Hasad
Hasad

Penyakit Ain secara kasarnya adalah berpunca daripada hasad/dengki yang menjd halangan org melayu Ketika ini untuk lebih proaktif dalam sesuatu bidang.Umat melayu jd lalai, takut, tidak kreatif dan ikut telunjuk org dan apa2 masalah yg kita hadapi dalam semua aspek kehidupan seperti pendidikan, sains dan teknologi, pemerintahan dan ekonomi adalah berpunca dari ‘ketakutan’ kpd kekuatan spiritual/minda/akal yg gunung-ganang besar dan gagah perkasa, sdgkan ciptaan manusia itu malaikat sendiri kagum.

Jika kita mengikuti perbahasan Ruqyah Syariyyah, pembhgian berkisar kpd 4 penyakit pokok dlm diri manusia:

i- Hasad

ii-Ain

iii-Sihir

iv-al-Mas (gangguan/kerasukan jin)

Hasad termasuk Ain kerana Ain sebahagian daripada hasad, secara kasarnya dipanggil hasad pd pemerhatian penulis di alam melayu ini.

Fokus penulis kali ini pada perbahasan tentang hasad atau dengki/iri hati. Punca inilah berlaku perkelahian pelbagai umat dengan sebab nikmat kelebihan atau kebolehan yang ada pd seseorang, seolah2 Allah SWT itu tidak adil dalam membahagi nikmat kpd setiap hamba.

Jika kita lihat kepada norma baru manusia zaman kini semakin menjadi2 ciptaan hasad yg bermula daripada ‘membawang’ dalam kalangan netizen di media sosial sehingga cepat menghukum sesorang tanpa diselidiki terlebih dahulu sesuatu perkara, timbul perasaan yang negatif, mencaci dan memaki sehingga hilang maruah yg dikatakan “Melayu Budiman”.

Hasad yg berindukkan daripada Iblis laknatullah bermula penciptaan dan perlantikan Saidina Adam A.S sebagai khalifah di muka bumi, tlh mencabar kredibiliti dan status quo yakni Iblis laknatullah.

Disebabkan Iblis tidak dapat meredhai dan menerima bahawa yang bernama Insan saja layak untuk menjaga amanah di muka bumi, maka cerita Iblis telah memberi gambaran kpd umat manusia bahawa dia dikatakan sebagai penderhaka yang melawan ciptaan Allah SWT.

Oleh itu, kali ini penulis berkongsi dulu apa makna hasad? hasad yg disebut2 dalam hadis sebagai ‘pembakar’ atau penghakis iman seseorang sehingga mengikut jejak langkah menjadikan seseorang terkena ain, sihir dan al-mas.

Kita tidak akan sedar penyakit ini ada pada diri kita pada zahirnya tetapi ia akan terkesan kepada serangan gangguan emosi dan penyakit pada fizikal. Ini kerana pengesanan gangguan batiniah ini doktor perubatan hanya dapat mendiagnosis masalah luaran kerana tiada alat moden yang dapat mengesan hal-hal kerohanian Akar atau intipati penyakit tak dapat di’singkir’kan. Contohnya, apabila sel kanser dibuang, sel-sel normal yang tinggal tetap menghasilkan sel kanser yang baru. Pakar perubatan moden hanya dapat mengandai bahawa sel -sel mempunyai ‘memori’.

Berbalik kpd definisi hasad, menurut guru penulis Salahudin Sunan Al-sasaki (2020), hasad dari sudut bahasa bermaksud: mengupas atau menguliti iman dari hatinya. Lama kelamaan org itu hilang iman sbb ‘mati iman’. Ibarat kita membuang kulit di pokok atau membuang kulit haiwan itu lama-kelamaan pokok atau haiwan itu mati. Ini yg biasa disebut ketandusan atau kering iman. Maka apabila iman itu kering atau mati atau tiada, iblis akn berperanan utk menguasai utk melahirkan pelbagai perasaan jahat sprt iri hati, negative, perasaan jahat yg menganggu jaringan Insan yg fitrah atau insan yg kamil.

Salahudin Sunan As-Sakaki (2020)

Hasad pada istilah : Sesorang yg memiliki jiwa kotor atau hati yg sakit dari segi ma`ani yg menginginkan nikmat yg ada pd org lain itu rosak dan hilang.

Tuntasnya, org yg memiliki perasaan hasad yg kuat ini sehingga menzahirkan atau memancarkan kepada al-Ain (mata) sehingga merosakkan nikmat org lain dgn hanya melalui pandangan matanya. Tidak mustahil akn lebih byk lagi kontak rapat dan mewujudkan kluster-kluster baru, akhirnya  membentuk virus2 jahat dlm jiwa seseorang itu membentuk penyakit al-Ain dan kepelbagaian penyakit fizikal yg sukar untuk sembuh secara medical.

Oleh yg demikian, sbg saranan sucikan hati kita dan hilangkan perasaan hasad ini, kerana setiap yg ada jiwa pasti ada perasan ini sama ada org baik atau jahat, Cuma bezanya adalah cara org itu cepat-cepat membuang dan memusnahkan, sbg org yg beriman mereka sdh terdidik apa yg diajarkan oleh agama. Dalam pembelajaran Ruqyah Syariyyah punca atau sebab boleh berlaku hasad ini terdiri daripada manusia, jin dan haiwan. Jin juga cemburu dgn kebolehan dan kehebatan manusia sehingga Rasulullah SAW juga ada diganggu oleh makhluk jin ini yg disihirkan oleh org munafiq.

Justeru, cara menghilangkan perasaan hasad adalah ketika kita melihat nikmat yg ada pd org lain, kita cepat kembalikan bhw itu adalah smua adalah keadilan Allah SWT memberikan rezeki dan membahagi2kan nikmatNya kpd setiap org.hakikatnya kita diciptakan ada kelebihan masing-masing, apabila ‘otak tepu’ tidak dpt berfikir dan tidak sedar diri kita siapa, maka iblis mula menggoda sehingga beristanakan di dalam hati, maka seharusnya kita menyemai perasaan ikhlas dan redha terhadap Allah sbg cara kita menghilangkan hasad yg ada dalam diri kita. Hakikatnya org yg hasad itu adalah org yg kufur terhadap nikmat Allah SWT yg ada pd dirinya !

Adapun perasaan hasad yang dibenarkan hanyalah pada perkara-perkara kebaikan, dan ia pada asasnya tidaklah disebut sebagai hasad, bahkan ia lebih merupakan satu keinginan (ghibtoh atau raghbah) untuk dikurniakan kelebihan yang sama agar dapat meningkatkan amalan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT, dan tidak pula ingin supaya nikmat itu ditarik dari orang tersebut.

Bibliografi :

Muhammad Soulhiey Zeckry. (2020, May 28). Bahaya Penyakit Ain Tanpa Disedari • Wacana Az-Zeckry. Wacana Az-Zeckry. http://zeckry.net/2020/05/28/bahaya-penyakit-ain-tanpa-disedari/
Luqman Tarmizi. (2019, November 18). Perasaan Hasad Yang Dibenarkan. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3808-irsyad-al-hadith-siri-ke-437-perasaan-hasad-yang-dibenarkan

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

2 thoughts on “Hasad : Tembok Besar Harus Dimusnahkan”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.