Site icon Wacana Zeckry

Tanamlah dirimu dalam tanah kerendahan

Mengenal diri sering menjadi persoalan dalam diri sendiri sebab tabiat manusia suka melihat diri selain dirinya. bahasa mudahnya diri orang tu buruk atau salah cepat kita menunding jari ke arahnya sehingga jadi bahan untuk cerita. Maka tawadhu` salah satu proses untuk kenal diri, jika terpilih oleh Allah SWT anda akan diuji yang sangat hebat oleh Allah SWT sebagai proses untuk menembusi lapisan kesedaran diri.

Kata Ibnu `Ataillah : Tanamlah dirimu dalam tanah kerendahan..

Mcmana nk tanam? Letak diri kita pd sifat tawadhuk ( rendah diri) rendah diri tu sifat SAW, Tu lah sifat baginda..persoalanya..mcmana nak abik sifat tu..mesti kita kena guna akal /tilik kita manusia kena guna akal utk tilik pd nk menzahirkan sifat2 mulia cam tu..jadi tuhan bg lah kemampuan akal..Tuhan kata apa ?

إِنَّا هَدَيۡنَٰهُ ٱلسَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرٗا وَإِمَّا كَفُورًا

(Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka)

Tidak cukup dgn itu…..apa ya ? Dia bg teliga dan mata..utk boleh mengetahui…tak cukup..tak cukup..kita tak boleh tahu sbb lembu pun ada teliga dan dia pun ada mata..tp dia x ketahui…maka tuhan mada..xcukup dgn tu..هَدَيۡنَٰهُ….Aku (Allah) beri petunjuk…petunjuk tu apa?

Allah nk gitau…Petunjuk kt diri kita apa dia ? Akal..tak cukup mata utk kenal…xcukup telinga utk kenal Aku, Aku bg akal kt hang supaya dgn akal hg boleh kenal aku…

Hah tgk..allah madah dia bg petunjuk, jd gunalah akal utk tilik belajar diri kita yg tuhan bg kemampuan utk kita belek tgk…TA`BBUD-menganalisa/analisis diri kita (kaji ) supaya boleh ujud sifat tawaduk tu…tgk diri kita..tuhan buat apa? Dari dua elemen…satu rohani dan satu jasmani..

Kedua2 tu tak hebat sbb kedua2 tu ada pencipta..roh dia hebat dia ada dimensi yg tiada halangan..jasad dia ada halangan tp kedua2 tak hebat..sbb kedia2 dicipta..dua2 dizahirkan…maka belek yg roh ni dia tak terlibat dgn unsur2 rendah..unsur rendah ni apa. ? Unsur tubuh…api air tanah dan angin…ni unsur rendah..roh tak terlibat roh dia hebat dia duk dalam suasana yg tidak ada dimensi yg menghalang dia menghalang dgn tuhan..tetapi dia terpaksa merengokok dalam penjara jasad…jasadlah lah penjara bg roh..apa penjara tu..tubuh tu lah penjara dia…

Sbb tu Nabi katakan..Dunia syurga bg org kafir tetapi penjara bg org mukmin…dia terhad..yg mau kt dunia ni…roh ke tubuh ?tubuh yg mau..maka belak..tubuh tok dimensi apa? Dimensi yg sgt rendah kualiti (nilai) camney…dia boleh dihancurkan..dia tidak tetap dia berubah2..sbb tu nilai rendah..dia berubah..waktu muda cantik .kulit cengkang…..umur 50thn je tukar dah..tu tubuh..maka belek lah seandainya hari tok kita dapati cantik kita ketahuilah lagi 30thn…kita akan berubah…

وَمَن نُّعَمِّرۡهُ نُنَكِّسۡهُ فِي ٱلۡخَلۡقِۚ أَفَلَا يَعۡقِلُونَ

“Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?(68)”

Exit mobile version