myVLE ialah singkatan daripada perkataan My Virtual Learning Environment.MyVLe merupakan perantaraan komunikasi antara pelajar Universti Terbuka Malaysia dengan pihak pengurusan dan tutor yang dapat diakses melalui website. Namun, myVLE sangat membantu dalam mempertingkatkan pembelajaran dengan penyediaan seperti :
- MyProfile- Mengandungi butiran peribadi
- E-Service-Menyediakan perkhidmatan borang-borang seperti pemindahan kredit, pembatalan subjek atau pertukaran tempat peperiksaan dan sebagainya.
- MyCourse-Menyediakan perkhidmatan yang mengandungi butiran kursus yang diambil dan modul-modulnya.
- ECRM-Sebagai saluran untuk pelajar mengemukakan aduan dan mendapatkan bantuan berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di OUM yang disediakan berbagai bahan-bahan rujukan
- Digital Library- Menyediakan Perpustakan Maya sebagai salah satu sumber rujukan buku-buku digital, jurnal dan artikel.
- Email- Menyediakan perkhidmatan email percuma kepada pelajar untuk berinteraksi dengan tutor atau pengurusan dan sesama pelajar.
- Online Community-Menyediakan platform seperti E-Forum dan komuniti pelajar di atas talian.
- Announcement-Menyediakan pengumuman-pengumuman dari pihak pengurusan Universiti dan Tutor
Kesimpulannya, kemudahan yang disediakan melalui medium MyVLE oleh pihak pengurusan Universiti Terbuka Malaysia sangat membantu pelajar dan tutor sebagai komunikasi yang berkesan dan kemudahan pelajar menghantar tugasan secara online yang menjimatkan kos dan memartabatkan teknologi hijau.