Tulisan sebelum ini penulis telah mengupas sedikit kajian hukum mempelajari tajwid.
Kali ini bincang pula apa kepentingan dan kelebihan mempelajari ilmu tajwid.
Baiklah..Ilmu Tajwid adalah ilmu yang berhubung terus dengan seagung-agung kitab, iaitu al-Quran. Jesteru itu, tidak dapat dinafikan lagi tentang faedah mempelajarinya. Antaranya adalah seperti yang berikut:
Pertama : Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam membaca Al-Quran
Dengan mempelajari ilmu Tajwid, seseorang itu akan terpelihara daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang merosakkan bacaan atau mencacatkannya. Oleh kerana membaca al-Quran .Lngan tajwid yang betul itu ialah satu kewajiban bagi setiap muslim, maka melakukan kesalahan bacaan adalahhukumnya haram sementara mencacatkannya merupakan suatu dosa.
Kesalahan dalam bacaan itu dapat dibahagikan kepada dua:
i. Kesalahan Nyata
Kesalahan Nyata bermaksud kesalahan yang dilakukan pada struktur perkataan, sama ada kesalahan itu mencacatkan makna perkataan atau tidak. Perkataan Jali (nyata) di sini bermaksud sesuatu kesalahan yang dapat disedari dengan nyata. Kesalahan jenis ini dapat disedari oleh semua orang tidak kira orang awam atau orang yang mahir dalam tajwid. Contohnya mengubah huruf seperti Fa` dibaca dengan Lam dan seumpamannya.
Hukum melakukan kesalahan nyata seperti ini adalah haram secara Ijmak Ulama,tidak kira ia disengajakan atau tidak. Bagi yang tidak sengaja atau tidak tahu, maka tiada dosa ke atas mereka, kerana Allah Maha Pengampun akan kesalahan hambanya.
ii. Kesalahan Tersembunyi
Kesalahan tersembunyi bermaksud kesalahan atau kecacatan yang dilakukan pada sebutan, di mana kesalahan itu menyalahicara sebutan yang telah ditetapkan bagi sesuatu perkataan atau ayat al-Quran. Kesalahan tersembunyi (khofi) ini hanya dapat disedari oleh mereka yang mahir dalam tajwid atau para Qurra’ sahaja dan ia tidak disedari oleh orang awam.
Contoh kesalahan tersembunyi ialah seperti meninggalkan izhar, idgham, ikhfa’, dengung, kadar panjang yang sepatutnya, tafkhim, tarqiq atau dengan kata lain mengabaikan hukum tajwid dalam pembacaan.
Hukum melakukan kesalahan tersembunyi seperti ini dalam bacaan, adalah haram jika dilakukan dengan sengaja ataumempermudah-mudahkannya. Sebahagian Ulama menghukumkannya sebagai Makruh.
Kedua : Mencapai keyakinan dalam pembacaan al-Quran yang betul
Dengan mempelajari ilmu tajwid seseorang itu akan berasa yakin dengan ketepatan bacaannya. Dia tidak akan ragu-ragu tentang apa jua bentuk ayat atau hukum bacaan yang ia temui di mana-mana tempat dalam al-Quran yang sebanyak 30 juz itu.
Apakah program yang boleh meningkatkan pencapaian murid dalam mempelajari tajwid ?
Di antara program yang boleh diatur antaranya :
1-Program Visual dan Bentuk
Menurut (Nor Asikin Arbain, 2015) kaedah baru yang sering diperbaharui mengikut kreativiti guru dan kesesuaian teknologi sekarang, misalnya murid yang berada di tahun satu untuk memahami hukum tajwid memang agak sukar, guru perlu mencari kaedah atau strategi yang paling mudah atau teknik yang sesuai untuk murid mudah mengingati dan memahami tajwid ini.
Oleh itu, guru seharusnya berusaha mencari pendekatan atau teknik yang sesuai supaya pelajar berasa seronok mempelajari al-Quran terutama di dalam mengingati hukum tajwid. Pendekatan yang lebih berhemah akan menjadikan pelajar berasa seronok belajar dan berminat untuk mendalami al-Quran seperti menggunakan bentuk atau berasaskan visual yang hampir sama dengan huruf-huruf tertentu untuk cepat diingati. Program ini boleh dilakukan di dalam kelas dengan kreativiti guru agar murid dapat cepat ingat bentuk huruf dan bunyi berasaskan pada benda atau bentuk yang seakan-akan sama dan selalu dilihat.
2-Program Dekati al-Quran
Pihak sekolah atau masyarakat setempat boleh menganjur untuk menjemput ulama-ulama Qura` di Malaysia atau Syeikh Arab bagi yang berdekatan agar sentiasa mengadakan program di peringkat sekolah. Menurut (Wan Azlina Wan Semail, 2017) selain daripada itu, para guru perlu menguasai ilmu Tajwid supaya mereka dapat menyampaikan ilmu ini dengan betul dan berkesan.
Walau bagaimanapun, terdapat segelintir guru yang hanya menguasai kemahiran atau pengetahuan yang sederhana dalam membaca Al-Quran. Mereka didapati kurang menguasai kemahiran atau pengetahuan yang luas. Contohnya, ilmu tajwid dan tanda-tanda bacaan, menghafaz ayat-ayat Al-Quran dan membaca Al-Quran di khalayak ramai.
Permasalahan ini juga boleh dikaitkan dengan faktor-faktor seperti ketiadaan pembimbing, kurang penekanan terhadap ilmu Tajwid dan sikap ibu bapa terhadap penguasaan kemahiran membaca Al-Quran.
Sesetengah guru mendapati pendedahan awal pembelajaran membaca Al-Quran daripada pembimbing yang tidak bertauliah. Ramai dibimbing oleh para guru dan ibu bapa sendiri yang tidak dilatih khas untuk membimbing membaca Al-Quran. Ini bererti guru tersebut tidak dibimbing secara teratur ketika mula belajar membaca Al-Quran. Ini mengakibatkan tahap kebolehan membaca Al-Quran yang rendah di kalangan guru tersebut. Dengan demkian akan menyumbang kepada kelemahan murid itu sendiri.
Masalah dan cara mengatasinya (program peningkatan pencapaian tajwid)
i- Masalah untuk mendapat guru yang berkreativiti dalam seni visual ia boleh di atasi dengan guru itu sendiri mendapatkan bantuan atau idea daripada guru-guru seni di Malaysia agar dia dapat dibangunkan program samada secara digital atau manual.
ii- Masalah mendapatkan ulama Qurra` untuk program ia boleh di atasi dengan cara rundingan dengan baik antara pihak-pihak untuk mendapatkan khidmat Qurra atau mendapatkan penaja dari wakil rakyat sekiranya memerlukan kos bayaran.