Site icon Wacana Zeckry

Wang Kertas Ringgit Malaysia : Tandatangan Gebenor Datuk Muhammad Mula Diedar Esok

Menurut sumber BERNAMA dan TV1 menyatakan bahawa Wang kertas Ringgit Malaysia dengan tandatangan Gabenor Datuk Muhammad bin Ibrahim akan diedarkan secara
berperingkat mulai esok, bermula dengan denominasi RM50, menurut Bank Negara Malaysia.

Wang kertas ini adalah serupa dengan wang kertas terkini yang berada dalam edaran, kata bank pusat dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, wang kertas dengan tandatangan mantan-mantan Gabenor kekal sebagai mata wang sah diperlakukan dan akan terus diedarkan dalam pasaran bersama wang kertas baharu.

Exit mobile version