Site icon Wacana Zeckry

Kajian : Hukum Mempelajari Tajwid

Al-Quran merupakan kalam Allah yang Qadim dan diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibrail a.s. sesuai dengan namanya Al-Quran, Rasulullah SAW mengambil Al-Quran daripada Jibrail AS secara Talaqqi dan Musyafahah. Iaitu Jibrail membacanya dahulu dan didengar oleh Nabi SAW, kemudian Nabi pula membacanya dengan didengari oleh Jibrail.

Ini jelas daripada peristiwa Nabi SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira, melalui peristiwa itu Jibrail menyuruh Nabi Muhammad s.a.w. membaca atau mengikut apa yang dibacanya kemudian membacanya pula kepada sahabat-sahabat, sahabat-sahabat pula membacanya kepada sesama mereka dan kemudiannya kepada pengikut atau generasi selepas mereka.

Demikianlah seterusnya, Al-Quran itu terus diajar dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi hinggalah sampai ke zaman kita ini. Al-Quran akan terus diperturunkan hingga ke akhir zaman. Oleh itu, Allah berpesan kepada Nabi SAW. dan juga kita kaum muslimin seluruhnya supaya membaca Al-Quran dengan Tartil sebagaimana firman-Nya bermaksud : Bacalah Al-Quran dengan tartil. Begitulah kesempurnaan Al-Quran yang wajib dipelihara melalui penguasaan bacaan dan hafazan Al-Quran dengan baik mengikut hukum tajwid yang telah ditetapkan.

Kali ini kita tumpukan kepada penjelasan tentang hukum-hukum mempelajari tajwid, kepentingan dan kelebihan mempelajarinya.

Di samping itu, program yang boleh meningkatkan pencapaian murid dalam pelajaran tajwid, juga masalah dan cara mengatasinya (program peningkatan pencapaian tajwid) serta biodata tokoh Ilmu Tajwid, kejayaan dan sumbangan kepada umat Islam.

Menurut Al-Juraisi dalam kitab Nihayatul Qaul Al-Muqayyat yang dinukilkan oleh (An-Nadawi, 2007) bahawa mempelajari ilmu Tajwid adalah fardu Kifayah. Mempraktikkannya dalam bacaan pula adalah fardu ‘Ain.
Mempelajari ilmu Tajwid adalah fardu Kifayah, bermaksud kata, mestilah ada dalam sesuatu tempat itu seorang atau beberapa orang yang mengetahui ilmu Tajwid dan boleh menjadi rujukan ilmu Tajwid bagi masyarakat setempat.

Jika tiada seorang pun dalam sesuatu bandar orang yang mahir dalam ilmu tajwid dan menjalankan kewajiban mengajarkannya kepada penduduk bandarnya, maka kesemua penduduk bandar tersebut adalah berdosa. Satu perkara yang telah disepakati oleh para ulama dari kalangan salaf (sebelum tahun 300 Hijrah) dan khalaf (selepas tahun 300 Hijrah) ialah, mengamal dan mempraktikkan ilmu Tajwid dalam pembacaan al-Quran adalah wajib, iaitu fardu ‘ain ke atas setiap muslim, sama ada lelaki atan perempuan.

Apabila seseorang itu mahu membaca Al-Quran, walaupun ianya sedikit, dia mestilah
membacanya dengan Tajwid yang betul tidak kira samada dia pernah mempelajarinya atau pun tidak. Ini bermakna, kewajipan didalah barsangkut paut dengan mempraktikkan hukum tajwid dalam bacaan, dan bukan berkenaan dengan kewajipan mengetahui teori atau istilah-istilah sesuatu hukum tersebut. Ini adalah kerana menguasai ilmu tajwid secara mendalami teorinya adalah suatu yang fardu kifayah sahaja.

Walaubagaimanapun tiada suatu ilmu pun yang mungkin dapat diperolehi dan diketahui kecuali dengan mempelajarinya. Begitu juga dengan pembacaan al-Quran yang betul, ia tidak mungkin dapat, diketahui kecuali dengan jalan mempelajarinya. Mana mungkin seseorang itu boleh mendakwa bahawa dia boleh membaca. al-Quran dengan tajwid yang betul walhal dia tidak pernah mempelajarinya secara formal daripada guru-gurunya al-Quran yang berkeahlian tentangnya.

