Hizib asal dari perkataan bahasa arab bermaksud Pasukan/Himpunan. Amalan para Aulia Allah yang sentiasa diamalkan oleh umat Islam seperti hizib as-saifi, hizib Bahr, hizib Mughni dan sebagainya. Ini bermakna sebagai himpunan doa yang digubah dan digarab oleh pasukan Aulia Allah.
Menurut Ibu Qutaibah (w276H), Qadhi Iyadh (w544H) dan al-Jazari (w833H) menjelaskan maksud Hizib iaitu sekumpulan amalan yang dilazimi oleh seseorang untuk dirinya, sama ada terdiri daripada bacaan kumpulan ayat al-Quran atau solat sunat yang diamalkan sebagai wirid individu (Ibn
Allan, Muhammad Ali bin Muhammad bin Ibrahim al-Bakri as-Syafie. 2004. Jid. 2: 411; Al-Mubarakfuri, Abu al-Ala Muhammad Abd al-Rahman bin Abd al-Rahim. t.t jid. 3. 150' Al-Mawsuah al-Fiqhiyah, 1427H), jid, 21: 257)
.
Al-Azim Abadi (w1329H) pula menjelaskan maksud hizib dalam hadis ini adalah kumpulan wirid yang menjadi amalan seseorang daripada gabungan beberapa ayat atau surah dalam al-Quran (al
–Azim Abadi, Abu Abd al-Rahman Muhammad Asyraf bin Amir bin
`Ali bin Haydar: 1415H. jid. 4:138).
Imam an-Nawawi juga menjelaskan pemahaman tentang hizib yang terdapat dalam hadis tersebut, bahawa sesorang yang mempunyai amalan zikir yang khusus, yang dilakukan pada waktu tertentu seperti pada waktu pagi atau petang atau selepas solat, atau keadaan tertentu yang lain, kemudian dia tertinggal untuk melakukannya, maka hendaklah dia menggantikannya pada waktu yang lain (al-Mawsu`ah al-Fiqhiyah,1427H, jid, 21:257).
Hakikatnya mengamalkan perintah Allah SWT untuk selalu berdoa dan mengamalkan perintah Rasulullah SAW yang menegaskan bahawa doa adalah otak bagi ibadah dan senjata bagi orang mukmin.
Maksud otak membuka gambaran kepada kita bahawa walaupun semua badan itu sihat tapi otaknya lemah, maka sia-sia saja badannya. Apatah lagi kalau otaknya tidak waras atau gila, maka seluruh tubuhnya tidak akan berguna lagi.
Sebaliknya, apabila sebahagian anggota badan lemah bahkan kelainan upaya tetapi otaknya cerdas dan mantap, maka pasti banyak memberikan manfaat kepada orang lain.
Itulah yang dimaksudkan bahawa doa sebagai Otak Ibadah, walaupuun semua jenis ibadah telah dilakukan, jika doa dan munajatnya kepada Allah SWT masih lemah, maka semua ibadah itu belum dikatakan bagus dan bernilai.
Tetapi, kenapa mesti berdoa dengan hizib ? Allah SWT sendiri telah memerintahkan kita untuk mengikuti petunjuk orang-orang soleh. Maka berdoa dengan hizib adalah hakikatnya mengamalkan perintah Allah, iaitu mengikuti petunjuk orang-orang soleh dalam berdoa atau bermunajat kepada Allah SWT.
Kebiasaannya, dalam sesuatu hizib terhimpun sejumlah doa dan selawat sangat mulia. Penyusun adalah Aulia Allah yang sangat dekat kepada Allah SWT doanya mustajab dan maqbul serta memiliki tambah nilai dalam seni bermunajat kepadaNya.
Apabila doa juga dikatakan sebagai senjata orang mukmin, maka hizib adalah seampuh-ampuhnya dan setajam-tajam senjata yang hebat sehingga Aulia Allah mampu menembusi semua langit dan bumi yang dapat menghasilkan kemenangan dan kegemilangan yang tiada tara dan bandingan apabila ditinggikan darjat mereka di sisi Allah SWT sebab sebelum ini mereka adalah hamba yang sangat rendah hatinya di sisi manusia sekeliling.
Oleh itu, himpunan segala doa keramat bagi Aulia Allah yang mempunyai kepakaran mereka dalam perubatan batin, kalau pakar perubatan untuk fizikal (Hissi).. Kenapa kita menidakkan untuk menyakinan para Aulia Allah sebagai pakar perubatan hati secara Maknawi ?
Maka himpunan itu sebagai ubat atau penawar hati kita yang seringamengalami kegelisahan dan ketidakstabilannya yang membezakan adalah lapisan KESEDARAN atas sebab kita yang mahu menjadi orang yang berfikir ke arah kebenaran dan kebaikan yang tidak mengatakan diri itu kuat, hebat atau bijak…
Kalau nak tau kita tu bijak dan pandai ke.. kita tu cuba bagitau ada berapa helai bulu kening disebelah kanan atau berapa helai rambut di atas kepala anda ? mampukah anda beritahu ? Bertanyalah kepada yang pakar dalam sesuatu perkara dengan hati terbuka…fikiran terbuka..bukan menghukum sebarangan demi mempertahankan ‘Akulah Betul” anda semua salah !
Diri yang tidak mengenal diri itulah amat sukar untuk difahami seandainya kita tidak mahu berfikir dengan baik, apabila hati sudah dirasuki oleh iblis sehingga melempar segala tuduhan yang membuang masa, ada khadam lah….apa lah…konsep tu tak faham…bila tidak faham jangan bawa orang tu juga tidak faham macam kita jugak !
Hati Itu Mati….Maka Lenyaplah Kita….
Rujukan :
[zotpress items=”{5090062:TRW9D8SY}” style=”apa”]