Site icon Wacana Zeckry

Cara Menulis Secara Ilmiah

Kaedah Menulis Secara Ilmiah

Penulisan ilmiah adalah penulisan dalam bentuk yang tertentu. Penulisan ilmiah sifatnya adalah analisis dan bukannnya suatu penceritaan yang mendatar. Setiap idea yang dikemukakan boleh berdiri sendin sebagai suatu idea yang jelas.

Pada dasarnya kandungan sesuatu penulisan ilmiah harus merangkumi perkara berikut:

Sepanjang penulisan, kedudukan idea dan pandangan penulis sendiri hendaklah jelas dan tidak berselindung.[2]

Penulisan ilmiah merupakan jawapan kepada persoalan-persoalan yang sentiasa ada di dalam pemikiran penyelidik iaitu : apa, mengapa dan bagaimana.

Elakkan penggunakan kata-kata yang bombastic tetapi menggunakan bahasa yang tepat dan pcrkataan yang pengertiannya.

Bahasa

Tulisan ilmiah ditulis dengan Bahasa yang kemas, jelas dan teratur. Jauhkan bahasa yang berbunga-bunga atau Bahasa yang berbelit-belit. Ungkapan seperti  sudah tentu , sudah pasti dan seumpamanya hendaklah dielakkan penggunaannya jika tidak disertai dengan alasan yang kukuh .

Gantinama saya yang menujukkan nama penulis rencana atau kertas kerja hendaklah digantikan dengan penulis .

Teknik Menulis

Terdapat beberapa teknik tertentu di dalam penulisan ilmiah. Teknik ini secara umumnya hampir disepakati di semua Pusat Pengajian Tinggi di dalam mahupun luar negeri. Antara yang penting ialah teknik meletakkan nota kaki dan menulis bibliografi.

 

Nota Kaki (footnote )

Nota kaki ditulis berdasarkan keperluan berikut:

 

Hujjah pendapat pertama adalah ayat ai-Quran yang menunjukkan kelebihan dan kedudukan lelaki ke atas kedudukan wanita seperti ayat 288 al-Baqarah , an-Nisak ayat 32 dan 34 [7]

Mereka berhujjah keutamaan wanita adalah sebagai pendidik dan penjagaan hal-ehwal rumah tangga berdasarkan ayat 32,33,53,59 surah Al-Ahzab, al-Nur ayat 31. Adapun hadis yang masyhur pada pendapat pertama ini adalah hadis nabi saw yang bermaksud ” Tidak berjava sesuatu qaum itu apabila perlantikan kepimpinan mereka di kalangan wanita[8]

Hadis ini dinyatakan oleh Rasulullah semasa diberitahu tentang perlantikan Raja Parsi dikalangan anak perempuan Kisra selepas kematiannya. Hadis ini menjadi hujjah yang popular dikalangan mereka yang menolak penglibatan wanita di dalam politik kerana nas jelas menunjukkan kesan perlantikan wanita akan memberi kesan negatif kepada ummah.

Hujjah bagi pendapat yang kedua adalah berdasarkan nas al-quran yang menunjukkan keharusan syara’ pada hak wanita dalam menyuarakan pendapat mereka seperti ayat 12 Surah Al-Muntahanah . ayat 1 Surah Al-Mujadalah.  Ayat – ayat ini diistimbatkan oleh fuqaha` sebagai harus penglibatan wanita di dalam pengundian sebagai saluran dalam menyuarakan pandangan dan pendapat mereka. Adapun hujjah dari al-Sunnah dan amalan para sahabiah adalah seperti penglibatan wanita di dalam Penjanjian Aqabah yang pertama dan kedua.

Seterusnya istimbat daripada penglibatan Urnmu Salamah dalam memberikan pendapat semasa penjanjian Hudaibiah seterusnya pendapat Ummu Salamah dilaksanakan oleh Rasullah SAW. Ini termasuk hujjah mereka berkaitan dengan penglibatan Saidatina Aishah di dalam Perang Jamal semasa zaman pemerintah Saidina Ali r.a.

