Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the rank-math-pro domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/zeckynet/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the rocket domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/zeckynet/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
Kepentingan Institusi Kekeluargaan — Wacana Zeckry

Konsep sosial merupakan satu konsep yang luas yang terkandung di dalamnya elemen kemanusiaan dan kemasyarakatan. Manakala institusi sosial pula, merupakan norma yang berhubung kait dan dicipta untuk memenuhi keperluan dan atau fungsi sosial yang penting. Rol dan norma institusi tersebut menentukan tingkah laku sosial yang diperlukan untuk memenuhi beberapa keperluas asas dari segi sosial seperti ekonomi, pendidikan, sistem politik, agama dan kekeluargaan adalah institusi utama dalam masyarakat.

Menurut Marsitah Ibrahim (2017), kekeluargaan adalah kumpulan yang paling penting di mana di mana seseorang memperoleh perasaan keahlian dan identiti. Ia merupakan suasana pertama yang dilihat oleh seseorang setelah dilahirkan. Sebahagian besar masa kita juga banyak dihabiskan dalam kebersamaan dengan keluarga.

Walau bagaimanapun, institusi keluarga memainkan peranan utama dalam membentuk peribadi seseorang. Ada banyak juga faktor-faktor yang mempengaruhi sikap, tabiat dan cara pemikiran seseorang seperti kawan, persekitaran dan media. Dengan kata lain, keluarga merupakan inti masyarakat. Fungsinya tidak hanya terbatas untuk meneruskan keturunan sahaja, bahkan dalam bidang pendidikan, keluarga merupakan sumber pendidikan utama kerana segala pengetahuan dan kecerdasan intelektual manusia diperoleh oleh kanak-kanak daripada orang tuanya dan ahli keluarganya.

Dalam institusi keluarga, peranan ibu bapa dalam pembentukan peribadi sejak perkembangannya yang paling awal adalah sangat penting berpengaruh dalam menentukan pembentukan generasi sebagaiman yang ditegaskan dalam hadis: ”Setiap anak dilahirkan suci fitrahnya dan kedua ibu bapanyalah yang bertanggungjawab menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi”.

Oleh yang demikian, keluarga masa kini berbeza dengan keluarga zaman dahulu. Hari ini, keluarga mengalami pergolakan dan perubahan yang hebat, khususnya mereka yang hidup di kota berbanding keluarga-keluarga di daerah yang belum mengalami atau menikmati hasil kemajuan teknologi, industri dan sebagainya, kita akan dapati gambaran mengenai ikatan dan fungsi keluarga adalah jauh berbeza jika dibandingkan dengan yang berada di tengah-tengah kemewahan kebendaan.

Justeru, fenomena semasa dalam masyarakat telah mencabar keutuhan institusi kekeluargaan di serata dunia termasuklah Malaysia melalui perubahan budaya, ekonomi, pendidikan dan politik yang secara langsung atau tidak disedari sedikit sebanyak telah mempengaruhi kualiti perhubungan suami isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Perubahan konteks dan susunan masyarakat dunia telah mencetuskan kepelbagaian dalam hidup berkeluarga. Pola dan jangkaan perkahwinan telah berubah, fungsi dan bentuk keluarga semakin mengelirukan serta corak perhubungan intim menjadi semakin kompleks.

Kali ini penulis akan membincangkan kepentingan institusi kekeluargaan dalam masyarakat merupakan unit terkecil dalam masyarakat dan merupakan unsur penting dalam Islam. Kejayaan dan kegagalan sesuatu masyarakat bergantung kepada kejayaan dan kegagalan setiap institusi keluarga yang berada di dalamnya. Seterusnya penulis akan membincangkan faktor-faktor keruntuhan institusi kekeluargaan di Malaysia seperti kekurangan ilmu agama, faktor seksual, kewujudan pihak ketiga, pasangan tidak bertanggungjawab, masalah kesihatan, tidak berakhlak dan masalah ekonomi.

