Site icon Wacana Zeckry

Memahami Nasakh Dan Mansukh : Ulum Quran

Secara bahasa, makna Nasakh adalah menghilangkan dan memindahkan. Namun secara istilah, maknanya adalah mengangkat atau menghilangkan hukum syar’iy dengan dalil syar’iy yang datang belakangan. Dalil ini disebut Nasikh (yang menghapus), dan hukum yang pertama disebut dengan Mansukh (yang dihapus). Sedangkan pengangkatan atau penghapusan tersebut dinamakan dengan Nasakh.

Nasakh sendiri telah berlaku di dalam al-Quran. Di antaranya yang paling zahir dan tidak diperselisihkan lagi adalah peniadaan hukum menghadap ke Baitul Maqdis saat solat, dan menggantinya dengan hukum menghadap ke Masjidil Haram. Allah S.W.T. berfirman:

قَدۡ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجۡهِكَ فِي ٱلسَّمَآءِۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبۡلَةٗ تَرۡضَىٰهَاۚ فَوَلِّ وَجۡهَكَ شَطۡرَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِۚ وَحَيۡثُ مَا كُنتُمۡ فَوَلُّواْ وُجُوهَكُمۡ شَطۡرَهُۥۗ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ لَيَعۡلَمُونَ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّهِمۡۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا يَعۡمَلُونَ ١٤٤

 

Maksudnya: “Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan ditnana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya.” (Surah al-Baqarah:144)

Nasakh terkadang bersifat Kulliy, iaitu meniadakan atau menghapus hukum pertama secara keseluruhan. Contohnya seperti penghapusan hukum kiblat dari menghadap ke Baitul Maqdis menuju Masjidil Haram. Dan terkadang, sifatnya Juz-iy, iaitu meniadakan hukum yang pertama dari sebahagian bahagiannya yang mana hukum berlaku pada bahagian-bahagian tersebut. Contohnya firman Allah S.W.T.:

وَٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ ٱلۡمُحۡصَنَٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَأۡتُواْ بِأَرۡبَعَةِ شُهَدَآءَ فَٱجۡلِدُوهُمۡ ثَمَٰنِينَ جَلۡدَةٗ وَلَا تَقۡبَلُواْ لَهُمۡ شَهَٰدَةً أَبَدٗاۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ ٤

Maksudnya: “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralali mereka (yang menuduh itu) lapan pululi kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya.”(Surah an-Nur: 4)

Hukum ayat ini telah dihapus menurut ulama Hanafiyah, bagi para suami jika mereka melontarkan qadzf terhadap isteri-isteri mereka, dengan dalil berupa firman-Nya juga:

وَٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ أَزۡوَٰجَهُمۡ وَلَمۡ يَكُن لَّهُمۡ شُهَدَآءُ إِلَّآ أَنفُسُهُمۡ فَشَهَٰدَةُ أَحَدِهِمۡ أَرۡبَعُ شَهَٰدَٰتِۢ بِٱللَّهِ إِنَّهُۥ لَمِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ ٦

Maksudnya: “Dan orang-orang yang menuduh isterinya(berzina), padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar  (Surah an-Nur: 6)

Jadi hukum suami jika melontar qadzf (tuduhan) terhadap isterinya, sementara dia tidak memiliki bukti, adalah dijatuhkan li’an padanya. Ertinya, si suami diminta untuk bersumpah di hadapan hakim sebanyak empat kali sumpah demi Allah S.W.T. jika memang dia termasuk orang-orang yang jujur. Dan di sumpah kelima, si suami bersumpah di mana murka Allah S.W.T. akan menimpanya jika dirinya termasuk orang-orang yang berdusta.

Setelah itu, barulah si isteri bersumpah sebanyak empat kali demi Allah S.W.T., yang menyatakan bahawa suaminya termasuk pendusta. Dan di sumpah yang kelima, si isteri menyatakan bahawa murka Allah S.W.T. akan menimpanya jika suaminya termasuk orang-orang yang jujur. Jika li’an telah selesai di antara dua suami isteri, maka hakim memisahkan ikatan pernikahan di antara mereka.

SIFAT DAN KESAN NASAKH

Nasakh merupakan subjek yang luas dan sangat kompleks dalam teologi dan perundangan Islam. Sekurang-kurangnya dua jenis nasakh diterima oleh majoriti ulama Muslim, iaitu Naskh al-hukm wa al-tilawah (pemansuhan hukum dan bacaan) dan Naskh al-hukm duna al-tilawah (hanya pemansuhan hukum, bukannya bacaan.

Jenis Nasakh yang pertama berkaitan beberapa ayat yang pada suatu waktu disebut oleh Rasulullah sebagai sebahagian Quran tetapi kemudian baginda sendiri mengatakan ia bukan lagi sebahagian Quran.

