Keliru dengan Tuhan, jalan cerita macam ni lah, senang cerita…
Al-Kisah, seorang Ustaz ke kedai gunting rambut untuk gunting rambutnya. Ketika rambutnya sedang digunting, si tukang gunting rambut bertanyakan satu soalan kepada si Ustaz.
Tukang Gunting: Saya nak tanya satu soalan.
Ustaz: Ya, silakan.
Tukang Gunting: Benarkah Tuhan itu wujud?
Ustaz : Mestilah wujud. Kalau Tuhan tak wujud, pastinya kita pun tak wujud di dunia ni.
Tukang Gunting: Kalau betul Tuhan itu wujud, kenapa ketika manusia dalam kesusahan Tuhan tak bantu. Kalau betul Tuhan itu wujud, semestinya takkan ada manusia dalam kesusahan di dunia ini.
Ustaz : “Diam dan tersenyum sambil menggelengkan kepala”.
Tukang Gunting: Kenapa Ustaz diam??
Ustaz : Kamu gunting rambut saya bagi siap dulu, dan saya akan jawab soalan tu selepas semua selesai.
Si tukang gunting pun dengan segera siapkan rambut Ustaz itu kerana ingin tahu apa jawapan Ustaz itu. Akhirnya siap.
Tukang Gunting: Ok dah siap Ustaz. Apa jawapannya Ustaz?
Ustaz: Berapa harga?
Tukang Gunting: RM10 sahaja. (masih menunggu jawapan dari Ustaz)
Ustaz : “Ustaz keluarkan dompet sambil tersenyum tanpa sebarang kata”.
Setelah membayar Ustaz terus keluar dari kedai. Si tukang gunting terdiam melihat tindakan Ustaz yang agak pelik. Tiba-tiba Ustaz masuk kembali ke kedai tersebut dengan membawa seseorang. Orang itu adalah pengemis di tepi jalan dengan rambut kusut masai.
Ustaz : Kamu tengok dia ni. Benarkah wujud Tukang Gunting Rambut dalam dunia ni??
Tukang Gunting: Mestilah wujud. Saya ni kan tukang gunting.
Ustaz : Kalau betul wujud tukang gunting, takkan ada manusia yang rambut tidak terurus seperti ini. Kalau betul wujud tukang gunting mesti rambutnya terurus.
Tukang Gunting: Dia yang tak pernah mencari tukang gunting, mestilah rambutnya tak terurus.
Ustaz : Jadi, itulah jawapan saya untuk soalan kamu tadi.
Tukang Gunting: “Terdiam seketika”.
Ustaz : Manusia yang tidak mencari Tuhan, sombong dengan Tuhan. Tuhan itu sentiasa ada dengan kita. Kalau kita mencari Tuhan, pasti hidup kita terurus seperti rambut yang dijaga.
Tukang Gunting: “Terus terdiam dan terkedu mendengar jawapan Ustaz itu dalam keadaan menitis air mata”.
Pengajaran kisah: Hidup kita semua bergantung pertolongan dari Allah. Jangan sesekali kita anggap kita boleh hidup tanpa bantuan Allah. Sebenarnya Allah tidak memerlukan manusia. Tetapi manusia yang memerlukan Allah.