Kepentingan Institusi Kekeluargaan Dalam Masyarakat

Dalam Islam, Perkahwinan merupakan satu tuntutan yang lumrah dalam kehidupan dan kejadian manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan telah menjadikan fitrah manusia memerlukan ketenteraman jiwa dan menginginkan teman hidup serta zuriat keturunan. Ketenteraman jiwa lahir daripada perkahwinan yang bahagia.

Justeru, perkahwinan mendapat perhatian yang besar dalam Islam. Perkahwinan merupakan satu-satunya saluran yang mutlak bagi membiakkan keturunan dan mengekalkan kelangsungan generasi manusia. Dengan perkahwinan jugalah manusia dapat mengatur kehidupan dan menjalin tali persaudaraan yang berdasarkan cinta, kasih sayang dan saling memahami antara satu sama lain.

Oleh yang demikian, memang wajar perkahwinan menjadi salah satu daripada perkara yang disyariatkan dalam Islam. Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW dan menurut pandangan Islam perkahwinan adalah ibadat. Pandangan ini amat berbeza sekali dengan fahaman dan pegangan agama-agama lain seperti Kristian, Buddha dan lain-lain yang melarang ketua-ketua agamanya berkahwin kerana mereka percaya perkahwinan bukan ibadat.

Manusia dicipta oleh Allah SWT terdiri daripada roh dan jasad. Oleh itu, manusia memerlukan kepuasan rohani dan jasmani. Maka perkahwinan jualah yangdapat memberi kepuasan rohani. Lelaki dan perempuan dicipta saling memerlukan antara satu sama lain. Melalui ikatan perkahwinan, suami isteri akan saling memerlukan, saying-menyayangi dan bekeijasama dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Mereka sanggup memikul tanggungjawab bersama dan berjuang untuk kepentingan keluarga dan masyarakat.

Pada pandangan Islam, keluarga adalah sumber kekuatan masyarakat, kerana masyarakat itu terdiri dari unit-unit keluarga. Jika keluarga baik, nescaya masyarakat pun akan menjadi baik, dan sebaliknya jika keluarga itu rosak maka masyarakat seluruhnya akan menjadi rosak.

Sesebuah masyarakat itu akan menjadi baik dan dipandang mulia apabila ia berlandaskan kepada sistem hidup Islam. Sesungguhnya setiap manusia amat perlu kepada kehidupan berkeluarga, Justeru itu Allah telah mensyariatkan perkahwinan yang dengannya manusia akan beroleh nikmat dan berkasih sayang antara satu sama lain sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan di antara tanda-tanda-Nya (kekuasaan-Nya) ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari kenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berflkir ( Ar-Rum: 21)

Sekiranya keadaan tidak sihat seperti adanya perasaan dengki dan dendam, tidak puas hati, merasa tertindas atau mementingkan diri sendiri, tidak mendapat tempat di dalam keluarga Islam. Kerana asas utama dalam perkahwinan adalah perasaan kasih sayang, kerjasama dan perpaduan antara ahli-ahli keluarga. Tanggungjawab kekeluargaan ini amat penting difahami oleh setiap orang Islam khususnya pasangan suami isteri Islam yang baru melangsungkan perkahwinan. Kehidupan berkeluarga bukan sekadar ingin memenuhi runtunan nafsu jantina semata-mata malah ia adalah suatu amanah Allah SWT dan ia juga merupakan unsur yang utama dalam usaha ke arah pembentukan generasi Islam, masyarakat Islam dan seterusnya Negara Islam yang baik, aman makmur dan diredai oleh Allah SWT.

Kepentingan Institusi Kekeluargaan

i-Inginkan Zuriat

Perasaan inginkan zuriat adalah perasaan semulajadi bagi manusia, kerana melalui isteri dan anak pinak yang baik menjadi perhiasan hidup di dunia ini, dan melalui perkahwinan sahaja pengembangan zuriat ini dapat dipenuhi sebagaimana firman Allah bermaksud: “Wahai sekalian manusia bertakwalah kepada Tuhan mu yang telah mencipta kamu dari seorang diri dan daripadanya Allah memperkembang-biakan lelaki dan perempuan yang banyak.”