Kita tidak akan membincangkan fenomena ini kerana ia bukan isu perundangan. Muslim menganggap ayat-ayat berkenaan sebagai tiada. Sehaliknya, kita akan berbincang tentang jenis Nasakh yang kedua di mana teksnya kekal di dalam Quran tetapi tidak mempunyai fungsi peaindangan.

Prinsip jenis Nasakh yang kedua ini telah diterima oleh majoriti ulama Muslim. Mereka berselisih pendapat tentang ayat mana yang dimansuhkan atau tidak dimansuhkan oleh ayat yang lain, atau sama ada Sunnah boleh memansuhkan hukum Quran, dan sebaliknya, tetapi mereka tidak pernah mempertikaikan prinsip nasakh itu sendiri.

Tanpa Nasakh sebagai satu alat untuk merungkai pertentangan antara satu ayat Quran dengan ayat yang lain, mustahil untuk membentuk Syariah sebagai sistem perundangan yang konsisten dan teratur,  sebagai contoh, banyak ayat Quran yang menekankan soal kebebasan memilih bertentangan dengan ayat-ayat Quran dan Sunnah yang lain yang membenarkan penggunaan kekerasan terhadap non-Muslim untuk menarik mereka ke dalam Islam.

Bagi para ulama terdahulu, satu-satunya cara untuk merungkai pertentangan ini ialah dengan mengira ayat-ayat yangi turun lebih awal sebagai telah termansuh, untuk tujuan perundangan dengan ayat-ayat dan Sunnah yang terkemudian.

Prinsip ini merupakan alat perundangan yang biasa digunakan oleh ahli-ahli banyak sistem perundangan sehingga hari ini. Niat perundangan yang sah dianggap tercermin di dalam sumbernya yang mutakhir, dan manifestasi dari sumber yang awal, yang tidak konsisten dengan sumber terkemudian biasanya dikira terganti oleh ekspresi niat perundangan yang terkemudian untuk menghilangkan percanggahan.

Bagaimanapun, perlu ditekankan bahawa walaupun prinsip nasakh, dalam pengertian yang relevan dengan perbincangan ini, telah muncul di akhir kurun pertama Islam status dan peranannya sewaktu zaman lebih awal tidak begitu jelas. Sebagai contoh, ia tampak mengandungi erti yang terbatas bagi sebahagian Sahabat Rasul, iaitu mereka yang memahami ayat-ayat Quran yang terkemudian sebagai pengecualian, atau pengkhususan makna, atau penjelasan untuk ayat-ayat yang terdahulu dan bukannya untuk memansuhkan ayat-ayat berkenaan secara mutlak.

Lebih penting di sini, jelas bahawa teori nasakh yang dibangunkan dan digunapakai oleh para ulama “tidak berasal dari Rasulullah kerana kita tidak menemui sebarang maklumat dari Rasul tentang kewujudan ayat-ayat yang dimansuhkan di dalam Quran dalam pengertian ini iaitu pemansuhan hukum ayat-ayat yang tetap kekal di dalam Quran.

Mungkin kerana inilah kita dapati banyak perselisihan pandangan di kalangan para Sahabat tentang ayat mana yang dimansuhkan dan yang mana pula terus kekal mengikat dan berfungsi.

Walaupun samar, prinsip nasakh diiktiraf oleh para ulama dan menjadi salah satu batu asas bagi konsepsi mereka terhadap Syariah. Soalan penting untuk tujuan perbincangan kita ialah sama ada pemansuhan ayat-ayat terawal dari Quran oleh ayat-ayat terkemudian itu mutlak dan pemutus atau masih terbuka untuk dipertimbangkan semula. Sekiranya perkara ini berkaitan undang-undang sekular, ia boleh diselesaikan dengan cara menyerahkannya ke tangan badan penggubal undang-undang untuk diperjelaskan maksudnya. Ini tidak mungkin dilakukan dalam konteks undang-undang Islam kerana penggubalnya ialah Tuhan yang telah pun, menurut kepercayaan Muslim, memutuskan hubungan-Nya secara langsung dengan manusia dengan mengutus nabi terakhir dan mengakhiri semua wahyu dengan Quran. Dengan itu, apa saja petunjuk yang hanya mampu dirumuskan dari Quran dan Sunnah Rasul.

Harus diingatkan bahawa reformasi dalaman dalam kerangka Syariah tidak mencukupi untuk menyelesaikan isu undang-undang awam.