Penghujahan mereka kepada hadis yang dinyatakan oleh Nabi SAW yang bermaksud “ Tidak berjaya sesuatu qaum itu apabila perlantikan kepimpinan mereka di kalangan wanita ” dilihat sebagai perlantikan sebagai al-Imam al-Uzma atau khilafah dan tidak membabitkan perlantikan yang lain daripada jawatan tersebut . Ini adalah berdasarkan kepada sebab wurud hadis tersebut.[9]

Setelah melihat perbahasan ulama` yang panjang di dalam masalah ini serta pendetailan hujjah masing-masing pembaca boleh membuat penilaian masing-masing termasuk pendapat al-Qaradhawi [10]  bahawa wanita harus terlibat di dalam pilihanrava dan perlantikan sebagai calon tetapi perlulah mengikut akhlak dan batasan Islam bagi seorang wanita yang berada di luar rumah.

 

Contoh lain nota kaki adalah seperti berikut  [11] :

Rujukan surah dan ayat al-Ouran

  1. Fatir : 35
  2. Al-A’laq : 4

 

Contoh bagi petikan hadis

Al-Muwatta ‘, J. 1, Dar Ihya’ Al-Khutub al-A’rabiyyah . Cairo, t.t, Kitab Al-Thaharah, m.s 54.

 

Contoh Buku

a- Ibn Khaldun , Al-Muqaddimah , Dar Al-Fikr Al-A’rabi : Beirut ,1989,m.s 34.

b- S.F Mackey , Language Teaching Analysis, Logman . London , 1976, m.s 19.

 

Contoh Majallah / Journal

Umar al-Telemsani, al-Muslimum Hayatuhum Kulluha Hijrah , Kaherah: Liwa al-Islami. Bil (5). Ogos 1989 , m.s 6 .

 

Contoh – Contoh Lain

  1. Nama Pengarang tiga orang. Hendaklah dicatatkan semua penulis Contoh: Hamid Abdul Kadir , Muhammad Atiyah Al-Ibrasyi dan Muhammad Mazhar Said, Ilm al-Nafs, Dar al-Firk : Beirut, 1988 , m s 45.
  2. Pengarang lebih daripada tiga orang hendaklah diletakkan perkataan (et.al).

Contoh : Ahmad al-Iskandari, et.al,  al-Muntakhab Min Adab al-Arab. Dar al-Khutub al-Ilmiyyah : Beirut, 1960, m.s 94

  1. Nama pengarang sudah disebut di dalam teks , maka namanya tidak perlu diulang pada footnote. Contoh : Imam al-Ghazali ada menyebut: ……… [12]
  2. Nama pengarang dan tajuk buku sudah disebut di dalam teks maka hanya disebut muka surat sahaja di sebut pada footnote. Contoh : Imam al-Ghazali di dalam bukunya al-Munqiz Min al-Dalal menyatakan…..[13]
  3. Sesuatu petikan tidak diambil daripada sumber aslinya kerana sukar mendapatkannya atau kerana tidak memahaminya maka sebutkan tempat petikan itu diambil. Contoh : seperti kenyataan Darwin…….. [14]
  4. Nama pengarang yang telah terkenal dan kitab yang terkenal tidak perlu ditulis penuh. Contoh Al-Ghazali, al-Ihya’. Muassasah al-RisalahBeirut,1989, m s 45.

