Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya Engkaulah yang tahu tentang hajat-hajat kami ini semua…………(mintalah apa-apa hajat pada diri masing)…walaupun ia sukar atau besar tapi atas kekuasaan engkau dapat membuka segala jalan yang sempit kepada yang luas dan lapang dengan berkat zikir saidina Sulaiman AS Bismillahirahmani Rahim..

Ya Allah ampunilah atas kekurangan dan kesilapan kami sama ada zahir atau batin..dan ampunilah atas kesalahan muslimin dan muslimat yang masih ada sekarang dan yang telah meninggalkan kami..

Ya Syafi..Ya Rahman, sihatkanlah tubuh badan kami semua, anugerahilah kesihatan dan kekuataan yang luar biasa…yang tidak terdaya oleh kami jika atas usaha kami sendiri melainkan atas kekuasaan engkau jua lah yang menjadi milik atas tubuh kami..

Ya Allah lindungilah kami dari segala musuh yang terang dan tersembunyi..jikalau ada di dalam kalangan kami…..musnahkanlah dengan kebenaran Engkau Ya Allah..jikalau ia tersembunyi dari mata kepala…zahirkanlah dengan cahaya yang al-Haq.

Ya Allah limpahilah kepada kami rezeki yang tidak putus-putus…rezeki yang kami tidak terjangkau oleh akal kami untuk fikirkan dan usahakan…atau kebesaran dan keangungkan engkau zahirkan dan terbitkan untuk kami semua agar kami menjadi hamba yang bersyukur.

Ya Allah tetapkanlah hati kami  di atas jalan yang lurus dan jalan mereka yang mengikuti kekasih Engkau yang paling dicintai,paling kasihi dan paling dikenali Saidina Muhammad SAW..

Ya Allah… Ya Razzaq..Murahkan rezeki kami dengan didatang dari arah yang tidak disangka-sangka dan datang dipelbagai sudut yang sukar untuk kami ketahui dan segala kebaikan yang sentiasa mengelilingi kami..walaupun kadang-kadang Engkau hadirkan insan-insan yang baik disekeliling kami, dengan sebab mereka, wasilah buat diri kami agar terus istiqamah dalam kebaikan…sebagaimana Engkau hadirkan dengan Hajar Aswad yang mengelilingnya dari pelbagai warna kulit dan bangsa untuk memperolehi barakah.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.