Site icon Wacana Zeckry

Definisi Jizyah

Definisi Jizyah :

Menurut Dr.Yusuf al-Qardawi [1]:

Jizyah merupakan cukai tahunan yang dikenakan ke atas setiap orang kafir lelaki yang baligh dan berkemampuan dengan kadar yang munasabah berdasarkan kuasa ekonomi masing-masing untuk diiktiraf sebagai ahli zimmah[2].

Menurut Imam ad-Dasuki :

Sesutu yang wajib ditunaikan oleh kafir zimmi sebagai balasan di atas jaminan keamanan dan keselamatan yang diberikan serta keizinan untuk tinggal di bawah pemerintahan Islam.

Menurut Ibnu Qudamah :

Bayaran tertentu yang diambil daripada orang kafir pada setiap tahun sebagai balasan di atas keizinan untuk menetap dalam negara Islam.

Menurut Ibnu Qayyim:

Cukai yang dikenakan ke atas orang-orang kafir sebagai tanda bahawa mereka tunduk dan patuh kepada pemerintahan Islam[3].

Definisi Ahli Zimmah

Menurut Nik Azran Muhamed (2002), Ahli Zimmah ialah golongan bukan Islam yang membuat perjanjian yang dinamakan dengan akad zimmah dengan negara Islam supaya diberi hak mendapatkan perlindungan nyawa, diri, harta benda, agama dan kehormatan diri serta tinggal dalam negara Islam dengan aman secara berterusan (berbeza dengan kafir musta`min) dengan dikenakan bayaran Jizyah. Mereka diberikan taraf kewarganegaraan sama seperti orang Islam. Mereka juga dikenali dengan ahli jizyah, ahli `ahdi, ahli `akdi dan lain-lain.


[1] Yusuf Al-Qardawi (2001) Ghir Almslmin Fi Almjtma’ Alislami h.31

[3] Al-Wasit Fi Fiqh Liqadha Wal Jihad h.397-396

Rujukan :

[zotpress items=”{5090062:BJKJG5SM}” style=”apa”]

Exit mobile version