Walaupun pada dasarnya hukum mempelajari ilmu tajwid itu fardu kifayah. tetapi tidak mungkin tercapai matlamat pembacaan al-Quran dengan tajwid yang betul (yang merupakan fardu ‘ain) kecuali dengan cara mempelajarinya sahaja. Ini kerana, tiada
seorang pun di dunia ini yang dilahirkan dengan kepandaian dalam sesuatu ilmu kecuali dia mempelajarinya terlebih dahulu. Begitulah juga dengan ilmu al-Quran, yang pembacaannya diajar oleh Rasulullah SAW kepada para sahabatnya secara musyafahah dari mulut ke mulut hingga sampai kepada kita pada hari ini, tidak mungkin dapat dikuasai kecuali dengan mempelajarinya.

Hal ini samalah seperti sembahyang lima waktu sehari semalam yang merupakan fardu ain ke atas setiap muslim. Sembahyang itu hanya diterima sebagai sah di sisi syara jika
seorang itu bersuci atau berwuduk. Walaupun pada dasarnya berwuduk itu adalah suatu yang sunat hukumnya, tetapi oleh sebab syarat sah solat itu mestilah bersuci, maka wuduk yang pada asalnya adalah sunat telah menjadi wajib kerana tuntutan kefarduan solat itu sendiri.

Begitulah dengan ilmu tajwid, walaupun pada dasari mempelajari ilmu tajwid itu hanyalah fardu kifayah hukumnya, tetapi kerana tuntutan membaca al-Quran dengan tajwid yang betul itu adalah fardu ain bagi setiap pembaca al-Quran, maka mempelajari ilmu tajwid pada asalnya adalah sunat telah menjadi wajib kerana tuntutan tersebut. Barangkali pengecualian untuk tidak mempelajari ilmu tajwid ini hanyalah bagi mereka yang tiak membaca al-Quran langsung atau tidak mahu membacanya sahaja. Berdasarkan kaedah fiqh : “ Jika kesempuraan sesuatu kewajipan itu bergantung pada pelaksanaan perkara lain, maka perkara itu juga turut menjadi wajib untuk menyempurnakan kewajipan tadi”

Menurut Invalid source specified. ilmu Tajwid telah bermula sejak al-Quran diturunkan dan dibacakan kepada Rasulullah SAW lagi kerana baginda sendiri diperintah untuk membaca al-Quran dengan Tajwid dan Tartil sebagaimana firman Allah SWT melalui surah al-Muzammil ayat 4. :

وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلًا Maksudnya : Dan bacalah al-Quran dengan tartil.

Kemudian baginda SAW mengajarkan kepada para sahabat seperti mana bacaan yang sama secara bertajwid juga. Saidina Ali KW apabila ditanya apakah maksud bacaan al-Quran secara tartil, maka beliau menjawab : Ianya adalah mengelokkan sebutan setiap huruf dan berhenti pada tempat yang betul.
Tajwid dari segi bahasa ialah mengelokkan dan membaikannya. Manakala pada sudut istilah bermaksud sesuatu ilmu untuk mengetahui cara melafazkan huruf-huruf al-Quran dengan betul.

Al-Jazari mentakrifkan Tajwid sebagai menunaikan hak huruf dan apa yang sepatutnya bagi sesuatu huruf al-Quran seperti menunaikan apa yang sepatutnya bagi Makhraj sesuatu huruf, sifat-sifatnya, degungnya, panjangnya, tebal atau tipisnya sebutan sesuatu huruf dan hal yang berkaitan dengan ilmu Tajwid.

Oleh itu, hukum mempelajari ilmu Tajwid adalah fardhu Kifayah dan mengamalnya dalam bacaan adalah fardhu Ain. (Al-Syaridah, 2004)

Mengikut sejarah, Ilmu tajwid dikatakan ilmu klasik yang lahir kira-kira abad ke 3 Hijrah ketika Abu `Ubaid Qasim bin Salam wafat pada tahun 224H menerbitkan bukunya, al-Qiraat dan disusuli oleh Musa bin Abdullah bin Yahya al-Haqqani yang menerbitkan qasidah ” Qashidah al-Haqqaniyyah.

Walau bagaimanapun, Ilmu Tajwid adalah lebih dekat kepada seni yang mengutamakan praktikal seperti ilmu-ilmu kemahiran memasak, menjahit dan sebagainya. Memandangkan sifatnya kepada kemahiran dan praktikal ia dinilai dengan teori-teori yang bersumber dari pengalaman seseorang guru.

 

 

Exit mobile version