objektif kajian

Apabila kita belajar Metodologi Penyelidikan kita akan keliru dengan Matlamat Kajian dan Objektif Kajian. Ini kebiasaan berlaku diantara pelajar kita yang ingin memulakan sesuatu kajian penyelidikan kerana kita tidak dapat membezakan antara Matlamat dengan Objektif. Baiklah sy cuba jelaskan dibawah :

Matlamat Kajian

Matlamat kajian adalah matlamat umum sesebuah kajian yang hendak dijalankan. Ia merujuk kepada tajuk kajian yang dicadangkan. Matlamat kajian biasanya dalam bentuk satu ayat sahaja. Cth kajian bertajuk : Kajian Keberkesanan Program Pemulihan Dadah di Pusat-pusat Serenti, Kajian Kes Perlaksanaan Modul Keinsafan Diri.

Maka matlamat kajian boleh ditulis sebagai: Kajian ini bertujuan untuk meninjau tentang keberkesanan program pemulihan dadah di pusat-pusat serenti yang menggunakan modul keinsafan diri dan mengkaji sejauh mana modul tersebut dipengaruhi oleh program pembangunan fizikal di pusat-pusat berkenaan.

Objektif Kajian
Berbeza dengan matlamat kajian. Objektif Kajian adalah matlamat-matlamat khusus dan mengandungi lebih daripada satu tujuan. Tujuan dikemukakan objektif kajian adalah untuk mengenalpasti maksud-maksud yang tersurat dan kepentingan sesebuah kajian yang dicadangkan.

Di akhir cadangan, objektif yang dirangka hendaklah berdasarkan prinsip V. Namun, objektif yang dinyatakan hendaklah munasabah dan dirangka berdasarkan batasan waktu dan kos penyelidikan. Oleh itu, penyelidik hendaklah mengelak diri dari sikap terlalu ambitious. Antara terminologi yang digunakan untuk menulis objektif kajian ialah :

-Untuk mengenalpasti (to identify)
-Untuk mencari hubungan
-Untuk mengukur
-Untuk mengkaji (to examine)
-Untuk menjelaskan (to clarify, illustrate)
-Untuk menganalisa (to analyse)
-Untuk menilai (to evaluate)
-Untuk membandingkan (to compare)
-Untuk menentukan (to determine)
-Untuk membuktikan (to prove)
-Untuk mencadangkan (to propose)

Jadi kaedahnya, senaraikan objektif kajian yang menonjolkan tema utama dalam penyelidikan yang ingin kita lakukan dan gunakan kata kerja apabila menulis objektif seperti “untuk mengenalpasti, “untuk menentukan” dan “untuk memastikan” dan mestilah disenaraikan menggunakan nombor.

Keliru Matlamat Kajian Dan Objektif Kajian ?

Ok, jelaskan kpd kita bhw tujuan adalah satu bentuk penyataan yang agak umum tentang apa yang nak dikaji tetapi padat. Biasanya ditulis dalam bentuk pernyataan atau statement..bkn dlm bentuk numbering.Tujuan juga lebih kepada merujuk kepada tajuk kajian.

Manakala, Objektif kajian adalah pernyataan yang lebih khusus kepada kajian yg hendak dikaji,biasanya dalam bentuk numbering.

Rujukan :

Mohd Yusri Ibrahim. (2017). Sembang Santai Penyelidikan. Bandar Ilmu.
Shuib Ahmad, Perumal Thinagaran, & Lee Nagarajah. (2014). Kaedah Penyelidikan. Open University Malaysia.
Ahmad Sunawari Long. (2014). Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

One thought on “Keliru Matlamat Kajian Dan Objektif Kajian”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.