ii-Menjaga Akhlak dan Kemurnian Peribadi
Perkahwinan akan terjamin kemuliaan akhlak seseorang manusia seterusnya akan menjadi mumi dan bersih keturunan mereka dari noda dan kekotoran zina. Institusi keluarga merupakan suatu jalan terbaik dalam memelihara kemuliaan peribadi manusia umumnya dan peribadi anggota keluarga itu khususnya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya : ” Wahai Pemuda ! Sesiapa di antara kamu yang sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab ia dapat menundukkan pandanggan dan memelihara kemahuan, tetapi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung.

iii-Menguatkan Hubungan Kasih Sayang
Dengan ikatan perkahwinan ini kasih sayang akan dapat dijalin dengan lebih erat, suci, teratur dan penuh rasa tanggungjawab di kalangan ahli keluarga. Dengan perkahwinan juga akan dapat mewujudkan satu suasana yang seimbang, pergaulan yang murni, teratur dan kebahagiaan yang sejati dan berkekalan dapat diwujudkan. Allah SWT berfirman bermaksud : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”.

iv-Keselamatan Sosial

Dengan perkahwinan seseorang itu akan terasa sifat tanggungjawabnya terhadap keluarganya. Hal ini membawa kepada kesedaran untuk bekeija sebagai jaminan nafkah anak isterinya. Dengan adanya sifat tanggungjawab tersebut keselamatan dari sudut sosial akan terjamin.

Pembentukan dan Pembinaan Nilai

Institusi keluarga merupakan suatu tapak dan asas dalam membina dan membentuk watak serta keperibadian anak-anak yang akan mewarisi bentuk masyarakat generasi yang akan datang. Jika pembentukan di waktu ini beijalan dengan sempurna dan baik maka rupa bentuk masyarakat akan datang akan menjadi baik dan sempurna. Oleh itu ketua keluarga merupakan aset yang besar

dalam membina keperibadian anak-anak mereka untuk melahirkan suatu generasi yang boleh diharapkan dalam menyambung risalah Islam yang besar ini.

Memperbesarkan saiz keluarga dan persaudaraan
Perkahwinan satu-satunya cara untuk memperluas lingkungan kekeluargaan, kerana dengan perkahwinanlah satu keluarga akan menjadi saudara kepada keluarga yang satu lagi dan seterusnya hasil perkahwinanlah lahirnya anak cucu dan lain-lainnya.

Di samping itu, perpaduan yang di jalin melalui hubungan perkahwinan juga merupakan suatu ikatan kekeluargaan sesama muslim yang lebih tabiee dan lebih bermakna bagi menwujudkan suatu perpaduan Islam yang lebih besar sebagai keluarga Islam seluruh dunia.

Memperkuatkan Usaha

Institusi kekeluargaan Islam akan dapat mendorong setiap anggota keluarga yang di ketuai oleh ketua keluarga iaitu ibu dan bapa bagi memperteguh dan memperluaskan lagi kegiatan ekonomi bagi kepentingan keluarganya di samping akan membantu negara dalam mengembangkan dan memperluaskan aktiviti ekonomi.

Dengan yang demikian dorongan mencari rezeki disebabkan rasa tanggungjawab ini adalah lahir dari kesedaran bahawa setiap ketua keluarga wajib memberi nafkah dan memberi segala keperluan keluarganya seperti pendidikan dan kasih sayang sehingga mereka mencapai hidup yang lebih bahagia, sempuma dan lebih bermakna. Islam adalah sangat menggalakkan supaya setiap anak gadis yang sudah remaja dan bersedia untuk berumah tangga supaya tidak menangguh-nangguhkan lagi kerana sekiranya bakal suaminya kurang berkemampuan Allah akan memberi limpahan rezeki-Nya kepada keluarga yang bertakwa.

Analisis Faktor-faktor Keruntuhan Institusi Kekeluargaan di Malaysia.

Berdasarkan statistik daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), jumlah kes perceraian pasangan Islam didaftar di Mahkamah Syariah seluruh negara dari tahun 2003 hingga 31 Disember 2013 adalah sebanyak 581,505 kes. Kes penceraian pada tahun 2012 adalah sebanyak 47,779 kes manakala pada tahun 2011 pula sebanyak 43,137 kes. Jenis perceraian tersebut meliputi tuntutan fasakh (pembubaran perkahwinan), pengesahan lafaz cerai, cerai taklik (perceraian kerana melanggar perjanjian), cerai khulu’ (tebus talak) dan pengesahan cerai di luar mahkamah.