Memandangkan ijtihad tidak boleh dilakukan ke atas perkara-perkara yang telah diputuskan menerusi teks-teks Quran dan Sunnah yang jelas dan pasti, tidak ada peraturan yang bermasalah berkaitan wanita dan non-Muslim boleh diubah menerusi ijtihad yang difahami dalam pengertiannya yang sejarahwi. Kecuali satu prinsip pentafsiran yang baru diperkenalkan untuk membenarkan Muslim moden mengubahsuai atau menukar aspek-aspek public law Syariah, hanya ada dua pilihan lain kekal: sama ada terns mengabaikan Syariah dalam ruang awam, seperti yang dilakukan di majoriti negara Muslim moden, atau terus menguatkuasakan prinsip Syariah tanpa mempedulikan pertentangannya dengan faham perlembagaan, undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

Saya dapati pilihan pertama boleh ditolak atas dasar prinsip dan kerana ia bukan pilihan yang realistik untuk jangka masa yang panjang. Ia boleh ditolak atas dasar prinsip kerana ia bertentangan dengan kewajipan keagamaan yang dikenakan ke atas Muslim untuk mengendalikan setiap aspek kehidupan mereka, tidak kira kehidupan awam atau peribadi, berdasarkan ajaran Islam. Apatah lagi melihat kepada kebangkitan Islam yang semakin merebak, pilihan ini tidak akan lama bertahan.

Saya dapati pilihan kedua tidak dapat diterima secara moral dan tidak dapat bertahan secara politik. Salah dari segi moral untuk meletakkan wanita dan non-Muslim pada kedudukan yang hina dan memalukan menerusi penerapan Syariah pada hari ini. Saya percaya bahawa undang-undang awam Syariah sepenuhnya sah dan konsisten dalam konteks sejarahnya yang tersendiri. Tetapi itu tak menjadikannya sah dan konsisten dalam konteks sekarang. Lebih dari itu, melihat kepada reality negara-negara moden dan tatanan antarabangsa hari ini, aspek-aspek undang-undang awam Syariah tidak lagi dapat bertahan secara politik.

Dalam dilema inilah soalan tadi dibangkitkan, apa yang menjadikan proses awal nasakh begitu mutlak dan pemutus?

Kenapa Muslim di zaman moden harus dinafikan peluang untuk memikirkan semula rasional dan penggunaan nasakh agar mereka dapat menerapkan ayat-ayat Quran yang sehingga kini dianggap telah termansuh. dengan itu dapat membuka kemungkinan baru untuk membangunkan prinsip alternatif bagi undang-undang awam Islam?

Sebilangan penulis Muslim moden telah cuba menjawab persoalan ini. Sebahagian mereka telah cuba untuk mengharmonikan dan menyelaraskan ayat-ayat yang tampak bertentangan; sebahagian yang lain pula menolak terus teori nasakh.

Persoalan penting yang merintangi kedua-dua pendekatan tersebut ialah apa yang harus diperbuat terhadap teks-teks lebih terkemudian yang jelas dan pasti sekiranya teks-teks terawal dianggap mengikat dan berfungsi?

Untuk pendekatan penyelarasan, selagi kedua-dua set ayat yang bertentangan itu masih berfungsi dan mengikat, penyelarasan adalah mustahil. Bagi mereka yang menolak nasakh, persoalannya adalah, set ayat yang mana mewakili undang-undang Islam dalam sesuatu subjek yang berkenaan ?

Ustaz Mahmoud Mohammed Taha (1909-1985)[1] berhujah bahawa  adalah mungkin, bahkan mesti difikirkan semula rasional dan perlaksanaan nasakh untuk mencapai darjah yang diperlukan dalam reformasi undang-undang Islam.

Menurutnya:

Evolusi Syariah, seperti telah disebutkan di atas, hanyalah evolusi yang berubah dari satu teks (dari Quran) ke teks yang lain, dari satu teks yang sesuai untuk digunapakai pada kurun ketujuh, dan telah diterapkan (pada waktu itu), ke satu teks yang, pada waktu itu, terlalu terkedepan dan dengan itu perlu dimansuhkan.

 

Firman Allah SWT:

۞مَا نَنسَخۡ مِنۡ ءَايَةٍ أَوۡ نُنسِهَا نَأۡتِ بِخَيۡرٖ مِّنۡهَآ أَوۡ مِثۡلِهَآۗ أَلَمۡ تَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ١٠٦

“Ayat mana saja yang Kami Nasakhkan, atau Kami tundakan (nunsiha), Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tidakah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Tuhan maha kuasa atas segala sesuatu?” [2:106]

مَا نَنسَخۡ مِنۡ ءَايَةٍ

“Ayat mana saja yang Kami Nasakhkan”  Bererti batalkan atau cabut,

dan Ayat

أَوۡ نُنسِهَا

“Atau tundakan” bererti ditunda kesan dan penerapannya.

