Site icon Wacana Zeckry

Apakah Sumber Penyelidikan ?

SUMBER PENYELIDIKAN

Setelah judul atau bidang penulisan itu dipilih, penulis hendaklah berusaha mengumpulkan bahan-bahan dan mendapat maklumat-maklumat yang langsung berkaitan dengan tajuk berkenaan . Semakin banyak bahan yang dikumpulkan adalah lebih baik. Apabila banyak bahan -bahan yang terkumpul, penulis akan lebih senang menyusun tulisannya.

Bahan- bahan untuk sesuatu tulisan boleh didapati daripada sumber – sumber berikut :

Bahan primary adalah bahan berdokumen (documentaries) seperti rekod-rekod dalam fail dan bahan yang disimpan di Pusat- Pusat Sumber yang dikawal seperti kitab asal ulama` (makhthuthot), kitab karya asal dan bahan-bahan asal seperti wawancara dan temubual secara rasmi.

Bahan secondry adalah bahan kedua seperti bahan yang dicetak seperti buku-buku, majalah,, kertas kerja, bahan dari internet dan lain-lain.

Kedua-dua bentuk sumber di atas sahajalah yang diterima dalam penulisan ilmiah. Penulisan yang baik adalah penulisan yang dihasilkan berdasarkan kajian daripada sumber yang pertama iaitu primary . Walaupun begitu sumber secondry juga diterima tetapi dengan syarat rujukan tersebut adalah hasil penulisan individu yang berautoriti dalam bidang tersebut samada generasi dahulu atau rnasa kini.

—————————————————————————————-

[4] Lihat : Abdulah Hj Hassan (Pengarah Dialog Peradaban, Universiti Malaya semasa membentang kertas kerja bertajuk) Method Pengumpulan Data di Bengkel Penyelidikan Pasca Ijazah, pada 23 Julai 1999 di Akademi Islam Universiti Malaya.

Exit mobile version