Perkataan ‘Massage Map’ telah dituliskan dalam Memahami Kaedah Ucapan Awam, kali ini penulis ingin menjelaskan secara ringkas apa itu massage map yang ada disebut pada posting lepas. Baiklah. Massage Map dalam ucapan adalah Peta Pesanan. Dalam peta pesanan perkara yang paling di atas ialah bagaimana kita membuka ucapan.Ucapan akan menjadi lebih baik,indah dan mudah untuk dihadam oleh audiens apabila kita memasukkan unsur-unsur berikut :

Pertama, adanya suatu unsur perasaan yang mendalam dalam diri Speaker. Kita hadir bukan kerana kita hebat. Kita hadir kerana ada sesuatau yang kita mahu sampaikan dan boleh kongsikan dan dimanfaatkan oleh audiens. Justera, rasa berterima kasih kepada audiens itu haruslah dipaparkan dalam bentuk perkataan,perasaan dan setiap gerak tindak tanduk yang kita lakukan sepanjang berada diatas pentas. Oleh itu, perkara yang pertama adalah Berterima Kasih.

Kedua, kita mesti merujuk kepada penganjur yang menganjurkan acara itu,Tanpa rujukan kepada penganjur, kita melupakan asas penting, siapa yang mengundang kita untuk datang ke sini.Kemudian,sepanjang menyampaikan ucapan,kandungan kita haruslah berisi kandungan yang membina ‘Rumah Harapan’. Jangan sesekali kita jadikan sesi perjumpaan tersebut dengan kandungan-kandungan membina ‘Rumah Ratapan’. Perlu ingat bahawa, Audiens tidak datang untuk berduka. Audiens datang untuk membina harapan,optimism terhadap terhadap masa depan yang lebih cerah. Audiens datang mahukan suntikan semangat MOTIVASI dan INSPIRASI. Tanpa kita lakukan perkara tersebut,kita menghilangkan suatu perkara yang paling penting dalam kaedah menyampaikan ucapan.

Seterusnya,ketika memulakan ucapan,pada pembuka ucapan sentiasa merujuk kepada orang-orang yang terkenal yang hadir dalam acara tersebut. Ataupun orang-orang terkenal yang membantu menjayakan acara tersebut. Dan terakhir, kita sebagai SPEAKER harus memulakan ucapan samada merujuk kepada peristiwa semasa atau peristiwa bersejarah.

Maka, apabila kandungan ini dimasukkan dalam ucapan pembuka. Kita sebenarnya telah mengetuk pintu hati audiens yang ada dalam dewan tersebut dan kita memulakannya bagaikan mentari yang terbit di ufuk timur,terang bercahaya untuk semua orang yang datang mendengar ucapan kita.

Oleh itu, mesej yang jelas dan berstuktur pasti akan melekat di hati audiens dan jalan penceritaan atau jalan ucapan kita dapat difahami dan ditangkap dengan baik. Inilah antara ilmu yang dapat penulis berkongsi hasil daripada Guru Public Speaking Nusantara. Sebelum ini penulis mencatatkan tentang konsep komunikasi dalam Islam.

Rujukan :

Roslan Ab Hamid. (2021). Public Speaking Mastery. Digital Brain Sdn Bhd.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.