Site icon Wacana Zeckry

Kemahiran Guna Masa

Menurut Anthony (1991) Menghasilkan jam yang baik mengambil tempoh yang panjang.Namun, berapa ramai antara kita yang benar-benar tahu menggunakan masa sebaiknya dalam apa jua keadaan untuk mencapai sesuatu matlamat. Beliau menjelaskan tentang pengurusan masa adalah bagaimana kita dapat menggunakan masa dengan memanipulasi sehingga masa dapat menjadikan kawan, bukannya lawan.

 

 

Saya sebagai pelajar Universiti Terbuka Malaysia yang menghadapi kekangkang masa bekerja dan belajar, pengurusan masa yang sistematik merupakan salah satu cabaran besar yang mesti dihadapi. Walau apa pun kecekalan, ketekunan, minda yang positif dan motivasi yang tinggi harus digembelingkan agar matlamat yang ditanamkan tercapai.

 

Menurut Zahari (2007) bagi pelajar Universiti Terbuka Malaysia, pengurusan masa yang betul dan mengikut jadual merupakan kunci kejayaan kerana masa belajar dan bekerja. Sesuatu kejayan itu terletak pada perancangan yang betul.

 

Beliau menggariskan tiga cara dalam pengurusan masa bagi pelajar Universiti Terbuka yang dapat saya ikuti.

 

  1. Analisis Penggunaan Masa Kita

Penggunaan masa bagi pelajar dan pekerja adalah penting kerana target dan matlamat dapat dicapai mengikut masa yang ditetapkan.

  1. Menetapkan Keutamaan Aktiviti Harian

Aktivit keutamaan yang harus dititikberatkan untuk diri, keluarga dan sosial dengan menyediakan perancangan yang rapi seperti membuat tugasan, membaca dan menghadiri tutorial.

 

Menyediakan jadual harian secara berkala, pelajar dapat membahagikan masa yang lebih terurus dan teratur dalam menghadapi situasi belajar dan bekerja.

 

Namun, cabaran atau halangan pengurusan masa, saya sebagai pelajar harus menangani secara secara positif agar matlamat tercapai dan menjadikan lebih proaktif serta boleh menyesuaikan diri, masa dan komitment supaya setiap proses pembelajaran yang disusun atau oleh pihak pengurusan benar-benar dapat dimanfaatkan.

Walau apapun keunikan pengajian jarak jauh sangat nyata dan mengundang perbincangan demi perbincangan di kalangan cendikiawan yang mengakui pembelajaran jarak jauh sangat mencabar. Barry Wilis (1993) dalam bukunya Distance Education- A Prayctical Guide telah membincangkan bagaimana cabaran yang dilalui oleh keseluruhan sistem pengajian ini berjaya di atasi oleh pelajar dan institusi kerana keperluan terhadap sistem pembelajaran ini telah berjaya mengatasi halangan-halangan yang ada.

Exit mobile version