peranan animasi Upin dan Ipin dalam menyatupadukan masyarakat di Malaysia yang merupakan salah satu medium yang popular pada masa kini dan mampu menarik minat berbagai golongan bermula dari kanak-kanak, remaja sehingga golongan dewasa sekaligus dapat menyampaikan mesej yang tersirat kepada penonton dalam kesepaduan sosial antara rakyat yang berbilang etnik. Selain perkaitan usaha-usaha kearah pembentukan kesepaduan sosial dalam masyarakat kita. Selain itu, tugasan ini menyentuh tentang impak dalam watak-watak Upin dan Ipin bagi membentuk kesepaduan sosial. Seterusnya menjelaskan faktor-faktor yang mendorong kepada keruntuhan perpaduan sosial di Malaysia.
Di akhir tugasan ini penulis membuat kesimpulan bahawa peranan media animasi Upin dan Ipin memberi sumbangan besar dalam melahirkan dan mengukuhkan perpaduan dan usaha yang murni ini akan dapat ditambahkan dengan kepelbagaian etnik lagi di Malaysia.
Menurut Mohd Amir dan Md Sidin (2011), Upin dan Ipin bertapak di dalam industri animasi pada tahun 2007 dengan sokongan daripan Kemeterian Teknologi, Air dan Komunikasi yang mana sekarang diganti sebagai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kemeterian Sains dan Teknologi dan Malaysia Super Corridor Malaysia. Mohd Amir dan Md Sidin (2011) menambah dengan menonton rutin dan tingkah laku Upin dan Ipin di televisyen boleh meninggalkan satu kesan yang berbangga dengan kemajuan animasi di Malaysia.
Upin dan Ipin ialah tajuk bagi sebuah siri animasi tayangan singkat yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les’ Copaque di Malaysia, dan juga merupakan nama bagi dua watak utama siri ini. Pada mulanya, Upin dan Ipin disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 di Malaysia, dengan tujuan untuk mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia. Kini, animasi tersebut sudah mengkajau lima musim dan tidak terhad pada televisyen, bahkan juga disiarkan dalam bentuk DVD dan penstriman video melalui internet secara meluas.
Menurut Mohd Amir dan Md Sidin (2001) bahawa animasi telah berkembang daripada sebuah imej bergerak kepda teknologi ‘cel animation’ (kaedah tradisional lukisan tangan) kepada penggunaan animasi 3D secara keseluruhan.
2.0 PERANAN ANIMASI UPIN DAN IPIN DALAM MENYATUPADUKAN MASYARAKAT
Menurut Hassan (2003) Objektif animasi Upin dan Ipin yang memaparkan aspek kebudayaan Malaysia yang berlatarkan kampung yang serba santai adalah untuk menarik minat pasaran antarabangsa. Pada mulanya animasi Upin dan Ipin diterbitkan selama dua musim dengan bertemakan Ramadhan dan Keislaman. Namun selepas dua musim, penerbitan Upin dan Ipin beralih kepada penceritaan yang lebih bersifat “sejagat”. Hal ini sedemikian kerana kandungan bercirikan islam sukar untuk dijual kepada penyiar. Oleh sebab itulah konsep daripada islam ditukar kepada sejagat dan disiarkan sepanjang tahun mulai awal tahun 2009.
Pengaruh animasi Upin dan Ipin adalah sangat kuat terutamanya terhadap kanak-kanak yang sememangnya sangat meminati cerita animasi tidak kira bangsa dan agama yang mana sangat teruja apabila cerita animasi tersebut di tayangkan di kaca televisyen.
Siri animasi di negara ini juga memainkan peranan dalam menyatupadukan masyarakat terutamanya melalui perkembangan bahasa melayu. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, jelas menunjukkan terdapat kaitan yang rapat antara penerapan nilai melalui bahan sastera dan penggunaan bahan-bahan pelbagai media dalam pembelajaran Bahasa Melayu (Siti Zainab Zainal & Yahida Yahya, 2015).
Di dalam animasi upin dan ipin terdapat watak yang berbilang bangsa yang mempunyai gaya masing-masing untuk menarik minat penonton, dan kelebihannya adalah mereka menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa berinteraksi antara mereka. Oleh hal yang sedemikian, ia memberi kesan kepada masyarakat kerana saling berhubungan dengan menggunakan bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dalam pertuturan harian sehingga membolehkan mereka bertutur dengan fasih (Retrived: Nota Hubungan Etnik, 2012).