 

Maksud Singkatan Dalam Footnote

Inggeris

ibid – ibidem = pada tempat, kitab . fasal, atau halaman yang sama

op. cit – opere citato = in the work cited = dalam rujukan yang telah diterangkan

edit – edited, edition , editor (disunting, cetakan , penyunting) diterangkan

edit. – edited , edition , editor ( disunting , cetakan , penyunting )

p – page

p.p – pages

Melayu

bil. – Bilangan

cet – Cetakan

dll – Dan lain – lain

dlm – Dalam

tt – tanpa tahun

H – Hijrah

M – Masihi

m.s – Muka Surat

 

Catatan

Nama- nama ulama` , sarjana atau tokoh-tokoh yang telah meninggal yang dimasukkan dalam tulisan, sebaik – baiknya ditulis tahun kelahiran dan kematiannya jika boleh didapati seperti: Al-Imam Al-Ghazali ( 1058 – 1111M )

Nama-nama buku, majalah, akhbar, jurnal, perkataan dan istilah penting dan perkatan-perkataan asing yang dimasukkan dalam tulisan hendaklah digariskan di bawah atau diitalic .

Contoh;

Menurut Al-Ghazali di dalam kitab beliau al-Mustasfa ada menyebut…….

 

Bibliografi

Bibliografi merupakan senarai rujukan yang dirujuk oleh penyelidik sepanjang kajianya. Susunan nama rujukan itu berdasarkan kepada aturan abjad nama pengarang kitab tersebut.

Nama pengarang biasanya didahului dengan nama keluarga sebelum nama sebenamya atau gelaran masyhur seperti Al-Qaradhawi, Abu Zahrah dll

Buku yang tiada penulis hendaklah digariskan sahaja . Buku yang tiada disebut tahun di letakkan tanda t.t. ( tanpa tarikh)

Maklumat berikut dilengkapkan semasa menulis bibliografi bagi setiap kategori berikut :

Buku

Nama Keluarga ,Nama Penulis, Tajuk , Kota Penerbitan , Nama Penerbit, Tahun diterbit

Contoh:

Abu Zahrah, Muhammad , Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah , Kaherah : Dar Fikr al-A’rabi ,1997

 

Majalah – Jurnal

Nama Penulis , Judul, Nama Majalah , Bandar terbitan , Bilangan , Bilangan Jilid atau juzuk, tahun terbitan.

Contoh:

Muhammad I’marah ( Dr ), Pemikiran al-lslah Oleh Al-Afghani. Liwa al-Islami. Kaherah , Bil. 134, Tahun Ke 5.

 

Akhbar Harian

Nama Akhbar, Kota Penerbitan , Tarikh Keluaran. Jika terdapat makalah sebut nama pengarang dan tajuk artikel

Contoh :

Ahmad Umar Hashim ( Dr ), Imam Abu Daud, Shaot al-Azhar , Kaherah, 12 Oktober 1999.

Contoh Susunan Bibliografi :

Bibliografi :

Ahmad Muafi , Baina Al-Jaraim Wal Hudud Fi Al-Syariah AI-Islamiyyah Wal Qanun . Kaherah : Muassasah Dar al-Thahrir Li- Atthiba’ , 1977

Al-Qaradhawi, Yusuf, Dr, Fatawa H-Muasarah . Kaherah : Dar Wahbah’. Juz Ke-2,1994 .

Abd Qadir Audah . Al-Tasyri’e Al-Jinai’e Al-lslami . Kaherah : Dar Al-Turath : 1976

Ahmad Syarbashi, Al-Qisos Fi Al-lslam , Kaherah : Jamiah Al-Azhar Li al-Ta’lif  Wa Al-Nasr, t.t

Muhammad ibn Muhmmad Abu Syahbah , Al-Hudud Fit al-lslam Wa Muqaranatiha Bil Qawanin Al-Qad’iyyah , Kaherah : Al-Amiriyyah, 1974 .

______________,   Al-Feqhul Al-Jinai’e Al-Muqarin, Kaherah : Dar    Al-Mathabi’  Al-Sya’b, 1975

Transliterasi

Beberapa kaedah transliterasi telah di buat dalam usaha untuk mendekatkan bunyi sebutan bagi beberapa huruf arab apabila disalin ke huruf rumi. Kaedah ini khususnya digunakan dalam penulisan tesis atau penulisan buku untuk diedarkan di pasaran . Bagi penulisan artikel biasa perkataan arab hanya diitalic sahaja. Pembaca boleh merujuk transliterasi terkini yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka Penulis mengemukakan sebagai asas untuk makluman awal sahaja.

