Salah seorang forumer lain pula, selimut apa sampai ribu riban ni ? kain selimut aku kat umah harga RM100.00 pun paling mahal. Haram jadah aaah jual kain selimut yang kononnya adalah ajaib ?
Minda kita membayangkan ‘pembawa’ karekter itu melalui percakapan atau penulisan sebagai peletus provokasi dan kontroversi apabila sesuatu itu tidak logik atau akal tidak dapat menerima kehadiran ‘selimut ajaib’ yang dicipta hasil kajian 20 tahun sebelum diterjemahkan hasil kajian dan dijelmakan dalam bentuk kain fabrik yang berasaskan tekonologi Jerman dan Korea.
Oleh yang demikian, kita cuba membongkar pembohongan dan penipuan berkenaan keajaiban Selimut Dhuha adakah benar atau tipu ?
Sebenarnya, ketidaklogikan akal kita menerima dan menafikan tenaga yang bersumberkan cahaya waktu dhuha itu kita gagal memahami konsep tenaga hayat sebagaimana telah dikaji ribuan tahun oleh saintis barat dan Islam. Dalam Quran sendiri telah ada dinamakan surah An-Nur, melalui surah tersebut membicaran konsep cahaya (nur). Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah yang paling sempurna, mudah, ideal dan paling berkesan (amat saintifik dan direct)
Hal ini telah diterangkan oleh Al-Imam Ghazali berdasarkan tafsiran Surah An-Nur..Nurun ‘ala nur..[cahaya di atas cahaya]. Bermaksud cahaya itu berlapis-lapis dan cahaya mempunyai pelbagai warna dan lapisannya. Tafsiran dalam al-Quran memberi pelbagai makna yang penting dalam kehidupan manusia, spiritual, sains dan sebagainya.
Justeru, apabila kita cuba menggali konsep cahaya ini misalnya, kegelapan memerlukan cahaya untuk kita mengenal, mempelajari, mengkaji, mentafsir dan meneliti sesuatu. Allah SWT mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya agar manusia mengerti dan mengenal penciptaNya dipindahkan kepada para Nabi dan Rasul sebagai pembawa cahaya pengetahuanNya (ilmuNya) atau cahaya kebenaran ( al-Haq) melalui para Nabi dan Rasul-rasulNya menterjemahkan cahaya ilmuNya itu kepada cahaya petunjuk (Nur Hidayah) untuk membawa umat manusia dari kegelapan ( malam/ al-Lail) kepada cahaya kebenaran (siang/An-nahar) kesepaduan malam dan siang yang silih berganti itu membawa kesempurnaan kehidupan manusia sehingga siang bekerja menggunakan tenaga pada jasad dan merehatkan jasad di waktu malam untuk dipulihkan, dipasturkan dan distabilkan untuk kegunaan di siang hari pula, begitulah rutin seterusnya.
Jika kita melihat dari sudut asal kejadian manusia telah banyak diceritakan oleh ulama-ulama spiritual sendiri. Oleh kerana manusia adalah pilihan Allah SWT untuk menjadi khalifah di muka bumi, maka untuk ‘menyatakan’ atau ‘mentajallikan’ cahaya kebenaranNya maka, dinyatakan/diciptalah Saidina Adam AS yang dari tiada (gelap) kepada ada (nyata/terang).
Sesuatu itu akan nyata apabila ada cahaya yang terang benderang. Jelas menunjukan penciptaan Saidina Adam AS tadi kerana Allah SWT ingin memperkenalkan Dia adalah Tuhan dan Saidina Adam AS itu adalah Hamba.
Oleh yang demikian, atas dasar Allah SWT ingin untuk dikenali, diketahui, disebut-sebut namaNya dan disaksikan (menyaksikan keagungan dan kehebatan ciptaan-ciptaanNya) maka Dia menciptakan Insan sebagai untuk mengakui hamba dan adanya tuhan.
Seterusnya hamba-hambaNya yang dicipta dari Adam AS sampai ke Muhammad SAW ini yang membawa ‘cahaya kebenaran’ itu agar manusia dapat menjaga akhlak dan kerukunan hidup yang sejahtera dengan prinsip-prinsip hukum hakam yang dapat mengawal manusia daripada melakukan keburukan dan kerosakan (kegelapan), dinisbahkan kegelapan ( kejahilan) dan kecerahan cahaya (keilmuan). Kehebatan kebenaran ini sehingga Rasulullah SAW menolak pelbagai tawaran istimewa keduniaan untuk berdiri di atas tenaga (cahaya kebenaran).
Justeru, kita sekarang salah salah satu sebab kita dapat mengenal, mengetahui, mempelajari sesuatu kerana kewujudan cahaya. Nanum, ada cahaya tetapi tiada mata, tiada jarak ( tidak boleh terlalu dekat dan terlalu jauh) dan tiada warna (gambar negative), maka teramat sukar bagi kita mengetahui dan mengenali sesuatu.