Keadaan ini menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia dapat hidup bersatu walaupun mempunyai bahasa, agama dan kepercayaan yang berbeza. Menurut Gina Siti Fatonah (2011) Bahasa juga turut berperanan dalam proses pendidikan kanak-kanak, kerana bahasa merupakan alat komunikasi dan interaksi dalam penyampaian suatu rangsangan bagi kanak-kanak, dengan bahasa juga kanak-kanak dapat mengutarakan apa yang dirasakan, sehingga orang dewasa dapat mengukur sejauh mana pembelajaran tersebut boleh bertindakbalas.
Seterusnya, animasi Upin dan Ipin juga merupakan siri animasi yang bukan setakat hiburan semata-mata tetapi berjaya memberi pengajaran dan nilai murni dalam kehidupan harian masyarakat kini melalui konsep santai. Contohnya, watak Mail adalah yang paling rajin di kalangan kawan-kawan Upin dan Ipin, bukan sahaja di sekolah, bahkan juga gigih mencari rezeki dengan membantu ibunya di gerai ayam goreng.
Di samping itu, dalam siri animasi Upin dan Ipin 2011 (season 5) yang bertajuk cerita kami, yang menceritakan tentang the value of ‘telling the truth’ and ‘not lying’ (Asbah (2012). Nilai-nilai murni yang di paparkan melalui animasi tersebut haruslah di contohi dan sekaligus dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini sekiranya diamalkan.
Tambahan lagi, siri animasi yang dipaparkan di kaca televisyen juga memainkan peranan sebagai salah satu medium pembelajaran bagi kanak-kanak secara tidak langsung.
Menurut Buckley dan Smith (2008), penggunaan simulasi pelbagai media dalam proses pembelajaran mampu meningkatkan kemahiran pelajar untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Selain itu, hal ini juga adalah bertujuan agar masyarakat lebih memanfaatkan televisyen sebagai media pendidikan dalam menambah pengetahuan walaupun secara tidak langsung. Oleh hal yang sedemikian, terdapat kebaikan yang boleh diperoleh melalui siri animasi Upin dan Ipin terutamanya kerana sering memaparkan siri yang banyak memberi kesan positif terhadap penontonnya.
Disamping itu, animasi Upin dan Ipin juga berjaya menonjolkan konsep 1 Malaysia di mana kanak-kanak berbilang bangsa bergaul dan bermain bersama sambil hormat menghormati nilai dan budaya sesama mereka (Berita Harian, 2012).
Konsep 1 Malaysia yang dipaparkan dapat mengukuhkan hubungan antara rakyat berbilang kaum di negara ini dan menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing.
Justeru itu, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja dan demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama (Di ambil dari web 1MALAYSIA-Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan).
3.0 USAHA KEARAH PEMBENTUKAN KESEPADUAN SOSIAL DALAM MASYARAKAT
Menurut Navadurka (2010) Perpaduan dan keharmonian merupakan elemen yang sangat penting dalam mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara.
Oleh hal yang demikian, perpaduan dan keharmonian merupakan elemen yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tambahan pula, tanpa perpaduan yang kukuh nescaya tiada kata sepakat dan kemerdekaan yang diperoleh negara sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata.
Perpaduan adalah matlamat akhir kepada semua usaha membentuk satu bangsa Malaysia. Kesepaduan ini memerlukan rakyat untuk sanggup bertoleransi, rakyat yang mempunyai kematangan bertindak serta menggunakan perundingan bukan pergaduhan sebagai ‘alat’ menyelesaikan konflik yang timbul antara kaum di negara ini. Maka untuk mencapai perpaduan di dalam semua negara yang multi etnik dengan kepelbagaian budaya, bahasa dan agama memerlukan satu tempoh masa yang sangat panjang dan berliku. Apa yang boleh diusahakan secara berterusan ialah meraikan kepelbagaian melalui kesepaduan.
Sebagai usaha dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Oleh itu, institusi keluarga haruslah memainkan peranan di mana ibu bapa perlulah sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”.
Di samping itu, ibu bapa juga harus menggalakkan anak-anak berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran pada hari perayaan. Hal ini sedemikian kerana, dengan cara itu dapat menjadikan teladan kepada anak-anak supaya mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dalam mengekalkan keharmonian dalam hidup bermasyarakat.