Menurut Dr Asyraf Wajdi Dasuki, menyatakan secara purata perceraian adalah antara 2,000 hingga 2,500 kes setiap bulan. Tambahan lagi, menurut Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syarie, Tan Sri Dr Ibrahim Lembut bahawa kebanyakan kes perceraian berlaku kepada pasangan muda yang berusia 35 tahun dan ke bawah. Selain itu, negeri yang mencatat permohonan pendaftaran perceraian tertinggi adalah Selangor, Johor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan. Negeri yang mencatatkan kes perceraian paling rendah pula adalah Perlis, Melaka dan Sarawak.

Menurut Tan Sri Dr Ibrahim Lembut, terdapat tujuh perkara yang menjadi punca utama berlakunya perceraian dalam kalangan pasangan beragama Islam. Antaranya ialah kekurangan ilmu agama, faktor seksual, kewujudan pihak ketiga, pasangan tidak bertanggungjawab, masalah kesihatan, tidak berakhlak dan masalah ekonomi.

Kekurangan ilmu agama

Pasangan yang kurang ilmu agama menunjukkan bahawa pasangan tersebut kekurangan pengetahuan mengenai perkahwinan termasuk tanggungjawab dan peranan suami isteri yang dituntut syarak. Agama merupakan tunggak dalam sesebuah institusi. Tanpa pegangan agama, sebuah istitusi itu akan lemah dan goyah terutamanya apabila menghadapi cabaran dan dugaan dalam perkahwinan. Akibatnya, pasangan yang kurang ilmu agama akan mudah berputus asa dalam menghadapi dugaan. Seterusnya, bertindak dengan mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah melalui perceraian.

Faktor seksual.

Antara contoh faktor seksual ini seperti pasangan bersikap dingin, tiada kepelbagaian dalam seks dan tiada kepuasan seks. Faktor keperluan seks tidak dapat dipenuhi ini menyebabkan salah seorang daripada pasangan merasakan bahawa kebahagiaan tidak lagi dikecapi. Hal ini juga menjadi alasan untuk pasangan tersebut mencari kekasih lain yang dapat memenuhi keinginannya. Seterusnya, hal ini menimbulkan perbalahan dan akhirnya menyebabkan perceraian.

Kewujudan pihak ketiga.

Setiap perkahwinan pasti akan melalui pelbagai dugaan dan mungkin menyebabkan pertengkaran sesama pasangan. Lazimnya pasangan suami isteri akan menghadapi beberapa konflik seperti percanggahan pendapat, cemburu buta atau perbalahan yang disebabkan hal yang remeh. Walaupun begitu, perbalahan ini menjadi serius apabila melibatkan kewujudan pihak ketiga.

Menurut Tan Sri Ibrahim Lembut (2014), pihak ketiga bukan hanya merujuk kepada orang luar atau kekasih, tetapi juga ahli keluarga, saudara mara dan sahabat. Tambahan lagi, kajian daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mendapati bahawa peratusan tertinggi perceraian kerana wujudnya pihak ketiga adalah disebabkan campur tangan keluarga, diikuti pasangan yang bermain “kayu tiga” dan campur tangan saudara mara. Kebiasaannya, apabila perbalahan melibatkan ahli keluarga pasangan akan lebih cenderung mempertahankan ahli keluarganya. Seterusnya, mengakibatkan perbalahan berpanjangan dalam tempoh yang sehingga menjadi punca berlakunya perceraian. Walau bagaimanapun, kewujudan orang ketiga perlu dihadapi dengan berhikmah untuk mengelakkan berlakunya perceraian.

Pasangan yang tidak bertanggungjawab.

