Site icon Wacana Zeckry

Majalah Al-Azhar

Terima kasih perkongsian dari Behnesa El-Minya yang cukup bermanfaat dari sahabat alumni sebelum ini yang memaklumkan bahawa majalah Azhar sudah ada online. Berikut adalah pautan ke laman rasmi Majalah al-Azhar:

https://www.azhar.eg/magazine/

Pada bahagian bawah laman, ada disediakan pilihan untuk memilih artikel kajian mengikut bidang-bidang ilmu utama, yang merangkumi ilmu:
1- Tafsir
2- Kajian² terhadap al-Quran
3- Kajian² mengenai Sunnah Nabawi
4- Wacana² pembaharuan
5- Aqidah serta akhlak
6- Syariah Islamiah dan ilmu²nya
7- Mihrab al-Arabiah
8- Sirah Rasul ﷺ serta sejarah
9- Biografi tokoh² terkemuka

Berikut pula adalah pautan untuk memuat turun beberapa buah buku kecil ‘Hadiah al-Azhar’
https://www.azhar.eg/magazine/books


Ini pula adalah link ke laman himpunan Majalah Azhar yang lama-lama:

https://www.muslim-library.com/…/%D9%85%D8%AC…/page/11

Bermula dari tahun 1354 Hijrah bersamaan 1935 Masihi iaitu ketika Syeikh Muhammad Mustofa al-Marõghi menjawat jawatan Syeikhul Azhar buat kali keduanya, manakala ketua editor pada ketika itu ialah Sheikh Muhammad Farid Wajdi
…sehinggalah ke tahun 1376 Hijrah bersamaan 1956 Masihi iaitu ketika Sheikh Abdul Rahman at-Tãj menjawat jawatan sebagai Sheikh ul-Azhar, manakala pengarah majalah serta ketua editor waktu itu ialah Sheikh Abdul Rahman Isa dan Sheikh Muhibbuddin al-Khãtib.
(Himpunan rencana-rencana agama berkualiti tinggi selama 22 tahun)
Tujuan² Utama Majalah Azhar Diedarkan

1- Agama Islam menghadapi nafsu² liar puak ateis dan sekularis yang memburuk-burukkan Islam dalam surat-surat khabar serta majalah-majalah.
2- Pertahanan dan perlindungan terhadap Syariah Islamiah dengan cara memberi penjelasan yang tepat mengenai hakikat agama, di samping menangani masalah Kristianisasi ‘Evangelism’ / ‘البعثات التبشيرية’ di Mesir.
3- Menyebarkan tataetika Islam, menjelaskan realiti sebenar tentang Islam yang murni dari sebarang kekeliruan.
4- Menyingkap segala bentuk kesesatan yang dipalitkan pada agama.
5- Menangkis syak wasangka yang melingkari puak-puak yang dengki terhadap asas-asas Syariah Islamiah.
6- Menelusuri jalanan tokoh-tokoh besar Islam.
7- Membentangkan kajian-kajian bermutu dalam segenap bidang ilmu serta adab sastera.
8- Majalah Al-Azhar tidak dipengaruhi urusan-urusan politik, tidak menyerang agama-agama lain, tidak mencemarkan nama pemuka-pemuka agama dan tidak pula membuat sindiran terhadap mereka.
9- Menjauhi sikap hasut menghasut dalam kalangan warganegara.
10- Menyediakan cenderahati kepada masyarakat awam agar mereka dipandu ke arah kebenaran.
Sumber: https://www.alukah.net/culture/0/60/

Peranan Duta-Duta Kecil al-Azhar

Sewajarnya kita para Azharian memanfaatkan sebaik mungkin bahan-bahan kajian sedia ada ini dengan cara menelaah, mengambil point-point penting serta mengongsikan ilmu-ilmu ini kepada orang sekeliling yang berhajat.
Meskipun maklumat yang diperolehi melalui tahkikkan pada setiap halaman majalah, ianya begitu bernilai, kerana menerusi nota-nota kaki inilah para pengkaji Azhari dapat mengetahui sandaran rujukan mahaguru-mahaguru mereka.
Bukan sebarang rujukan, bahkan rujukan pada nota kaki ini adalah rujukan berautoriti lagi diiiktiraf.

Penutup

Saya akhiri perkongsian kali ini dengan pesanan berharga dari almarhum Dr. Muhammad Rakfat Osman bertarikh 17/8/2016: “Kalaulah ditakdirkan suatu hari nanti kalian menjadi penulis atau pengkaji, maka tulislah dengan tulisan yang mudah difahami seolah-olah pembacanya nanti adalah dikalangan orang yang bodoh! Supaya dapat difahami maksud yang dikehendaki”.

Moga Allah Ta’ala merahmati guru-guru kita,
al-Fatihah.

Rujukan :

[zotpress items=”{5090062:U4B5LKYY}” style=”apa”]

Exit mobile version