Seterusnya, institusi-institusi pendidikan juga bertanggungjawab untuk menerapkan semangat bersatu padu dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum. Antara langkah yang boleh diambil adalah memberikan tugasan kerja secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah atau kajian khusus.
Oleh itu, guru-guru juga harus memainkan peranan di dalam kelas dengan menyusun pelajar-pelajar yang berlainan kaum supaya mereka berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain tanpa rasa segan atau takut. Oleh itu, guru-guru dan pelajar haruslah bekerjasama untuk menzahirkan semangat perpaduan di sekolah.
Selain itu, golongan pelajar perlulah belajar dan memahami sejarah negara agar dapat lebih mengerti tentang perpaduan negara ini. Antara langkah untuk mewujudkan kata sepakat, Sebagaimana dijelaskan oleh Dr. Masnah Ali Muda (2013) Mata Pelajaran Sejarah yang diperkenalkan di peringkat sekolah rendah dengan menekankan kepada pembangunan sahsiah murid, pemupukan nilai-nilai keperibadian mulia dan semangat kewarganegaraan.
Selaras dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memainkan peranan dengan mewajibkan pelajar-pelajar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat (SPM). Langkah tersebut adalah untuk menyedarkan anak-anak bangsa tentang akibat kurangnya perpaduan kaun dalam kalangan masyarakat.
Hal ini sedemikian kerana, pemahaman rakyat Malaysia tentang sejarah tanah air amatlah penting supaya dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri mereka. (Utusan Malaysia 2013)
Masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong membersihkan kawasan taman perumahan, kempen bulan kemerdekaan dan sebagainya bagi mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat berbilang kaum.
Peranan masyarakat setempat amatlah berkesan sekiranya di pupuk dari awal untuk mengukuhkan kesepaduan sosial antara masyarakat setempat.
4.0 WATAK UPIN IPIN DALAM MEMBENTUK KESEPADUAN SOSIAL MASYARAKAT
Watak di dalam animasi Upin dan Ipin begitu melekat dalam kebanyakan jiwa kanak-kanak di negara ini (Berita Harian, 2012). Hal ini sedemikian jelas disebabkan oleh pengaruh, kesan dan tarikan yang dibawakan oleh watak dua beradik kembar itu sememangnya sangat memberangsangkan terutama terhadap kanak-kanak.
Di dalam animasi Upin dan Ipin juga terdapat unsur-unsur yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran untuk kanak-kanak serta mengimbau kisah-kisah silam bagi ibubapa dan datuk nenek mereka sendiri.
Disamping itu, terdapat juga animasi atau kartun yang boleh mempengaruhi minda kanak-kanak untuk mengikut dan dijadikan panduan dalam melakukan sesuatu perkara.
Selain itu, animasi juga merupakan media yang mudah memberi rangsangan kerana berjaya mencuit hati penonton yang berada di luar logik akal sendiri.
Terdapat banyak watak dalam animasi Upin dan Ipin yang berjaya membuatkan masyarakat menjadikannya sebagai ikon untuk dicontohi yang mana banyak menyampaikan nilai-nilai murni untuk di jadikan sebagai panduan.
Antaranya adalah watak Ehsan yang merupakan kawan karib kepada Fizi. Ehsan adalah dari golongan orang yang berada, agak angkuh dengan kekayaan keluarga tetapi dalam masa yang sama sangat berdisiplin dan menghormati orang yang lebih tua.
Ehsan juga memegang jawatan sebagai ketua kelas dalam bilik darjah Upin dan Ipin di tadika dan merupakan seorang ketua kelas yang amanah dan menjaga kebajikan anak buah. Watak Ehsan menunjukkan bahawa walaupun seseorang individu itu adalah daripada golongan orang yang berada, kita seharusnya menghormati orang yang lebih tua dan sentiasa amanah dalam melakukan sesuatu perkara supaya kita dapat mengeratkan lagi hubungan dengan orang di sekeliling kita.
Seterusnya aksi Upin dan Ipin juga banyak memberi kesan kepada penonton siri animasi tersebut kerana watak pasangan kembar ini adalah ceria dan dan nakal namun sangat menghormati orang yang lebih tua. Pasangan kembar ini saling membantu antara satu sama lain dan tidak pernah berjauhan kerana mereka berdua saling memerlukan. Upin dan Ipin juga berkawan baik dengan rakan mereka yang berlainan bangsa. Impak dalam membentuk kesepaduan sosial masyarakat adalah sikap yang di tonjolkan oleh watak Upin dan Ipin haruslah diamalkan agar dapat memupuk perpaduan walaupun berbeza agama dan bangsa.