Oleh itu, konsep cahaya ini teramat luas dan teramat sukar untuk difahami sekiranya kita mengambil pemahaman secara zahir tanpa kita menyedari ada lagi ilmu di sebaliknya. Mengikut kata guru saya dulu, penyingkapan kepada pembukaan pemahaman berkaitan cahaya ini amat luas tidak bertepi dan ada yang melalui jalan yang teramat sukar seperti mencari sebatang jarum di dalam timbunan habuk besi. Maka tidak hairanlah orang mengatakan, selimut ajaib BSVM pun termasuk dalam cerita dogeng, penipuan dan mitos kerana pemahaman kepada konsep cahaya itu sendiri yang disebut juga tenaga( energi) penciptaan.
Nabi Muhammad SAW teramat memahami konsep Nur `al Nur ini kerana beliau adalah insan yang istimewa (Al-Insannul Kamil) di sisi Allah SWT sebagai pembawa cahaya kebenaran yang ada cahaya itu adalah akhlak yang terpuji sehingga disebutkan dalam al-Quran sebagai Rahmat Sekalian Alam.
Oleh kerana itu, apabila tiba waktu dhuha baginda solat sunat dhuha untuk menyatakan kesyukuran dan menterjemahkan keindahan dan kebesaran Allah SWT yang memancarkan cahaya pada waktu itu dengan menzahirkan berdirinya seorang hamba kepadNya kerana diberikan tenaga (kekuatan/daya untuk berdiri).
Bagi umat Islam, pada waktu dhuha bersolat bagi memohon rezeki kesihatan, rezeki harta benda dan sebagainya. Tapi yang paling utama adalah rezeki kesihatan kerana tiada berguna kalau wang ringgit dan harta benda betimbun macam harta qarun tanpa kesihatan yang baik segala pergerakan adalah terhad.
Mengakhiri catatan ini, tanamkan keyakinan dalam hati sehingga tiada keraguan lagi dalam apa jua kelakuan, jangan cepat melatah dan putus asa untuk mendalami dan memahami segala ciptaan Allah SWT di bumi ini.
Kehadiran selimut dhuha juga memberikan kita pengetahuan ilmu baru dalam teknologi kini walaupun telah diceritakan dalam al-Quran dan ilmu perubatan Islam ribuan tahun dulu.
‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’ Surah Al Baqarah, ayat : 216.
Kembali kita kepada konsep ini misalnya, kita bermimpi..kita merasai ianya ‘nyata’ tetapi sebenarnya dalam otak kita perkara itu kerana aktiviti neuro elektrik sahaja. Kita sedar….kita makan..kita minum..kita melihat benda atau objek saja..bagaimana pula orang yang buta atau ‘stroke acute’ mereka tidak melihat dan tidak merasa..Jadi: pengesanan deria berpunca aktiviti Neuro Elektrik (Neuro Elektrik ialah Pergerakan elektron dalam saraf). .
Begitu juga kita mengenal kek dan kita makan kek, sedap itu ditafsir oleh otak (siapa yang memberitahu makanan itu sedap atau tidak, siapa yang arahkan otak tafsirkan perasaan atau naluri seperti sedih, suka, gembira) inilah yang menjadi misteri. Oleh itu apa-apa yang pancaindera kita kesan ditafsir oleh satu ‘kuasa’ yang diluar kuasa diri kita..Kalau benda ini pun kita gagal untuk mengkaji dan mengerti, apatalah pula dengan selimut ajaib ini terus menghukum sebagai pembohongan.
Begitulah sikap kita cepat menghukum sesuatu perkara, guru saya selalu berpesan “Pelajari sebelum menghukumi, kerana itu lebih selamat dan terpuji. Mungkin satu hal telah kamu ketahui, namun banyak hal lain belum kamu mengerti dan fahami”.
Demikian juga dalam satu research, misalnya 100 orang sukarela mengalami masalah botak, 60 orang kena bagi ubat yang sebenar, 40 orang pula kena bagi ubat placebo (ubat palsu) tapi mereka semua ini diberitahu bahawa ubat tersebut dapat menumbuhkan rambut. Manakala yang terakhir sekali 60 orang sukarela makan ubat yang benar tersebut tumbuh rambut dan 40 orang itu pun tumbuh rambut…maka 40 orang itu mengambil ubat palsu yang hanya diperbuat dari gula….apa yang penting just have to BELIEVE.
Sewajarnya kita mengakui Ilmu Allah itu luas (ada yang di luar pengetahuan kita ibarat air yang menitik di jari apabila kita mencelup lautan) tapi bila kita berjumpa dengan ilmu Allah yang di luar ilmu pengetahuan atau yang kita agak-agak tahu tapi tidak jelas, maka kita hina dan kutuk, kita benci Yahudi dan Nasrani tapi sifat-sifat hasad dengki mungkin sama atau lebih teruk dari mereka.
Berbeza processor celeron dengan Dual Core begitulah “Apakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu” Allah boleh ‘menjadikan’ dan boleh ‘tidak menjadikan’
Setiap yang rosak harus dibaiki, lagikan kereta yang rosak harus pergi ke bengkel untuk dibaiki…lagikan kita sakit zahir pergi ke hospital untuk mendapat rawatan. Tidak salah untuk kita mencuba selimut dhuha yang merupakan salah satu cabang-cabang perubatan yang tersedia ada.
Whatapps kami dan akan diberikan maklumbalas segera.Terima Kasih