Peranan suami dan isteri adalah penting dalam kehidupan berumahtangga. Sememangnya, setiap pasangan mempunyai kelemahan masing-masing, namun begitu kelemahan tersebut boleh dihadapi dengan adanya tolak ansur dan saling memahami. Setiap pasangan berperanan menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya supaya perkahwinan sentiasa harmoni dan bahagia. Walaupun begitu, terdapat juga sesetengah pasangan yang tidak bertanggungjawab seperti tidak bekerja, tidak prihatin dalam menguruskan anak-anak atau tiada tolak ansur dalam urusan kerja rumah.

Lazimnya perkara tersebut merujuk kepada sikap pihak suami sebagai ketua keluarga. Tidak dinafikan bahawa urusan memberi nafkah keluarga adalah tanggungjawab suami, manakala urusan kerja rumah dan anak-anak adalah tanggungjawab isteri. Namun begitu, setiap pasangan perlu bertolak ansur dan saling membantu dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing demi kebaikan perkahwinan dan keluarganya. Oleh yang demikian, pengabaian tanggungjawab ini menjadi punca perceraian berlaku.

Masalah kesihatan.

Masalah kesihatan yang membawa kepada perceraian adalah penyakit yang menghalang daripada berlakunya hubungan intim dengan pasangan. Sebagai contoh, lumpuh, sakit tua, ketahanan badan yang lemah menyebabkan sering mendapat sakit, menghidap penyakit AIDS atau HIV. Sekiranya salah seorang daripada pasangan suami isteri menghadapi masalah kesihatan tersebut, maka hubungan intim suami isteri tidak dapat dilakukan. Kemungkinan juga pasangan ini sukar untuk memperolehi zuriat. Hal ini boleh membawa kepada perceraian kerana ia merupakan penyakit yang sukar diubati.

Tidak berakhlak.

Berakhlak merupakan salah satu elemen penting dalam perhubungan. Selain itu, berakhlak juga dituntut dalam Islam sebagaimana akhlak Rasulullah SAW. Pasangan yang sentiasa menjaga akhlak dan perlakuannya dapat menjamin keharmonian keluarganya. Sebagai contoh, saling bertolak-ansur, memahami, menjaga perasaan dan sentiasa mengelakkan pergaduhan. Hal ini berbeza dengan pasangan yang tidak berakhlak dan terlalu bersosial. Kebanyakan pasangan tersebut akan saling menyakiti hati pasangannya sehingga menyebabkan perbalahan dan bermasam-muka. Jika keadaan tersebut berlarutan, maka perbalahan yang lebih serius akan berlaku. Maka, keadaan tersebut boleh menyebabkan perceraian.

Masalah ekonomi.

Masalah ini merujuk kepada status kewangan pasangan suami isteri. Kewangan merupakan salah satu perkara yang penting untuk memenuhi keperluan hidup. Tanpa kewangan yang cukup dan stabil, maka keperluan seseorang juga tidak dapat dipenuhi dengan sempurna.

Oleh itu, faktor ekonomi dan kewangan adalah penting dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Perceraian yang berlaku disebabkan oleh masalah ekonomi lazimnya cenderung kepada status ekonomi suami atau bapa. Hal ini kerana suami merupakan ketua keluarga dan perlu menyara keluarga. Jika status ekonomi tidak stabil atau bermasalah, maka kehidupan keluarganya juga akan menghadapi masalah. Sekiranya masalah ekonomi ini berpanjangan dan semakin serius, kehidupan rumahtangga menjadi tidak terurus. Masalah ini memberi tekanan kepada pihak isteri dan keluarga yang lain sehingga mengambil keputusan untuk bercerai.

Walau bagaimanapun, perceraian tidak hanya disebabkan perkara negatif. Perceraian juga merupakan salah satu penyelesaian masalah bagi sesebuah institusi keluarga. Terdapat sesetengah pasangan yang tidak mengecapi kebahagian semasa tempoh perkahwinannya walaupun setelah berbagai usaha dilakukan, maka perceraian merupakan langkah terbaik untuk perbetulkan keadaan.

Namun begitu, perceraian perlu dilakukan secara baik. Berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud, “Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka mendekati edahnya, maka rujukilah mereka dengan cara yang makruf, atau ceraikanlah mereka dengan cara yang makruf (pula)” (al-Baqarah, 2:321).