 

 

 

————————————————————————————————-

[1] Penulisan secara analisis bermaksud penulis mampu mengutaraan sesualu fakta secara pro dan kontra. Contoh : Penulis bersetuju dengan pandangan Al-Qaradhawi dalam mengharuskan pembabitan wanita sebagai menleri Pandangan ini juga di sokong oleb Abu Zahrah yang menyebut bahawa wanita harus menjadi menteri khususnya dalam kementerian yang berkaitan dengan wanita Pandangan ini dibantah oleh para fuqaha semasa antaranya Abd Karim Zaidan. Contoh ini menggambarkan kepada pembaca bahawa penyelidik ( penulis ) mengkaji daripada sumber yang pelbagai dan mengambarkan penerokaan penulis yang mendalam dalam kajian tersebul sebelum menulis..

 

[2] Contoh : Menurut Ibu Qudamah seperti berikut ……….., Al-Syafie sepati berikut dan yang rajihnya seperti berikut ….. Sepatutnya penyelidik menulis :  Penulis berseluju dengan pandangan al-Shafei dalam hal ini seperti yang dinyatakan oleh Al-Nawawi iaitu ……………. dan pandangan ini lebih kuat berbanding dengan pandangan al-Hanafi yang dinyatakan oleh al-Imam al-Kasani iaitu ……………….. dan juga pandangan al-Hambali yang dinyatakan oleh al-Ibn Qudamah di dalam al-Mugni seperti berikut …… Secara kesimpulan penulis melihat bahawa pandangan yang rajih adalah pandangan al-Shafei dan disokong oleh ulamak semasa seperti Dr. Mustafa al-Sibaie yang menyatakan bahawia……………….Penulis bersetuju dengan pendapat ini kerana……

 

[3] AI-Mar` ah al-Islam Wa al-Qanun , Al-Maktab al-lslami : Beirut , 1993 , m.s 46

[4] Lihat :  Mahmud Syahul, Al-Islam Aqidah Wa Syariah , Dar al-Syuruk : Kaherah . 1993 , ms 46

[5] Al-Jami’ Al-Ahmadi di Thanta merupakan Maahad Azhari kedua didirikan selepas Al-Jami’ Al-Azhar di Keherah. Maahad Al-Ahmadi dikenali sebagai Al-Azhar kedua yang berperanan seperti institusi pertama Al-Azhar di Kaherah di sudut persamaan pelajaran dan korikulum pembelajaran serta pegajaran bagi melahirkan ulamak. la ditubuhkan pada tahun 1911M.

[6] Lihat: Al-Qaradhawi, Fatawa Al-Mu`asarah , Dar Wahbah : Kaherah , Juz Ke-2,1994, ms 383-386

 

[7] Ibid, m.s 387

[8] Lihat : Al-Askolani , Sahih Bukhari Hamis Syarh Fath Al-Bari, Dar Kutub Ilmiah : Beirut, 1990 jil. 5 , ms 136.

[9] op. cit, Al-Qaradhawi, m.s 388

[10] Ibid, m s 389

[11] Pauzi Awang, Panduan Penulisan llmiah , Percetakan Unit Penerbitan PMRAM ; Kaherah , 1989, m.s 6

[12] at-Ihya ’, Dar al-Fikr: Beirut, 1978, m.s 34

[13] m.s 67

[14] Darwin , Hayatuhu wa Rasailuhu . J.HH. m.s 40 dipetik oleh Mahir Khalil dlm. Kitabnya Suqut Nazariyyah Darwin , Dar al-Fikr : Beirut , 1968, m.s 39.

 

Exit mobile version