Menurut Abdul Hadi Ab Manap & Mohd Fadhli Mohd Sulaiman (2021), sikap universiti yang mementingkan penarafan dan kuantiti penerbitan jurnal di peringkat antarabangsa sebagai ukuran prestasi utama (KPI) menyebabkan universiti terus melahirkan ahli akademik yang tidak pun mencerminkan kualiti kesarjanaan. Selain itu, kewujudan sistem berbeza-beza antara setiap universiti tanah air yang menerima dan tidak menerima terbitan jurnal tidak berwasit sebagai syarat lantikan ahli akademik ke dalam perjawatan tertinggi.

Menurut Madeline Berma (2021) yang merupakan Felo Akademi Sains Malaysia, sewajarnya pihak universiti menambah baik peraturan, syarat dan kelayakan tentang kenaikan pangkat ke jawatan profesor madya dan profesor dengan memberi pengiktirafan sewajarnya kepada mereka yang menerbitkan jurnal berwasit. Sekiranya pihak universiti terus menerima budaya penerbitan jurnal yang tidak melalui proses penilaian yang sah, selagi itulah ‘jurnal pemangsa’ terus berlaku sekali gus mengancam tulisan akademik yang berkualiti.

Universiti harus memastikan perkara ini tidak berlaku tetapi malangnya, ia sukar dilakukan kerana universiti mahu menghasilkan ramai profesor dan sebab itu ada yang melonggarkan syarat.

Makna Jurnal Berwasit

Jurnal berwasit merupakan jurnal yang telah melalui proses perwasitan oleh pakar yang dilantik biasanya melibat dua sehingga lima pewasit. Proses tersebut dijalankan secara double blind review di mana penulis dan pewasit saling tidak mengenali bagi memastikan ketelusan dan tidak berat sebelah malah prosesnya mengambil masa selama satu sehingga empat bulan.

Jurnal Tidak Berwasit

Jurnal tidak berwasit pula tidak dirujuk kepada pakar untuk pengesahan dan penilaian kualiti penulisan malah penerbitannya menjadi lebih mudah dan cepat. Bagaimanapun, penulis perlu membayar kos penerbitan mencecah RM60,000 bagi setiap edisi yang diterbitkan.

Catatan sebelum ini di http://zeckry.net/2021/02/15/mudahnya-jadi-profesor-di-malaysia/  bahwa terdapat dalam kalangan ahli akademik menerbitkan tulisan akademik atau kajian menggunakan jurnal pemangsa sebagai jalan pintas mencapai KPI masing-masing dan mengejar pangkat.

Bagaimanapun, menurut Madeline Berma (2021), penerbitan jurnal pemangsa tidak bercanggah dengan sebarang peruntukan undang-undang cuma, hanya menyentuh soal etika dan bergantung kepada permintaan serta bekalan oleh pihak yang menjanjikan penerbitan terbabit.

Di Malaysia sebenarnya, tidak perlukan undang-undang untuk mengikat seseorang individu kerana dalam akademik kerana telah ada kumpulan pakar bersama dan jika melaksanakannya, dikhuatiri hanya mengundang lebih ramai ahli akademik mencari ‘jalan tikus’ untuk mengejar pangkat.

Norzaini Azman (2021) mengemukakan persoalan adakah berbaloi angka seperti lima atau enam artikel setahun yang ditetapkan universiti sehingga mengorbankan etika dan ketelusan dalam penerbitan jurnal. Walaupun sistem pendidikan cuba beralih kepada kualiti, namun corak pemikiran sebilangan pentadbir masih berpegang kepada aspek kuantiti.

Menurutnya lagi, ahli akademik tertekan untuk menghasilkan sejumlah penerbitan yang diharapkan setiap tahun dan untuk dinaikkan pangkat secepat mungkin. Ada yang menggunakan cara penerbitan yang pantas dan telah berjaya.

Justeru, penerbitan dalam jurnal berwibawa memerlukan masa panjang, mesti berasaskan penyelidikan berkualiti dalam menghasilkan ilmu baharu, diwasit oleh pakar berwibawa dan perlu tepat kerana ia akan dirujuk pelajar dan rakan kesepakaran.

Rujukan :

[zotpress items=”{5090062:FXXEAINP}” style=”apa”]

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.