Menurut perawat Ruqyah Syariyyah di Malaysia dianggarkan 85% orang melayu dipercayai mengalami penyakit ain yang dalam kategori penyakit hasad yang terjadi daripada golongan wanita dan lelaki tanpa disedari pada awalnya yang terkena secara halus. Menurut perawat kebiasaan mereka akan sedari mengalami penyakit ain setelah sakit teruk pada dalaman sehingga mengganggu emosi dan memori atau sel dalam fikiran sehingga terkesan dengan penyakit fizikal.
Penyakit tersebut dapat dikesan setelah mereka yang berjumpa perawat Ruqyah Syariyyah dengan simpton-simpton di antaranya :
1-Perubahan wajah menguning atau pucat
2-Tidak bersemangat
3-Kegatalan pada anggota tertentu tanpa sebab,
4-Emosi tidak stabil, marah yang meledak-ledak, kemunculan rasa takut yang berlebihan tanpa sebab
5-Sering bermimpi buruk
6-Dibenci oleh keluarganya, kawan-kawan dan orang yang mengenalinya
7-Kehilangan harta atau barang berharga atau kegagalan bisnes.
8-Tangan dan kaki kesemutan
9-Tidak merasa senang dengan kelebihan/kebolehan yang ada pada orang lain
10-Selalu berfikiran negatif (Negative Thinking)
Meskipun dalam masyarakat melayu jarang ada perbincangan dan kajian khusus secara akademik dibahaskan tentang penyakit Ain, tetapi ia sering di bincang di negara-negara arab yang menjadi kebiasaan berlaku dalam masyarakat arab sejak dahulu…
Nabi SAW bersabda : Al-Ain Al-Haq (Sahih Bukhari)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((العينُ حقٌّ))، ونَهى عن الوَشْم؛ رواه البخاري.
Maksudnya : “Al-‘ain itu adalah haq (benar).”
عن ابن عباس – رضي الله عنهما – عن النبيِّ – صلى الله عليه وسلم – قال: ((العينُ حقٌّ، ولو كان شيءٌ سابَقَ القَدرَ، سَبَقَتْه العينُ، وإذا استُغسِلتُم، فاغسِلوا))؛ رواه مسلم.
Maksudnya: Al-‘Ain itu haq (benar). Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar maka ‘ain lah (yang dapat menjaungkauinya). Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah. Riwayat Muslim (5831)
Bersandarkan daripada hadis tersebut membuktikan bahawa penyakit ain itu adalah benar dan perlu dirawat secara ruqyah syariyyah.
Perbincangan Ulama terdahulu juga diperhalusi bagi hadis tersebut seperti :
1- Imam al-Nawawi berkata: “Pada hadith ini terdapat ithbat keimanan pada takdir Allah SWT dan benarnya perkara ‘ain (penyakit ‘ain) dan bahawa ia sangat berbahaya.” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 7/328)
2-Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani pula berkata: “Maknanya ialah orang yang ditimpa bahaya kerana sesuatu yang telah Allah SWT tetapkan ketika seseorang memandangnya, hakikatnya terjadi dengan takdir Allah SWT yang telah ditetapkan sebelumnya, bukan sesuatu yang baru sahaja diciptakan oleh orang yang memandang terhadap yang dipandang.”
Penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh.
Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.”
Beliau turut berkata: “‘Ain boleh terjadi dengan rasa takjub walaupun tanpa ada sifat iri dan hasad, (boleh juga terjadi) walaupun daripada orang yang mencintai dan (walau) daripada seorang yang soleh (tanpa disengajakan).” (Lihat Fath al-Bari, 10/203-205)
Oleh itu, apabila kita ada anugerah atau kurniaan tertentu, sewajarnya kita tidak perlu cerita bercerita kepada orang. Perlu disimpan kerana takut untuk bercerita pada orang sebab ada saja mata-mata orang melihat itu dengki atau iri hati sehingga kita pula pasti sakit hati.
Maka, benda baik yang Allah bg kt kita jgn cite kt org…tgk tiba2 anak kita sakit..sbb Ain di negara arab di panggil AL-AIN macam pukau atau sihir.
Ain sekali dia tgk tiba2 benda tu mati,,hilang atau sakit..dia xsengaja…tapi ‘mata tu tajam sangat’..arab panggil Al-Ain…
Misalnya di negara arab..ada org mata dia ni boleh buat org sakit..mata dia je..org arab dulu2..kerja ni akn diberi upah oleh seseorang..org tu dengki dng si fulan….org berniaga ke..nk bagi perniagaan org tu lingkup…dia akan upah seorang …dia tgk tpt tu 5 minit je 2-3 minit..tpt tu akan terbakar…roboh..macam2 benda org arab dulu seperti saudagar unta…untanya gemuk dan cantik-cantik….Tiba ada seorang dengki dgn saudagar tu…maka dia akan upah org tu suh tgk unta org tu dalam 5 minit saja…tidak lama kemudian unta tu…dari 10 ekor…5 ekor akan kena sakit akhirnya mati..dengan hanya tukang Ain itu pergi pandang dengan mata saja..
Sabda Nabi Al-AINUL HAQ…
Al-Ain itu benar…ini dipanggil dengki dgn mata/ jenis org yg jahat.
Saranan :
1- Amalkan 2 ayat terakhir dalam surah al-Baqarah siang dan malam agar terhindar penyakit Ain dan dapat memantulkan semula pancaran matanya itu yang didalam hatinya sangat kotor sehingga iblis jadikan hatinya sebagai istana.
2-Amalkan surah tiga Qul
3-Sentiasa berdamping dengan al-Quran, jika tidak pandai membaca al-Quran [ boleh belajar di sini bagi untuk dewasa zero ] ubatilah dengan belajar al-Quran sebagai selalu memandang kalamullah dengan mata zahir dan akal. Selain itu boleh dapatkan Penawar Penyakit Ain yang diruqyahkan sebagai alat utk sucikan pandangan jahat. DAPATKAN PENAWAR PENYAKIT
`AIN DI SHOPEE
Kesimpulannya
Apabila dikatakan 85% masayarkat melayu dipercayai mengalami penyakit ain ini bermakna penyakit ini adalah serius untuk dirawat, kajian rambang tersebut kita boleh melihat cara masyarakat melayu menulis dikomen-komen sebagai netizen yang berfikiran negatif seperti cepat menghukum sesuatu hal, menyalahkan orang dan memaki hamun orang. Justeru tanda-tanda tesebut harus diubati secara rohani.
Bibliografi :
[zotpress items=”{5090062:A8BZ6EWK},{5090062:SB9QWGJX},{5090062:NP7AUFWJ},{5090062:LWBPUFRT},{5090062:65E22YX6},{5090062:APHX6J8U}” style=”apa”]