Site icon Wacana Zeckry

Cara Jana Idea

Macamana nak jana idea ? Dulu saya pun mencari rahsianya kerana setiap individu mempunyai kelainan cara pemikirannya. Salah satu teknik yang digunakan untuk menjana idea kreatif dengan menggunakan peta minda.

Teknik ini membolehkan seseorang itu menggunakan gambar, frasa atau perkataan untuk menyusun dan mengembangkan fikiran dalam bentuk bukan linear. Ini membolehkan seseorang itu ‘melihat’ masalah serta penyelesaiannya.

Ramai orang menggunakan peta minda semasa :

-Pencambahan/Kembangkan atau jana idea

-Mengambil nota

-Mengingat kembali sesuatu

Menurut, (Hashim et al., 2012) peta minda boleh digunakan untuk menwujudkan produk baru, menyelesaikan masalah, merancang strategi atau membina suatu proses.

Kunci keberkesanan peta minda dalam menjana idea dan menyelesaikan masalah adalah untuk tikda semestinya berfikir secara logik.

Jika suatu idea membawa kepada idea yang lain, jangan menganalisannya. Sebaliknya letakkan sahaja idea tersebut dalam peta minda. Seperti percambahan idea, lagi tidak masuk akal sesuatu hubungan itu, lagi bagus. Inilah cara mendapatkan penyelesaian yang inovatif.

 

Rujukan:

Hashim, N., Yusof, A. A., Keat, O. Y., Mohamad, A., Amir, A. R., Hai, O. T., . . . Wei, L. S. (2012). Keusahawanan. Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia.

Exit mobile version