Watak Kak Ros sebagai kakak kepada Upin dan Ipin yang begitu tegas dan menyayangi mereka amat menghidupkan animasi tersebut. Ketegasan seorang kakak kepada adik beradik dalam institusi kekeluargaan mesti ada agar mereka dapat mendisiplinkan diri dengan gaya mendidik tidak kira dalam mana-mana bangsa dan agama supaya dalam kehidupan mengamalkan nilai-nilai murni seperti hormati menghormati antara lain apabila bermasyarakat.
Watak berikutnya yang memberi impak kepada kesepaduan sosial masyarakat adalah watak Mei Mei. Mei Mei ialah seorang yang bersifat manis dan berbudi pekerti. Dia juga seorang murid yang pandai, mudah bersabar dan cepat bertindak jika kawan-kawannya menghadapi masalah atau membuat kesilapan.
Watak yang ditonjolkan oleh Mei Mei seorang yang baik pekerti dan tenang dalam menangani masalah seharusnya dicontohi oleh masyarakat kerana sifat tersebut penting untuk kita berkomunikasi dengan orang lain kerana ia merupakan cara yang betul dalam berbicara. Hal ini sedemikian, sekaligus membantu dalam meningkatkan perpaduan sosial masyarakat sekeliling.
Manakala watak Uncle Muthu merupakan tukang masak profesional dalam cerita Upin dan Ipin. Warung yang sentiasa dikunjungi pelbagai bangsa. Menu paling popular di warungnya adalah ABCD (Air Batu Campur Durian). Kehadiran pelbagai etnik di warung turut menyumbang hubungan etnik yang bersatu padu dengan sebab selalu berjumpa dan berkumpul di warungnya atau lebih di kenali sebagai kedai mamak yang mewujudkan suasana harmoni dan perpaduan.
5.0 FAKTOR-FAKTOR YANG BERUPAYA MEMBAWA KEPADA KERUNTUHAN PERPADUAN SOSIAL DI MALAYSIA
Menurut Lai Chooi (2010) antara faktor yang boleh menyebabkan keruntuhan perpaduan sosial di Malaysia adalah dari segi bahasa dan cara berkomunikasi antara satu sama lain dengan mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia.
Oleh itu, bahasa rasmi tersebut berperanan sebagai satu saluran yang digunakan oleh semua rakyat Malaysia. Akan tetapi, masalah di sebaliknya iaitu kebanyakkan kaum bukan melayu masih tidak dapat bertutur dengan fasih.
Hal ini kerana bahasa ibunda yang digunakan sejak kecil lagi telah menyebabkan kebanyakkan mereka sukar untuk menangani bahasa rasmi dengan baik. Bahasa yang digunakan berdasarkan bahasa ibunda masing-masing akan menjauhkan lagi jurang antara kaum kerana akan berlaku ketidaksefahaman dan prasangka di antara satu sama lain.
Tanpa disedari, amalan yang sedang dilakukan ini sedang menuju ke arah mewujudkan polarisasi kaum yang amat membimbangkan. Realiti yang melanda Yugoslavia hendaklah dijadikan sebesar-besar pengajaran.
Ketidaksefahaman ini berlaku bermula dari segi bahasa dan cara komunikasi sehingga membawa kepada peperangan besar seperti belaku di Yugoslavia yang mempunyai pelbagai kumpulan etnik yang saling membenci antara satu sama lain.
Berdasarkan Wikipedia, Perang Yugoslavia adalah pelbagai konflik dan keganasan yang berlaku di Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia selama tahun 1990-an hingga awal 2001. Peperangan ini berciri konflik etnik antara suku-suku yang mendiami Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia seperti Suku Slovenia, Suku Croatia, Suku Bosnia, Suku Serbia , Suku Montenegro, dan Suku Albania. Perang ini berakhir dengan kekacauan ekonomi Republik Sosialis Persekutuan Yugoslavia yang berganti nama menjadi Republik Persekutuan Yugoslavia dan pada akhirnya Montenegro dan Kosovo memutuskan untuk berpisah dari Serbia kerana konflik pembunuhan suku.
Oleh itu, jika kita kurang teliti dan jika kita tidak berhati-hati, berkemungkinan warga kita akan berpecah-belah dan mewujudkan fahaman agama yang ekstrim. Lai Chooi (2010).