Tambahan lagi, perceraian juga bertujuan untuk mengurangkan penderitaan akibat perbalahan berterusan antara pasangan (Moklis, 2017)

Kesimpulan

Tuntasnya, perubahan trend semasa mempengaruhi kehidupan dalam struktur sosial, kepelbagaian masalah dan punca telah dibincangkan yang meliputi tabiat individu, media dan ekonomi. Maka, sistem kekeluargaan Islam merupakan suatu institusi kekeluargaan yang jelas mempunyai matlamat dan tujuan yang begitu murni bagi membina suatu kehidupan manusia yang sejahtera, bahagia dan harmoni.

Perceraian juga memberi kesan sama ada positif atau negatif kepada sesebuah institusi keluarga. perceraian antara pasangan akan menyebabkan kesan besar kepada pasangan tersebut dan seterusnya mempengaruhi anak-anak. Lazimnya, kesan tersebut cederung kepada kesan negatif iaitu kesan psikologikal terhadap corak dan gaya keibubapaan keluarga.

Rentetan itu, kesan psikologikal yang buruk terhadap anak-anak akibat perceraian ibubapa akan membentuk pembangunan insaniahnya. Anak-anak yang menjadi mangsa perceraian ibubapa akan kehilangan kasih sayang daripada kedua ibu bapa atau salah seorang daripadanya.

Sesetengah keluarga, anak-anak terpaksa berpisah dengan adik-beradik yang lain kerana mengikut ibu atau bapanya. Hal ini akan menyebabkan anak-anak menjadi lebih kesunyian dan murung. Hukuman melampau yang diterima daripada ibu atau bapa apabila anak-anak melakukan kesalahan menyebabkan anak-anak berasa tidak selamat dan rasa tidak disayangi. Hal ini menyebabkan tekanan emosi yang buruk dan seterusnya membentuk pembangunan insaniah yang negatif sama ada terhadap peribadi dan sikap anak-anak tersebut. Maka, akan menimbulkan gejala sosial yang mana kanak-kanak itu membesar sehingga memerlukan kasih sayang dan perhatian melalui hubungan intim.

Justeru, semua pihak harus berperanan dalam memacu keharmonian dalam masyarakat agar institusi kekeluargaan yang menjadi teras masyarakat itu tidak mudah goyah dengan mempertingkatkan aktiviti kemasyarakatan, kempen dan pemfileman di peringkat kanak-kanak dengan nilai-nilai kasih sayang. Baca catatan lagi catatan kami cara kita berfikir

di SINI.

Rujukan

Hamzah, A. S. (2002). Pendidikan Islam. Kota Baharu: Arabic Laboratory & Construction.

Husain, S. S. (2014). Masyarakat Majmuk Di Malaysia. Pokok Sena Kedah: Al-Khazanah Al-Banjariah.

Marsitah Ibrahim . (2017, Jun 30). Institusi keluarga membentuk peribadi. Didapatkan dari Utusan Malaysia: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1015&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=ot_02.htm

Mohd Radzi Othman, e. (2003). Warisan al-Quran : Peradaban Manusia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Mohd Syariefudin . (2014). Hubungan Etnik. Selangor: Universiti Terbuka Malaysia.

Moklis, N. ‘. (2017, Jun 18 ). Isu Perceraian: Punca dan Kesan Negatif Terhadap Pembentukan Insaniah Anak-Anak. Didapatkan dari http://www.waktusolat.net/naqidahmoklis.blogspot.com/2014/11/isu-perceraian-punca-dan-kesan-negatif.html

Zahid Emby, S. S. (2009). ABXS1103 : Pengantar Sains Sosial. Selangor: Open University Malaysia.

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

4 thoughts on “Kepentingan Institusi Kekeluargaan”
  1. […] Justeru, masa untuk menimba ilmu sentiasa ada terutama mendalami al-Quran bagi mendapat tadabburnya yang dapat diaplikasikan dalam semua aspek seperti kekeluargaan, masyarakat dan negara sebelum ini saya telah menulis tentang kepentingan institusi kekeluargaan. […]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.