Berdasarkan mind map di atas, katakan kita ingin berucap di pentas awam dalam masa 3 jam, maka persediaan sebelum ucapan dilakukan latihan selama 30 jam yang bermula hari Ahad hingga Jumaat dan hari Sabtu sebagai hari menyampaikan ucapan. Namun, kaedah ini sama, apabila kita ingin berucap selama sejam, maka 10 jam kita melakukan persediaan. Maka rationya 1:10, 3:30.

Walaupun terdapat pelbagai kaedah dalam pengucapan awam, penulis ingin berkongsi maklumat yang dapat dikutip dari guru penulis Dato` Roslan Ab Hamid (Public Speaking Guru Nusantara). Dengan menggunakan konsep Inventio, Dispotio, Memoria, Elocutio, Actio dan Pronountiatio (IDMEAP).

Dalam bukunya, Public Speaking Mastery ada dimasukkan sebagai nota penting untuk panduan sebagai SPEAKER di atas pentas. Menurut Roslan Ab Hamid (2020), pengucapan khalayak adalah “Learnable Skill”, secara mudahnya, ilmu yang boleh dipelajari. Ianya adalah kemahiran yang apabila kita aplikasikan setiap hari, kita akan menjadi semakin bertambah mantap dan terampil.

Dalam ucapan khalayak, terdapat beberapa perkara mesti kita fahami tiga langkah ini terlebih dahulu sebelum kita memulakan ucapan di khalayak :

Pertama, INVENTIO

iaitu kita mengorganisasikan pemikiran dan juga maklumat yang kita ada. Kita cari tahu dan mengambil daripada pelbagai sudut dan dimensi.

Sumber itu sama ada dari perpustakaan, perbualan hairan ataupun daripada pengalaman yang kita punyai.

Kedua, DISPOTIO

Selepas semuanya itu terkumpul, kita jadikan ia DISPOTIO iaitu menyusun apa yang perlu didahulukan, kita dahulukan yang di kemudiankan kita menyusun dibelakang. Proses menyusun  Dispotio iniakan menjadikan penyampaian kita berstruktur dan akan mudah diingat oleh orang lain.

Selepas Inventio,Dispotio selepas Dispotio adalah ELOCUTIO.

Ketiga, Elocutio

Merupakan proses kita melatih diri.

Tidak ada orang yang akan terus tampil di atas pentas atau pembentangan dan dapat menyampaikan dengan teratur dan baik. Semua orang yang akan berjaya menyampaikan ucapan mereka melalui proses latihan yang bersungguh-sungguh dan mereka banyak melakukannya setiap hari dalam banyak sesi-sesi pertemuan.

Oleh itu, Elocutio akan dapat kita kuasai apabila kita menguasai terma penting di dalam Pengucapan Khayalak yang dikenali sebagai MESSAGE MAP (Peta Pesanan).

Kempat, MEMORIA.

Maksud Memoria adalah ingatan yang tiba-tiba terbit  sewaktu kita berdiri di atas pentas. Ingatan ini datang selepas kita melalui proses latihan demi latihan. Praktis demi praktis.

Memoria adalah kunci bagaimana seseorang kelihatan begitu tenang atau bersahaja, nyaman rasa dan nyala bicara di atas pentas.

Selepas I-Inventio, D-Dispotio,E-Elocutio,M-Memorio dan yang kelima ialah ACTIO.

Kelima, ACTION

Adalah bagaimana kita beraksi. Bagaimana kita menggunakan Gesture,Posture dan segala gerak gaya kita semasa diatas pentas. Bagaimana hubungan kita terobos terus ke jiwa audiens dan kita berdiri sebagai orang yang kelihatan memaparkan aura yang luar biasa dan mempunyai daya pengaruh yang tinggi.

Keenam, PRONOUNTIATIO.

P-Pronountiation ialah bagaimana kita mengungkapkan sebutan. Ayat demi ayat. Perkataan demi perkataan yang kita sampaikan menjadikan apa yang kita sampaikan itu jelas, lekat tertambat dalam minda audiens dan apabila mereka pulang, mereka pulang dngan ingatan yang mendalam kepada kita dan mahu dengar lagi. Dengar lagi apa yang kita sampaikan.

Tuntasnya, ucapan yang baik dan tersusun serta positif dapat menambat hati sehingga melekat sampai bila-bila. Maka, ucapan awam yang berkesan menjadi tuntutan di zaman kini agar apa yang disampaikan itu berkesan dan dapat dilakukan oleh pendengar untuk terus bertindak atau call to action.

Rujukan:

Roslan Ab Hamid. (2021). Public Speaking Mastery. Digital Brain Sdn Bhd.
Roslan Ab Hamid. (2020). Public Speaking Mastery Online. Public Speaking Guru Nusantara - Dato’ Roslan Ab Hamid. https://roslanabhamid.com/psm/
Suraya Ali. (2019, January 7). Nota Kelas Dato’ Roslan Ab Hamid - Momentum 2019 -. http://surayaali.com/dato-roslan-ab-hamid/
Roslan Ab Hamid. (2020). Roslan Ab Hamid - Public Speaking Guru | Facebook. https://www.facebook.com/PublicSpeakingGuruNusantara/

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

One thought on “Memahami Kaedah Ucapan Awam”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.