Menurut Nur Aini (2010) Sikap perkauman yang ektrim salah satu sebab yang boleh membawa kemusnahan perpaduan sosial sehingga berlaku salah faham dan buruk pandangan terhadap kaum-kaum lain kerana wujudnya sikap perkauman.
Sikap perkauman ini akan membecah-belahkan kaum bukan sahaja memberi kesan dalam jangka masa yang pendek namun turut memberi kesan dalam jangka masa yang panjang.
Kesan dalam jangka masa yang pendek, contohnya sekiranya orang melayu tidak diberi peluang pekerjaan di kebanyakkan perniagaan yang dipunyai oleh masyarakat Cina. Ini akan mewujudkan pandangan yang serong dan rasa tidak puas hati.
Dalam jangka panjang pula, perasaan ini akan menjadi teruk dan lebih mendalam dan mungkin akan membawa kepada rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969,dan ini akan membawa keancaman kepada struktur sosial di Malaysia dan rakyat tidak akan dapat hidup aman lagi.
Selain itu, Shau Kean (2010) berpendapat apabila polisi perpaduan kaum telah dipolitikkan juga menjadi antara faktor kerana setiap warga Malaysia wajar melihat dan mentafsir program dan polisi nasional yang dilaksanakan secara rasional, objektif, bijaksana dan bertanggungjawab.
Berfikirlah sebagai seorang warga Malaysia sejati, berpegang kepada prinsip menjunjung langit di tempat bumi dipijak. Program pendidikan sebagai contohnya yang diperkenalkan adalah pelaburan untuk menjamin masa hadapan warga muda dan warga muka dan tidak harus sama sekali dipolitikkan, program pendidikan dan polisi perpaduan kaum yang dipolitikkan adalah perbuatan paling tidak bertanggungjawab yang hanya akan memusnahkan masa hadapan anak-anak dan memporak-perandakan negara.
Seterusnya, menurut Zainafsiah (2011) kelonggaran pegangan agama dan prinsip kepercayaan mana-mana bangsa yang mengajak ke arah kebaikan oleh semua anutan agama dengan menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.
Sebagai contoh, pada musim perayaan terutamanya, semua rakyat negara ini sudah pasti akan mengamalkan kunjung-mengunjungi, bermaaf-maafan dan berbual mesra antara satu sama lain. Bertitik tolak daripada ini, semangat perpaduan sedikit banyak dapat diwujudkan.
Akhirnya, berdasarkan kajian Abdullah Taib (1984) juga menunjukan bahawa kadar interaksi di di antara etnik di kalangan etnik Cina dan India adalah tinggi berbanding dengan etnik Melayu yang lebih tertumpu kepada etnik sendiri. Ini disebabkan masalah sikap etnosentrisme masih menebal, kebudayaan serta nilai dan norma yang berbeza.
Dalam menilai tahap keselesaan interksi di kalangan pelajar, didapati bahawa aktiviti-aktiviti seperti bertukar-tukar nota kuliah, buku teks dan esei, bersukan, membincangkan hal sosio-politik menunjukan hanya 19% responden Melayu yang melakukan aktiviti tersebut dengan etnik yang lain dan disusuli oleh etnik Cina sebanyak 28% dan India mencatatkan 23%. Keadaan menunjukan etnik pelajar di universiti lebih cenderung untuk menjalankan aktiviti sesama etnik sendiri.
6.0 KESIMPULAN
Karekter animasi kembar Upin dan Ipin yang menjadi kegilaan ramai bukan sahaja kanak-kanak malahan golongan dewasa ternyata berjaya mencetus satu lagi revolusi baru terhadap seni hiburan tempatan bahkan memberi sumbangan besar dalam melahirkan dan mengukuhkan perpaduan kerana watak santai yang dibawa itu dapat memberi kesan positif serta diselitkan dengan kandungan asas budaya serta nilai-nilai kehidupan yang sesuai dengan konsep 1 Malaysia.(Utusan Online : 2009)
Demikian menurut Maizatul dan Ainal (2015) animasi Upin dan Ipin banyak memaparkan imej positif yang dapat membantu membentuk akhlak kanak-kanak antara imej positif yang terdapat animasi seperti pegangan amalan agama, persahabatan, ikatan kekeluargaan, kasih sayang terhadap alam, haiwan dan juga sesama manusia. Nilai murni yang tinggi seperti menghormati orang tua dan memahami hidup bermasyarakat majmuk.