 

Ayat…

نَأۡتِ بِخَيۡرٖ مِّنۡهَآ

 

“Kami datangkan yang lebih baik” bererti dibawakan ayat lain yang lebih dekat dengan pemahaman manusia berkenaan dan lebih relevan dengan zaman mereka berbanding ayat yang ditunda;

 

أَوۡ مِثۡلِهَآۗ

“atau yang sebanding” bererti menegaskan semula ayat yang sama apabila masa tiba untuk penerapannya.

 

Seolah-olah ayat-ayat yang dimansuhkan itu dimansuhkan menurut keperluan zaman, dan ditunda sehingga tiba masa yang sesuai. Apabila masa itu tiba. ayat-ayat itu menjadi sesuai dan berfungsi dan diterapkan, manakala ayat yang diterapkan pada kurun ketujuh itu pula termansuh…Inilah rasional pemansuhan. (Dalam etikata lain, ia tidak dimaksudkan untuk menjadi ) pemansuhan yang mutlak dan pemutus, tetapi sekadar satu penangguhan sehingga tiba masa yang sesuai.

Dalam evolusi ini kila mempertimbangkan rasional di sebalik teks. Sekiranya sebuah ayat ranting, yang digunakan untuk menggantikan ayat utama pada kurun ketujuh, telah mencapai tujuannya sepenuhnya dan menjadi tidak relevan lagi di era baru, maka tiba masa untuk ia dimansuhkan dan diganti dengan ayat utama.

 

Dengan cara ini, ayat utama mendapat gilirannya untuk menjadi teks yang berfungsi pada kurun kedua puluh dan menjadi asas bagi perundangan baru. Inilah maksudnya evolusi Syariah. Ia berpindah dari satu teks yang telah mencapai tujuannya dan telah terkuras kepada teks lain yang telah ditunda sehingga masanya tiba. Dengan itu evolusi bukanlah tidak realistik atau pra-matang, dan tidak pula merupakan pandangan yang naif atau mentah. la sekadar peralihan dari satu teks ke teks yang lain.”

Kenyataan panjang Ustaz Mahmod ini dipetik sepenuhnya kerana ia bukan saja menjelaskan tentang penerapan pendekatan evolusioner beliau sebagai satu prinsip pentafsiran yang tidak mencabul keaslian perundangan Islam, tetapi juga kerana ia menunjukkan ciri-ciri yang digunakannya untuk mengenalpasti ayat mana yang akan diterapkan hari ini dan kenapa ia harus diterapkan.

Saidina Umar, Khalifah kedua, telah menggunakan ijtihad untuk menolak penerapan teks-teks Quran dan Sunnah yang jelas dan pasti apabila beliau merasakan yang peraturan teks berkenaan telah melampaui tujuannya. Duluan yang kukuh dari Saidina Umar ini seharusnya menjadi penyokong sekurang-kurangnya bagi saranan awal bahawa adalah mungkin untuk menggantung pemakaian teks Quran yang jelas dan pasti dalam keadaan yang sesuai. Sumbangan Ustaz Mahmoud merupakan rangka kerja sepadu yang beliau sediakan untuk mengenalpasti ayat mana yang perlu diterapkan dan ayat mana yang perlu dicabut dalam konteks moden.

Rujukan :

al-Mustaqeem Mahmod Radhi, A. Z. (2006). Menuju Reformasi Perundangan Islam. Kuala Lumpur: Middle-Eastern Graduates Centre Sdn Bhad.

Mahmoud Mohammed Taha. (2016, Disember 10). Wikipedia. Didapatkan dari https://en.wikipedia.org/wiki/Mahmoud_Mohammed_Taha

Muhammad Amar . (2013). Kaedah Usul Fiqah. Selangor: Pustaka Al-Ehsan.

 

[1] Allahyarham Ustadh Mahmoud Mohammed Taha merupakan mufakkir dan penulis dari Sudan yang telah dihukum mati pada 18 Januari 1985 disebabkan penentangannya terhadap apa yang diyakininya sebagai penguatkuasaan Syariah secara palsu dan sembarangan di Sudan oleh bekas Presiden Ja’far Numeiri. Adalah amat penting bagi maksud penerbitan ini bahawa tuduhan utama Ustadz Mahmoud dihukum ialah riddah (murtad) kerana pihak berkuasa menyifatkan pendapat-pendapatnya sebagai menyimpang daripada Islam. Bagaimanapun, ada sebab-sebab politik yang merangsang Numeiri bagi (Mahmoud Mohammed Taha, 2016) memastikan hukuman mati dijatuhkan dalam kes ini. Untuk perbincangan terperinci dan kupasan kepada perbicaraan dan perlaksanaan hukuman mati terhadap Ustadz Mahmoud, lihat Abdullahi A. An-Na’im, “The Islamic Law of Apostasy and Its Modern Applicability: A Case from the Sudan,” Religion 16 (1986): 197.

Exit mobile version